Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Awas Promoter perkhidmatan Telekomunikasi


Sangat geram dengan promoter2 telekomunikasi dan yang lain-lain yang suka memaksa orang lain melanggan perkhidmtan atau barangan yang mereka jual....
Kekadang, bila kita lalu tepi atau depan mereka, mereka akan tahan, dan halang perjalanan kita.  Pada kita yang dah biasa dan faham dengan tektik-tektik mereka ini, tak apa lah.  Tak layan. Tapi pada yang tidak berpengalaman, akan mudahlah terpengaruh setelah dipengaruh dengan kata-kata manis mereka.

Ini yang telah berlaku pada salah seorang anak acik... bila mana tiba-tiba sampai bil telefon tertunggak, padahal tak pernah pun guna telefon bimbit yang berbil.

Hangen okeh....!!!  Yang dia pegi sign borang yang promoter tu bagi, buat apa....

Kan dah kena klentong....!!  Berhutang....dapat surat notis hutang dari syarikat pengutip hutang tu lagi.!! Silap2 nanti datang carik pulak rumah ikut alamat yang dibgikan tuh...!

Lagi satu, silap2, nama dah jadik black list sebab ada hutang.  Saper yang susah nanti?  Mereka dan keluarga mereka!!!

Nak bayar jugak....for nothing???? Tak guna pun servis tu.....?? Oh tidakkkkk!!!  Baik acik yang idup ibarat kais pagi makan pagi ni guna duit sebanyak itu untuk perbelanjaan makan pakai anak beranak.

Acik dah antar surat ugutan...errr..boleh la katakan ugutan.  Kalau tak dibatalkannya utang anak acik tu....acik akan panjangkan surat tu pada pengerusi dia... mesti ada pesbuk dia kann?????

Tak pun, acik antar kat Persatuan Pengguna....atau kat Kementerian Dalam NEgeri, atau kat Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat...acik akan antar kat sokabar.....kat pesbuk semua...

Ha...cuba la main2 dengan acik ni...jangan pandang sebelah mata okeh!!

Moral of the Story:
Jangan mudah terpedaya dengan promoter2 jalanan....nnt tak pepesal tepaksa begolok gadai...
Promoter2....jgn memaksa orang menjadi pelanggan.  Pastikan anak2 yg masih bawah tanggungan, mendapat kebenaran dari ibubapa untuk membeli atau melanggan perkhidmatan mereka.

Sekian.

Wednesday, June 10, 2009

Marah

Salam.. Teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin.. Fasal ketiga pada mengatakan tentang Maksiat Batin, adalah Marah...atau bahasa Arabnya, Ghadab.. Sifat marah adalah dicela oleh syarak sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti membinasakan petrol/jadam akan air madu.

 Sabda nabi lagi, yang bermaksud Tiada marah seorang itu melainkan hampir ia atas api neraka jahannam sabda nabi lagi, bahawa marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu daripda api dan hanya sanya padam api itu dengan air. maka apabila marah seseorang dari kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu'.

Ini dari kitab Hidayatusalikin Ringkas je...tapi huraiannya mesti panjang...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sifat marah ni. Ini diambil dari satu laman web lain...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan. 


 Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " 
Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" (la taghdap...) Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.


jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) 


Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) 
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan. 


Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara...


Ifrath pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal.. (wah...acik cam kompius...cut n paste ni..nnt semak balik) -OK...dah semak..dan dibetulkan...tuanpunya laman web tersilap taip tu.. mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) .. 


Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!".. 


Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu. 


Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134). 


untuk diriku yang salu terleka. (Nampaknya isi yg acik copy n paste ini diambil dari kitab Intipati Ihya' Ulumuddin Imam Al Ghazali... susunan Al-Shyeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi.) Terjemahan Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz

 Aku yang cepat marah... perlulah jua mengawal diriku ini....

Ya Allah, lembutkanlah hatiku dari segala kemarahan.

