Showing posts with label ilmu agama. Show all posts
Showing posts with label ilmu agama. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Mari belajar


Sangat sedikit ilmu yang manusia miliki, dan sangat sedikit juga yang kita ketahui, katakanlah 'Wallahualam' sebagai tanda kehambaan kita yang tidak memiliki sifat Allah yang Maha Mengetahui. 

Dalam Al Quran dan Hadith banyak menyebut tentang menuntut ilmu. 

Antara ayat-ayat Al Quran berkaitan adalah :

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلْبَابِ

"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Az-Zumar:9)

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
"Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu (agama)." (Thaahaa:114)
(antara doa terbaik tika mahu menuntut ilmu)


Antara dalam hadis yang menyebut tentang bagaimana kita diwajibkan menuntut ilmu adalah;

أُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ

Tuntutlah ilmu walau ke negeri China.


"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam yang akil baligh, baik laki-laki maupun perempuan."
(Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

 
Peringatan utk diri sendiri.

Saturday, January 28, 2012

Terima kasih Tuhan Atas Cinta Ini

Sudah beberapa minggu saya tidak sihat. Moga-moga ianya menjadi penghapus dosa buat timbunan dosa-dosa saya dalam penghidupan ini. Hati tetap mahu meng update blog ini.

 Kali ini, saya ini mengsyorkan pengunjung di sini untuk membaca buku tulisan rakan pengajian saya ni. Dalam diam, tidak disangka, beliau telah banyak menghasilkan buku-buku ilmiah untuk panduan pembaca dalam mengharungi penghidupan ini.

 Mengikut jejak abangnya, Zuhriah Mohamad Juoi, kini nampaknya semakin giat menulis. Mungkin faktor anak-anak yang sudah semakin membesar yang membuka ruang masa untuknya menulis. Tahniah kawan. Saya tumpang berbangga. Boleh lawati blog beliau di http://zuhriahmohamadjuoi.blogspot.com/

Abangnya, Ustaz Pahrul Mohamad Juoi memang telah tidak asing lagi, sebagai seorang pengarang, motivator, penulis lirik nasyid, kaunselor, pemuisi yang terkenal di Malaysia ini. Semoga mereka ini dirahmati Allah dan diberkati dalam setiap perjuangan mereka .


Antara buku Ukhti Zuhriah yang menarik adalah :

Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini

Sinopsis

Aku Terima nikahnya… Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.

Namun, lumrah hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001 rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.



Di terbitkan sejak April 2011.  

***************************************************************************

Anak-anak cemerlang


Sinopsis
Anak-anak umpama permata bagi ibu bapa. Kehadiran mereka pasti menceriakan rumah tangga pasangan suami isteri. 

Namun, sejauh manakah anak-anak ini dapat menjadi penyejuk mata ibu bapa mereka? Sanggupkah kita melihat anak-anak menitiskan air mata kedua orang tua mereka? 

Tahukah kita cara mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna, soleh dan cemerlang? Cukupkah dengan hanya menggilap kecemerlangan akademik semata-mata? 

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk membentuk anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Sesungguhnya tiada harta yang lebih bermakna buat ibu bapa melainkan anak soleh yang sentiasa berbakti kepada mereka. 

Turut dimuatkan dalam buku ini kaedah mendidik anak menjadi cemerlang dengan menekankan pelbagai aspek seperti kesihatan, psikologi, akhlak, ibadah dan banyak lagi.


Terbitan Alaf21  sejak Mac 2009.


Dapatkan sebagai antara koleksi buku pencarian iman, takwa dan cinta kalian.  Percaya lah, tidak rugi membeli buku ilmiah sebegini.



Sinopsis dan gambar diambil dari laman web Alaf 21.

Terima kasih.

Wednesday, September 9, 2009

Hukum Menonton Wayang

Berikutan dengan pertanyaan Kak Wos...tentang hukum menonton wayang

Jawapan

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum menonton wayang/tv adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang disiarkan. Jika filem yang ditonton itu mengandungi unsur maksiat dan kemungkaran maka haram hukumnya. Begitu juga sebaliknya, .

Bagaimanapun pada hari ini kebanyakan perkara yang dipaparkan di wayang/tv itu ada mengandungi unsur sedemikian. Oleh itu, kita hendaklah bijak memilih apa yang harus ditonton dan mana yang tidak.Sekian.

Wallahu A'lamSumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

---------------------------------------------------

Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi..

hukumnya harus menonton wayang selagi mana 3 syarat berikut dapat dipatuhi:

1) Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

Ulasan berlari acik: Kat sini je kita banyak dah sangkut...tk mengharuskan kita menonton...macam cerita hantu...pernah dulu filem2 mejik2 di haramkan.....utk tayangan di TV..kenapa? dan kenapa sekarang diluluskan pulak?? Cerita2 hantu pun sama...sebab citer tu karut ato kurafat..

kita salu kata, kita tgk suka2 je...kita bukan pecaya pun..dan kita tak melakukan spt dlm itu pilem... tapi dalam pada itu, hati kita bergetar.. kita tekejut...tegak bulu roma satu badan kita... kita rasa seram... kenapa takut?? dahh..skrg kita dah menduakan Allah...sedang kita hanya wajib takutkan Allah sahaja...takutkan siksa Allah... hati2 kawan2...kita dah salah aqidah dalam tidak sedar...contoh la...contoh..

