Tanyalah Ustaz pagi ni...
Ustaz kata...
Manusia ni selalu merugikan 2 perkara, Masa dan Kesihatan.
Betul tu ustaz.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali
dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang."
Ada masa, ada kesihatan, tapi tidak beramal ibadah. Menangguhkan melakukan ibadah. Sibuk dengan urusan dunia katanya. Sedangkan akherat itu kekal abadi tempat kita dihidupkn semula selepas mati nanti. Dan mati itu datangnya tiba-tiba. Tidak pasti di mana dan tidak menunggu sama ada kita bersedia atau tidak. Sama ada bekal kita telah cukup atau sebaliknya. Tidak menanti usia tua atau tidak menunggu sehingga kita mendapat sakit.
Sekian, peringatan untuk aku yang selalu terlupa dan sengaja melupakan ilmu. Moga Allah sentiasa beri kita petunjuk dlm mengamalkan Islam dan matikan aku dan kita semua dalam husnul khotimah...aamiin.
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, April 11, 2013
Thursday, September 27, 2012
Kisah kehidupan yang sementara
Selagi kita hidup, selagi itulah akan diuji. Jangan kesalkan setiap ujian yang mendatang. Kerana ianya tanda kasih Allah pada kita. Setiap kali diuji dengan kesusahan, kita mencari Allah. Apakala kita telah lepas dari ujian, kita mula menjauh dari Allah.
Allah tidak meminta apa dari nikmat yang diberikanNya. Seperti mana kita mengharapkan balasan dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Allah tidak perlukan apapun dari kita. Hanya kita yang amat memerlukan Allah.
Allah yang memberi kehidupan ini pada kita. Kehidupan dunia yang sementara, untuk menentukan tempat kita di sana. Kerana di sana, Allah telah sediakan 2 tempat sahaja untuk kita pilih. Syurga atau Neraka.
Untuk ke syurga, ada jalan-jalannya yang perlu kita tempuh. Biasanya, jalan ke syurga itu bengkang bengkuk dan banyak onak dan duri sepanjang perjalanan ini. Jalannya penuh duka, penuh derita penuh sengsara. Kita kena sabar dan tabah dengan kesakitan, kepayahan dan dugaannya. Kita lalui dengan keyakinan, bahawa di penghujungnya akan ada kenikmatan. Kita perlu berani dan berserah sepenuhnya kepada Allah dan meletakkan kecintaan kepada Allah demi untuk mendapat kasih sayangNya.
Kasih sayang Allah itulah yang akan membawa kita ke syurga. Bukan kasih sayang makhlukNya yang akan kita temui di sepanjang perjalanan penuh duri kita itu. Namun, kasih sayang makhluk yang Allah anugerahkan kepada kita, yang memimpin kita lebih hampir kepadaNya itu perlu dicari dan dipelihara.
Kasihilah...cintailah, selagi ianya di atas landasan keimanan dan ketakwaan, selagi ianya bukan beralaskan nafsu hasutan syaitan. Kasih sayang seperti ini, boleh membawa kita ke syurga Allah. Kasih yang suci murni yang benar-benar kerana Allah ini mampu menunjukkan kita jalan ke syurga. Bolehlah kita terima kata-kata, ' kan ku nantimu di pintu syurga.' Tapi, kasih sayang bagaimana yang benar-benar suci kerana Allah ini? Payah hendak kita temui. Yang paling mudah, kasih sayang antara suami dan isteri. Didiklah diri masing-masing, agar menemui kasih sayang kerana Allah ini dalam rumahtangga masing-masing.
Untuk ke neraka, jalannya amat mudah. Penuh nikmat, penuh keindahan dan keseronokan. Tiada kepayahan, tiada penderitaan. Jalannya lurus sahaja, dan di sepanjang jalan itu, ditaburi dengan segala macam kenikmatan, harum-haruman dan keceriaan. Tapi dipenghujungnya, neraka Allah yang maha dahsyat menanti. Neraka yang maha panas, tersedia bermacam jenis gaya penyiksaan yang tidak terbayang oleh kita dalam kehidupan sementara kita ini. Ye lah, dalam perjalanan yang penuh kenikmatan itu, kita tidak memikirkan apa yang ada di hujungnya. Kita lalai, kita leka dengan keindahan dan keseronokan yang kita nikmati. Serasa seolah kita akan selamanya dalam keseronokan dan kemewahan itu. Hingga kita lupa, perjalanan ini akan ada penghujungnya.. penghujung yang tiada lagi kenikmatan, tiada lagi haruman, tiada lagi irama merdu yang menghiburkan.
Moral of the story, jangan ikut jalan yang membawa kehancuran pada diri sendiri, walaupun seronok dan indah...namun ianya hanya di dunia.
Ikutlah jalan yang telah Rasulullah tunjukkan pada kita. Jalan hidup berpandukan Al Quran dan sunnah. Berpegang pada agama Allah...jalankan perintahNya, tinggalkan laranganNya. Nah...itulah jalan yang benar. Selagi kita mahukan kebenaran, selagi itulah, akan banyak halangannya. Halangan itulah merupakan hadiah Allah buat kita, selagi kita mentaatiNya, bersabar atas ujianNya. Menyerahkan segalanya kepada Allah. Mencintai Allah dan RasulNya. Berusaha mentaati. Berusaha menjadi hambaNya yang soleh / solehah.