Wednesday, June 11, 2008

Sayang siapa




semalam ada kawan kata, Kak...akak sayang sangat kt Shahmah kan??'Huh..acik tk tau nak cakap apa. Acik susah nk ngaku sayang anak yang mana.Sebab acik sayang semua anak...diorg tu anak2 acik. Tapi ramai yang kata acik sayang shahmah lebih. Hmmm....suka hati lah. Mungkin sebab orang nampak aku puji dia lebih...tpi orang tk nampak bile aku marah kat dia. Dia penah kener rotan teruk masa kekecik dulu. Dia aku tak pedulikan sangat walau asrama dia tk sampai 15 minit pun dari rumah dulu.Diorang 3 beradik jarang buat acik susah. Cuma susah kat rumah jer. Sebab tk sorang pun yang perfect nk harap buat keje rumah. Semua nak kena tunggu suruh.Cara acik, salah satunya, acik bio kan jer rumah tk bekemas...nk tengok ada tk yg nak kemas.

Dari kecik, acik boleh puji si kakak, Yani. Dia dari darjah lima dah suka mengemas. Kata dia..dia tak suka nak belajar dalam keadaan rumah bersepah. Dia kemas, adik dia sepah, dia kemas, adik dia sepah..dari situ lah, dia mula belajar jadi si mulut murai. Kalah ummi dia. Hehhe..ummi dia pun antara penyumbang yang buat sepah..huhu..alasan...nk tgk dia kemas ke tak. Bab pelajaran, dia ok jer. Acik no komen sebab dia lebih pandai dari acik..hehhe..terutama, math.(Ummi dia sifir pun tk hapal)...lepas darjah 6, dia dah tk duduk rumah, sbb dh kat asrama.

Shahmah pulak, jenis tak kisah nk kemas2. Sampai kuku panjang pun tk reti nk potong klu tk suruh, sampai skrg centu... Masa kekecik, kalu acik suruh potong kuku, dia tk potong, aku akan potong masa dia tidur. mang dia tidur mati. Dah bebesar ni, tk kose la aku ....silap2 kener terajang ngan dia, sebab dia ingat ader org nk kacau dia..hahaha.Lepas drjh 6, dah masuk asrama, ingatkan berubah, disiplin diri, kemas barang, kemas bilik sendiri...hmm..hampeh..tk de maknanya dok asrama pun. Lagi worst.

Bilik besepah teruk lagi. Bau...fuhh...sampai sekarang...aku bising kat dia....Shahmah.! kamu ni kalu kawin, terukla kamu kener leter dengan bini kamu..!!.. sekarang dia going to be 19. Dah ada lesen mandu. Acik pecaya serah kereta bagi dia bwak. Sebab acik komfiden dia bawak. kakak dia kecik ati, sbb tk nk bagi dia bawak keter wlupun dia dah ada lesen. Tu lagi rasa cam sayang si abang lebih. Senornya, acik tk komfiden dia bawak. Acik bukan banyak duit nk repair keter kalu apa2 jadik kt keter carik makan tuh. Dia bawak teruk...huhu..kutuk la ni.

Blh dpt sakit jantung. Tu acik kata kt dia...sementara dia bajar lagi ni...jangan sekali2 bawak lagi keter ni. Dah kerja baru acik bani bagi dia bawak sbb.... U kiss u pay...skrg dia nk pay ngan apa klu terkiss...??? Acikkkk gak susah. Shahmah pun acik risau klu dia kuar memalam gathering dgn kenkawan. But so far...Tuhan pelihara. Lom ada calar keter lagi...(ader gak..tpi dia tk ngaku..)..

Si adik, zirah, sama jer ngan abang dia. bab jaga kecantikan muka..ngalah org besar..facial wash dia, lip gloss dia, pemutih kulit dia (sbb dia rasa dia paling gelap dan tk lawa antara adik badik..) bekemas, barang2 dia jer. Yang lain, tk nak usik. Tu yang geram ummi ngan kakak dia. Pehtu sensitip lak tu. "Ummi ni kalu kakak ngan abang, ummi tk marah...adik ummi marah..!!" huhhh..gitu la salu dia muncung. Sian lak dia. Tapi dah dia salu buat marah org lain.

