Thursday, June 4, 2009

Setahun telah berlalu

Setahun sudah berlalu Februari muncul kembali Dengan kehangatan semalam Tanpa ku sedari Ku petik mawar merah Ku tulis sekuntum puisi Tapi sayang pada siapa kan ku beri

(Lagu intro)

Hari selasa baru aku teringat yang blog ini dah cukup setahun usianya pada hari Ahad lepas. Baru setahun jagung. Tapi dah banyak juga Entry tidak berkualiti yang dah ku taipkan untuk diri sendiri dan syok sendiri dan simpanan sendiri. 275 n3 !!.....di samping untuk dikongsi bersama, memana yang boleh diterima pakai...dan banyak jugak yang lagha.

Asalnya aku ujudkan blog tanpa prakata ini dulu, kerana aku stress. ... ketika itu aku kehilangan seorang kawan yang selalu menemaniku. Lalu aku cari kelekaan lain yang bisa membuat aku terlupakan mereka itu.. yelah...dah aku kener joging sorang2, kena pi jalan sorang2, pi shopping sorang2... poco2 sorang2.... aku susah nak lupakan temanku itu. Dan dengan memblogging....aku akhirnya telah terlupakan segalanya..... termasuk diriku... gulps..

Tapi aku berazam, agar apa jua yang ku tulis, memberi manfaat padaku dan yang membaca...dari awal penulisanku, itulah niatku...tpi, terkadang, aku tersasar dan tersesat lalu terlanjur kata. Maafkan aku wahai diriku...dan teman pembaca blog ini.

Aku sedar, aku bukan penulis yang baik. Bahasa ku tidak sehalus sutera kerana ianya sekasar kain goni...yang menyakitkan, dan kekadang buat sipemakai rasa miang merenyam dan geli geleman.

Aku tk pandai nak menghibur orang, kerana aku pendiam (ye..aku pendiam...pecayalah..) dan aku bukan pelawak. ..dan aku tidak akan memaksa diriku menjadi pelawak. Jadi kalau ada yang mencari hiburan untuk membasahkan gusi mereka di sini, bukan ini tempatnya...kerana ini tempat yang amat membosankan...tiada gurau senda...hanya kata-kata yang lurus bendul jer mampu aku luahkan di sini...dan aku tk ada cerita romantika di amor juga...kerana aku tk suka... hidupku tanpa semua tu...kalau adapun, tkkan ku ceritakan di blog...bukan sepatutnya...
Aku juga tk pandai melayan pengunjung2 di sini seperti sepatutnya... tapi aku amat hargai kalian... di dalam hati ini...
kekadang aku jadi pemuisi...yg lurus jer gak.. ikut apa jer tepikir kat otak...blajar tk tinggi..bahasa pun tk teratur...ikut sedap mulut... kkdg terlazer.. tapi pecayalah..ati aku baek...(ha..puji ler diri sendiri..)

Kekadang kunun nak jadik ustazah, tpi ilmu tk lengkap dan tk banyak..penyampaianpun merapu....haha...aku lah tu... sebab aku berpegang pada satu, 'sampaikan dariku walaupun satu ayat' ..niatku baik ok.. betulkanlah kalu aku tesalah..kita kembangkan ilmu kita bersama.

Bila aku tengah marah, cerita aku akan berbau marah, bila aku suka...aku cerita cam aku syok sendiri...bila aku sedih, aku mengeluh dalam entry ku... berkongsi kesedihanku dengan blog bisu ini...kekadang aku menangis...sooorangg je...skrg ni je aku mudah nangis...ngkorang laa... menjangkit dgn org2 yg mudah nangis kat blog ni... (dah salahkan org lak kan..) dulu aku hanya nangis biler tgk industan je..

Bahasaku bahasa mudah difahami, bukan seperti bahasa DS Anuar Ibrahim yang tinggi dan terkadang orang kampung payah nak faham tapi buat-buat faham aje... (aku bukan pro atau kontra DS Anuar Ibrahim okeh..)...dan..aku tau lah...bahasa melayu aku tk betul...heheh..bagus jugak sebab ramai yang mahu menegur kesilapan bahasaku... yang boleh buat orang tk faham, bila hormon aku tk betul...

Selain dari itu, sepanjang bergiat di blog, mahupun di luar blog, aku suka, bila orang menegur, sekira aku tersilap, dalam segi apa pun. Hanya itulah cara aku membaiki diri, membuat penambahbaikan dalam diri...klu tiada yang menegur, aku akan rasa aku sentiasa betul. Tegur jer... aku marah atau tidak, belakang kira...hehe... I laik..

ni icon aku yg dulu

Aku juga seronok, ramai kawan baru yang aku dapat sepanjang setahun berblog ini. Macam2 perangai..yang pasti, tidak ada rakan blog ku yang pendiam..smua peramah dan aku yakin klu jumpapun mesti riuh rendah...sebab tu aku elakkan dari berjumpa...sebab aku takut aku lupa diri...ahakss.. sebab aku pendiam amek.

Sesungguhnya kawan2 di blog ini memang menghiburkan dan banyak berkongsi pengalaman denganku. Terima kasih kawan, kerana sudi menjadi kawanku... tk kira di benua mana kalian berada... ada yang baik yang kalian hadiahkan padaku untuk jadi ikutan... yang tak baik pun ada, dan berguna juga kepada ku.... aku jadikan sempadan sebagai pengajaran dan iktibar penghidupan. Jadi, sama ada kalian memuji, mahupun mengutuk.. (tk penah lagi kena kutuk kat sini...) semua itu aku hargai kerana banyak faedahnya buat diriku. Sekalipun hanya sekadar memberi salam menjenguk ke sini...salam itu satu doa...doa kalian utk kesejahteraanku di sini.

Moga aku terus tabah menjadi blogger selamanya bersama rakan-rakan blogger seperjuangan yang lain. Moga blog ini terus menjadi medanku menitip pengalaman dan berkongsi cerita dan ilmu bersama kalian. Moga akan bertahan ku di sini walo kuat mana ribut topan yang melanda yang mahu mengusir aku dari dunia Blog ini. Moga apa yang aku paparkan di blog ini kelak akan memberi kebaikan tidak terhingga di dunia dan di akherat kepadaku dan kawan-kawan sekelian.

Penghargaan tidak ternilai buat semua yang menginjak kaki.....err...yang meninggalkan jejak mahupun menjengok di sini ...kalian amat membahagiakan. Thank u to all.

kini ... mang aku rsa nak puleh jer leher aku nih camni..

3 comments:

kakpah said...

hepi besdei la cik. Diam tak diam dah setahun lupakanje ni ye. Apo yang ko dapek cik. macam-macam. Salah satu daripada e kau dapek kakpah wakakaka...
Kok tak tak kona ko do cik.
Acik yang pomalu? Wakaka.. kpah lagi pomalu(sila pocayo).

Anyway cik, sonang bokonalan mo acik ni.

iina said...

acik.. happy anniversary 1 year takdo potong kek ko cik.. nak den buekkan kek pisang ko?? boleh yo tapi tunggu yolah den balik mesia thn dopan kot

cik ikon puls kepalo tuh ngeri yo tgk.. cam naik bulu kening pun ado wakakakah

lupekanje said...

salam kpah..
Mekasih kpah. sesungguhnya mang macam2 dapek...dan mang dapek kona kpahpun satu rahmat..heheh



iina,
kpah pun tk goma bona deh kat ikon kepalo tu...heheh..harus acik tukar dolphin pink tu smulo..tpi bia lah..
itu mood acik tahun ni....wakakaka

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-