Unsur seks salu mesti ada...habih tidak pun, percampuran lelaki perempuan semasa pembikinan itu pilem mesti tidak dapat di elakkan...walopun pilem katon...animasi..

Banyaklah perkara lain yg paling tidakpun menjatuhkan menjatuhkan status subahat bermaksud kita bekongsi/setuju ato buat tk kisah dgn kemungkaran yg mereka lakukan.

2) Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu.

Ulasan berlari acik ; Ni mungkin ngkorang kata ngkorang gi semayang...

3) Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat.

Oleh itu sesiapa yg nak menonton wayang, penuhilah tuntutan syarat tersebut, maka ia dibolehkan..

Ulasan berlari acik : Kita mungkin nak gi dgn knkawan fomfuan..atau kuarge, tpi adaer owg lain dlm tu yg dgn bukan ajnabi...duduk rapat2..kepit2...pegang2...raba2...errrkk..dalam gelap kita tanampak apa jadik sekeliling kita....klu ada pun..kita mungkin ada dgr org tesedu2 masa hero mati....ato heroin kener kawin paksa dlm citer industan tu....kehkehkeh..

cara tk langsung, kita meredhai nya...kita biarkan maksiat bersiaran langsung di tempat di mana kita berada tanpa ada rasa besalah...jatuh subhat..kann kann kann...

alerrr...kite pun pnah wat centu masa lom kawin duluuuu kann...*yg mana da kawin la.. err...acik...err...err...astaghfirullah..

Jadik...itu la maksud yg Sheikh Qardawi katakan dlm ayat no. 3 tuh..

Wallahua'lam..

Sumber: Fatwa al-Qardhawi - http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

Sumber soklan dan jawapan diambil dari laman web ini..

http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=703&pid=1830#post_1830

Statement di atas Bukan acik yang reka.. jadik...pepandai la nk kata tgk wayang tu dosa ke tk dosa.... lu pikir la sendiri....

okeh wosss...

Acik sendiri tak mampu nak amalkan semua suruhan dan larangan dalam Islam. Acik masih melakukan banyak dosa pun. Cumer....acik mang nak jadik org baik...jauhkan diri dari dosa2 besar dan kecil... biler tah...blh jadik bebetul baek...

Setan ngan hawa nafsu masih merajai diri. Iman dan takwa masih tipis....setipis kulit bawang...tah..nipis lagik kot.

Anak2 acik pun tgk wayang gak.....larang2pun diorg tk nk ikut...sbb kata diorg citer tu ada bnyk moral of the story...

Acik dah ada seploh tawon lebih kot tk tgk wayang....hajat tu ader je... nk nengok industan ngan tipah...nk nengok citer antu ngan anak2....heheh..*naek tanduk bebelang ku..tpi sentiasa ada halangan, maka belum la lagi acik menempoh panggung tu dlm tempoh tersebut.

Dah la..nk sambung kijer nih..heheh.. bz lagikk..

Friday, June 26, 2009

Ingatan bersama

Taim melawat2 akaun friendster yang dah bersawang, terjumpa mesej ni... bagus juga untuk ku abadikan di blog nih untuk tatapan besama.. Dialog seorang manusia bersama 2 pengiringnya ;
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Thursday, May 14, 2009

Sampaikanlah..

Tidak semua yang kita mahu akan kita dapat.
Bila berlaku perkara yang kita tidak mahu, cuba kita renung dan muhasabah diri....
Kembalikan segalanya pada Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sihat hari ini, tidak bermakna sihat jua esoknya.

Kaya hari ini, tk semestinya kaya jua keesokan harinya

Susah hari ini, tk semestinya susah juga esoknya.

Ceria hari ini, tk tentu lagi akan ceria esoknya.

Petang kemaren, joging dengan lyn dan cik ida...kesihatan kener jaga ye kenkawan.

kan dah lama tk joging.. Alhamdulillah...sempat kami tamatkan 2 round di taman itu...

Sebelah malamnya acik pegi masjid Putra, dah lama tk ikuti kuliah Ustaz najib untuk mengisi msa acik agar tidak sesia begitu sahaja...

Jadinya, malam tadi ..memang banyak sungguh ilmu yang diberikan oleh ustaz..

antaranya kata ustaz,

Peringkat orang yang menuntut ilmu ni ada 3...

pertama - Jengkal pertama... - Takabur - baru tau sedikit perkara, dah tk sabar nk menegur orang lain..dgn cara yang tidak hikmah....padahal penjelasan pada sesuatu ilmu itu terlalu luas lagi...perlu dipelajari seterusnya.

Jengkal ke2 - Tawadhu'

Jengkal ke3 - Merasakan betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu.

Tapi, bagaimana pula dengan ayat, sampaikan dariku walaupun satu ayat?...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...