Abang dia lagi la salu baran ngan dia. Tak sedar yang dia pun ader kurang gak. Si abang just baik ngan adik dia, bila nk mintak tlg...atau sebab takut kat lipas/labah2. Nak suh adik dia buangkan. hehehe...itu macam pun ada.Tapi bab pelajaran, dia tk kalah ngan kakak atau abang. Dari kecik dah nampak, dia boleh maju. Dia manja kt atok n nenek dia. Manja apa nk, semua dapat. Bila atok dh ninggal, baru dia nampak langit tinggi rendah.

Nak apa, ummi kener tapis dulu, bbbtul perlu ke idak. Klu tk dapat, dia majuk lah..payah kan..!! Lebihnya dia, dia lebih penyayang dri kakak dan abang dia. Lebih ada pasaan nk peluk cium ummi ngan nenek dia. Tk macam kakak ngan abang, aku tk ajar lah tu. Adik dia, nenek yg ajar... Naper acik tk ajar anak acik utk peluk cium acik??? Itu lain citer....heheh...lenkali lah..
Bila semua dah bebesar, acik tk de la nk memarah cam masa kekecik dulu. Sebab acik jarang2 jumpa. Dari umur 12 thn, semua dah tinggalkan acik. Semua duk asrama. Jadi, bila balik cuti, acik tk nak la bagi tensen. Tapi timbul pulak acik sayang lebih kat anak2 tertentu.

Mang la kalu ikutkan, nmpak cam acik lebihkan Shahmah. Tapi acik ni, kalu dah buat acik marah, acik marah la..kalu acik suka, acik puji lah (jarang puji pun). Tapi kalu dah tk de aper nk puji, tkkan tetiber nk puji. biasa lah. Acik kalu puji sorang anak, depan anak2 lain, atas sebab. Sebab nak cabar yg lain supaya mahu juga berjaya atau buat perkara yang baik tu cam pihak yang acik puji tuh. So, kalau anak tu nk ummi dia puji...do something yang boleh dipuji. Klu tk de buat apa yg baik...tk dptla puji tu. Mahal tau nk dapat puji acik. Selalu klu si zirah cerita pasal markah dia yang tinggi, acik just kata selamber kt dia, aikk...naper tk tinggi lagi??? ..huhu...bengang dia. Bukan ummi dia nk puji pun.

Sebab bagi acik...yang penting bukan markah dia. Tapi usaha dia. Tk suka nak puji sbb takut dia rasa cukup dah usaha dia...biar dia rasa nk dpt yang lebih baik lagi.
Shahmah acik anggap ketua keluarga. So far dia tk de buat masalah kt Acik. Cuma masa form 5, acik salu marah dia sebab asik dgn okestra dia...smpai pelajaran merosot. Kuar result, acik lagi marah, sbb jauh dari target. Marah yang campur rasa kesal, sebab serahkan dia pada pengetua yang tk peduli pun berapa dia dapat. Pengetua yang pentingkan nama sekolah dari kemajuan budak. Sebab tu acik rasa syukur sbb sekrg, shahmah dh bangun smula.

Kakak dia yg kat IPTA gak kini sdg masalah kritikal pelajaran. Acik salu marah kat dia...paksa dia letak jawatan yg banyak sgt dia pegang kt U. Tapi dia degil sgt skrg ni...pandai kamu lah. Masa depan kamu kat tgn kamu sendiri. Tu yg tk der benda la nk puji dia buat masa ni. Bila dah buat ummi marah..dan tk ikut cakap ummi...apa yg nak dipuji. Budi bahasa pun dah kurang.

