Tuesday, December 30, 2008

pesanan ibu -anak perempuan dan lelaki 2

Biar acik sambung lgi pengharapan dan pesanan aritu yang sekerat jalan comer.. Belum habis lagi...sebab terlalu banyak dalam kapla otak bekarat ni. Tapi cam biasalah...dinihari nan sunyi, baru ada mood nk menaip. Biler dah ada mood, ngantuk pulak...ha..tu lah dia.. Pesanan seterusnya;

# Ummi teringin sangat anak lelaki ummi, rajin bersembahyang berjemaah di masjid atau surau. Kerana hanya seorang anak lelaki yang ummi ada. kalau yang seorang ini tidak campur masyarakat, bagaimana kelak, apabila kita memerlukan bantuan masyarakat sekeliling?

Dari itu wahai anak bujangku, rajin2lah hadirkan dirimu ke surau, mengikuti program agama..bersolat jemaah bersama yang lain. Banyak perkara baik yang akan dapat kamu pelajari jika kakimu itu kau langkahkan ke tempat yang baik. Takkan nak harapkan solat jumaat seminggu sekali sahaja baru kamu nak ke masjid... namun ummi bersyukur, kerana kamu masih tidak termasuk dalam golongan yang meninggalkan solat...kerana jika itu berlaku, kamu ibarat telah meruntuhkan tiang agama....

Ummi cemburu pada kawan2 yang mempunyai anak2 yang tahfiz Al Quran...alangkah bertuah mereka itu. Anak2 mereka sudah pasti membantu mereka di akherat kelak.



Dari itu wahai anakku...walaupun kalian bukan Hafiz Quran, berkawanlah dengan mereka yang tahfiz Quran ini.... moga tempiasnya dapat ke kamu juga..(bukan tempias air liur ye..)

# Ummi mahu kalian mendalami ilmu agama. Kita hidup berpandukan Al Quran dan Sunnah. Seandainya kalian tidak mempunyai ilmu Al Quran dan sunnah itu, bagaimana kalian mahu menyelesaikan masalah kehidupan kelak???? Andai ummi mati, tahukah kalian, bagaimana mahu menguruskan jenazah ummi???








Andai kalian bertemu jodoh, kalian tahukah apa yg patut kalian lakukan pada suami/isteri kalian dan apa yang patut kalian jauhi???

Apakah kalian telah habis tahu tentang semua hukum hakam dalam perlakuan kehidupan kita sehari2???

Apa yang haram, apa yang wajib, apa yang harus, apa yang sunat, apa yang makruh di lakukan????




Kalian tahukah apa yang boleh menyesatkan akidah kalian? Kalian tahukah bagaimana mengawal perasaan amarah, kalian tahukah ilmu tasauf dan kepentingannya dalam hidup??? Kalian fahamkah ilmu Tauhid yang tiap seorang hamba Allah itu wajib tahu???

Kalian telah habis kah mempelajari lantas boleh mengamalkan bab thaharah, Haji, zakat, ilmu munakahat, muamalat, dan hukum jenayat dalam kitab fekah??? Sudah betul kah tajwid bacaan Al Quran kalian, selain dari mengharapkan apa yang kalian telah pelajari sewaktu kecil dulu???

Telah fahamkah semua erti ayat Al Quran yang telah kalian baca....terutama dalam bacaan solat kalian??? uuuuuhhhh...banyak sekali cabang2 ilmu Allah ini yang perlu kalian pelajari... ummi sendiri masih belum tamat mempelajarinya.

Penting...memang semua itu penting, untuk membentuk kalian menjadi mukmin yang sejati. Jangan setakat jadi muslim...ramai yang boleh jadi muslim, tapi tk ramai yang boleh jadi mukmin... mengucap 2 kalimah syahadat sudah menjadikan kalian muslim... memiliki keimanan dan ketakwaan yang kental, baru boleh bergelar mukmin...

Contohnya, kalian perlu pastikan kalian miliki sifat2 Mahmudah...melebihi sifat2 Mazmumah. Milikilah sebanyak mungkin sifat terpuji. Dan jauhilah ke semua sifat2 mazmumah. Barulah kalian akan memiliki ketenangan dalam kehidupan meskipun pelbagai ujian yang melanda kalian. Milikilah sifat syukur, kerana dengan itu, kalian tidak akan mengeluh apabila mendapat rezeki sedikit atau diuji dengan kesusahan.

Milikilah sifat sabar, agar segala ujian yang melanda, mampu kalian terobosi... Milikilah sifat redha, agar kalian sentiasa sedar bahawa segala apa yang kalian miliki, ada lah dari Allah...pinjaman dariNya, bukan milik kita selamanya... Ingatlah anakku, kita tidakkan sempurna, akan tetapi kesempurnaan itu boleh dicari. Ummi sendiri terlalu tidak sempurna, dan sedang membentuk kesempurnaan menjadi ibu yang baik kepada kalian.



# Bergaul lah dengan jiran tetangga kerana mereka kelak tempat meminta bantuan, apabila dalam masalah. Jangan kalian tidak mempedulikan jiran kalian, kerana mereka adalah antara tanggungjawab kalian. Menghormati jiran. Saling tolong menolong sesama jiran tetangga. Jangan sesekali pentingkan diri sendiri apabila hidup berjiran.

Contohnya, membuka radio dengan suara yang kuat, mengganggu jiran sekeliling. Mengetuk lantai..seandainya tinggal di apartment seperti kita sekarang ini. Dari itu, kalian fikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan dalam rumah, samada akan menganggu jiran atau tidak. Hendaklah kalian hormat menghormati, tegur menegur sesama jiran, kenal mengenali dan bantu membantu. Yang ummi lihat sekarang, kalian tidak mikirkan hati jiran.

Kekadang, kalian buka radio atau menonton tv dengan suara yang kuat..tanpa fikir berkemungkinan ada anak kecil yang mahu tidur, atau jiran yang letih pulang dari kerja yang ingin beristirehat . Tidak ada beza kalian dengan jiran2 kita yang sering mengganggu kita dengan bermacam bunyian. Nanti ummi sambung lagi pesanan ummi nih (mcm besyarah rasanya..). Rasanya dah terlalu berat pesanan yang ummi berikan kali ni...

Tapi, besar pengharapan, agar kalian dapat menunaikan hasrat ummi ini...yang penting, ummi telah menjalankan tugas ummi mengingatkan.

6 comments:

Ungku Nor said...

ehehe..baik ummi!!

;D

KAKTINY said...

pesanan seorang ummi..

sentiasa terlipat kemas dlm sanubari.. di hati.. di minda dan di jiwa..

teruskan pesan memesan dan ingat mengingati yer ummi..

:-)

Kak Nora said...

Dek Cik,
Kak pun harap begitu. Sejuk perut ibu mengandung kalau anak-anak dapat hafaz AlQuran, ye, Dek Cik.

lyn said...

acik oooi, sib gak ada anak lelaki bole tlg gak tengok anak pompuan. cam kita ke, camner erk?

dizz said...

nak suh anak2 kteh baca, atau nak copy paste bagi depa baca, bulih kan? bukan senang nak transform apa yg ada dlm kepala kta dlm bentuk writing dan boleh di ulang cetak, mudah2an anak2 cen menghayati pesanan ummi depa.

lupekanje said...

salam kenkawan..
hari ni otak weng weng sikit...nanti acik cerita kat N3 lain...boleh dikaitkan dengan pesanan acik nih...huhu...sadiss..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-