Cuma yg maintain blh puji, kerajinan dia kt rumah. Memang klu dia ada kt rumah..rumah akan kelihatan rapi, tk der habuk. Cuma nk carik benda makanan bermasak, tkkan jumpa. Sebab dah bersih. Nk carik bembarang kita pun susah...kenkadang kener carik kat bakul sampah. Tu pun kalu dia tk buang jejauh lagi....Kejap jer kan..besarkan anak...dah 21 umur dia.

Zirah akan ambil SPM thn ni. Acik risau gak...bnyk subjek penting yang merosot tu. Acik salu leter kt dia....Jangan jadik macam abang...!!! Jgn ulang aper yg dah jadik kat abang... Nk carik tempat nk sambung belajar pun tk ada tempat yang nak terima sbb tk cukup syarat...dia duk belajar jauh kat selatan mesia. Manalah acik nk tau aper salah cara belajar dia.

Kalu ikutkan buku, semua rujukan ada. Nota pun cam rajin jer buat. Tak la cam abang dia, sepanjang belajar dari sekolah rendah..tk penah sekali pun nmpak dia buat nota belajar. Tak cam kakak ngan adik dia. Bahkan jarang sgt nk tgk dia bukak buku kat umah. I guess, dia just bajar dlm kelas. Sebab tu, dia blh jatuh, biler dia escape kelas masa kat asrama tu...gi latih band/orkestra.

Last but not least, acik sayang kt semua anak acik. Dan klu boleh, tk nak beza kan atau lebihkan. They are all my children yg tk banyak buat masalah kt acik nk besar kan. Acik syukur sangat sbb diorg tu anak2 acik.

Acik tkkan marah pada anak yang dah berusaha...tpi tk gak bejaya. Yg marah, kalu tk usaha...ternyata tkkan berjaya...hummm..tu jer la utk hari ni.



Cen.

Monday, June 9, 2008

Bejaya lagi...

Nk story, kemarin malam, Shahmah, anak aku tetiber menjerit histeria....
aku ngan kakak dia saspen gak... pesal budak nih..

Rupa2nya sbb result sem 2 dia dah kuar...dan dia dpt lagi Anugerah Dekan... Alhamdulillah... anakku berjaya lagi...

Dia kabo...
ummi, kalu abang dapat 3x anugerah nih... belikan abang keter....

Sakit la ummi...mana la mmpu nk bagi adiah centu.. ala...cukup la dpt anugerah tu sbgai hadiah untuk diri sendiri.. Tpi kalu adiah gambar keter....boley ajer...anytime...hahahha..boley gurau lagi ummi dia.

Senornya, mang rasa sungguh bersyukur yang amat sangat sebab dia dah dapat tunjuk improvement dalam study dia. Itu hadiah paling besar buat diri dia...sebab kejayaan itu sendiri adalah kejayaan untuknya dan masa depannya. Tak payah la nak tuntut hadiah apa2...tapi I will not mind...klu berkemampuan, nk bagi hadiah apa2 kt dia.

Tadi aku bgitau dia...
jom ummi banjer makan Kenny Rogers ke... memana ke..
Ala...., dia kata..makan..pehtu habih, wat per..

Ok...kalu centu...ummi belikan jam tangan...nak tak?? Kamu kan tk de jam...(Ummi dia pun dh betahun tk der jam tangan...heheh)
Ehh...ummi ader ke duit...???
Err...ader tinggal sikit....huhu..
ha....kan abang dah agak dah...
Takper la...nnt ummi kumpul getah segerap, ummi jual...nk wat beli makan hari-hari...don wori la...heheh..

Tak per la...ummi bagi sikit duit..pehtu abang dpt komisyen tempah baju kt kolej tu nnt, abang top up la...leh abang beli jam elok sikit.
ha...ok gak tu...nnt ye..hheheh..

Payah jugak...hati tingin nak bagi hadiah sebagai satu motivasi kat anak2 yg bejaya...tapi apakan daya...duit yang ada pun dicecukupkn untuk blanja makan minum hari2...tmasuk bayo bil ...... isik minyak keter yg mahal mengutuk tuh lagi....bukannya reti carik side income cam sya tu...reti ngabih jer...tapi aku ni just yakin jer....rezeki yg sikit, pandai lah aku mencukupkn..(Ikat perut la..).....

Lega bila dia dapat keje sambilan . sekurang2nya boleh carik duit blanja tambahan nk balik Unibesiti nnt.


Dulu masa dia SPM, aku geram + marah kat dia... kat pengetua dia..
sebab pelajaran merosot dan result SPM pun teruk gak...memandangkan dia bersklh di SBP. Pengetua pulak bersikap sambil lewa. Pentingkan kokurikulum..pentingkan nama sekolah sampaikan pelajaran bebudak merosot pun, dia tk kisah...pentingkan latihan orkestra sampai kuarantin (betui ka ejaan ni..) bebdk orkestra ..tk pyh gi kelas...
Bila aku jumpa sendiri pengetua tuh, dia kata apa tau.....
Jgn risau...budak lelaki lain cara blajar dia...diorg ni genius...Genius hanggok kau...!!! Geram tul aku masa tu.

Cadangan aku dia tk pandangpun... aku cadangkan, dia ugut anak aku yang dah merosot belajar tu, tk boleh terus masuk pertndgn orkestra sekolah tuh..selagi tk baiki prestasi pelajaran..atau tetapkan berapa pointer peperiksaan yang melayakkan diorg masuk orkestra lagi tahun tuh. ..Aku tau, anak aku, kalu nkkan sesuatu, dia akan usaha. Aku cadangkan jangan libatkan bebdk Tingktn 5 yg nak periksa tu dari segala jenis aktiviti.5-6 bln seblm periksa. Tapi pengetua tu ketawakan aku jer.
Pastu, bila result anak aku kuar...walaupun lulus cukup makan..ternyata mang jauh dari target...pengetua tu ucap tahniah kat aku...lepas aku antr sms sindir dia...ye la...bukan anak dia..dia tk rasa la apa yg aku rasa... Lepas tu, si Shahmah ni yg teruk salu kener sindir ngan aku...
Aku tau la tk elok marah anak bila dia tk bjaya cemerlang. Tapi aku nk dia rasa tercabar. Itu jer tujuan aku.
Nah...sekarang, nampaknya dia dah bangkit dari tidur dia..Alhamdulillah. Walaupun dia masih melibatkan diri dengan donia musik dia...main drum ngan band kt Uitm tuh, aku tk ler marah sangat, sebab seimbang dengan pelajaran. Tak le buang boreh. Aku harap dia bebetul ambil pengajaran dari apa yg dah jadi pada dia masa SPM tuh. Sampaikn hampir jer nk masuk kolej swasta (cam mampu jer..) sebab tk ada tawaran IPTA yg dia terima..dah ujung2, masa semua kenkawan dia dah dapat tawaran, barulah akhirnya dapat gak masuk IPTA...biarpun stakat amek diploma je...ok la tu..dan dia tk sesiakan peluang yang dia dapat tu. Mungkin sebab dia tahu, betapa susahnya dan gelabahnya hati mak dia...(ngalahkan dia...) bila tk dapat2 tawaran sambung bajar tuh..

Cen:
Moral of the story, Jatuh kali pertama, tak semestinya akan jatuh lagi kali kedua...(tapi aku penah....dah jatuh kali pertama...pehtu jatuh lagi kt tempat yg sama kali kedua...cik ida jgn gelakk!!!...tapi InsyaAllah..tk jatuh utk kali ke 3..) DANNNN...yang tk jejatuh tu...jgn ingat tk jatuh
selama-lamanya...kerana jatuh bangun tu, adalah lumrah penghidupan.






ni gambar yg dia bagi masa nk mintak keje part time...hehhe...(aku gelak, sbb cam gamba nk nikah..tk baikkan umi dia)




Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...