Friday, August 24, 2012
Potonglah kuku
Hari ini, hari Jumaat, pesan temanku, disunatkan potonglah kuku, Allah akan bersihkan dosa kita.
Bacalah surah Yasin dan surah Kahfi, banyak kelebihannya.
Baca di sini untuk lebih lanjut tentang potong kuku ikut sunnah...
Baiklah... done !
Kalian bagaimana? Sudah amalkan sunnah ini?

Thursday, August 23, 2012
Sujudlah kepada Allah
![]() |
| Gambar diambil dari http://deadstar20.wordpress.com/2010/08/ |
Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan sembahyang). (HR Ibn Majah)
Ayoh kita banyakkan bersujud ke hadrat Ilahi. Banyakkan solat sunat, banyakkan bangun malam.
Hadis yang di smskan oleh sahabatku hari ini untuk diamalkan. thx kawan.
Sunday, July 29, 2012
Berwudhu' dengan sebaiknya
Dari Uthman ibn Affan r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mana-mana hamba yang berwudhu' dengan sempurna yakni membasuh semua anggota wudhu' tiga kali dengan baik, Allah Taala akan ampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu dan yang akan datang.
Hadith riwayat Bazzar dalam Majma'uz zawaid.

Friday, July 27, 2012
Dari Abu Said Al Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah s.a.w bersabda; tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya.
(HR Bukhari)
Dari itu, barangsiapa yang ditimpa musibah, bersyukurlah, kerana pengampunan Allah di situ buat kalian.
*Peringatan buat diri sendiri.

Friday, May 25, 2012
Pentingnya Restu ibubapa
Di tengah malam jemahat yang mulia, acik tertukar channel forum Tanyalah Ustaz yang bertajuk Seks di awal usia...tk perasan pula nama Ustaznya.
Acik ikut forum ni dan tertarik dengan kebenaran kata ustaz nya. Katanya, jika anak perempuan itu memasaknya tidak mahu, auratnya tidak ditutup, tidak penyabar..tidak hormat orang tua,. bagaimana mahu berkahwin? Ibubapa merasakan si anak belum layak untuk berkahwin berdasarkn pemerhatian mereka. Anak itu, belum bersedia untuk berkahwin, selagi mereka bersikap sebegitu, kerana apabila berkahwin, anak itu perlu menjaga anak orang lain, samada lelaki atau perempuan..dengan menjadi suami atau isteri...menerima dan menjaga hati ibu dan bapa mertua juga, dan kemudiannya akan melahirkan anak, mendidik anak itu...bersediakah mereka? apabila penghormatan dan ketaatan mereka pada ibubapa sendiripun tidak ditunaikan.
Soalan lain tentang pasangan yang mahu berkahwin, tetapi tidak dipersetujui oleh ibu atau bapa...
Kata ustaz tersebut, pertama sekali, ibubapa telah banyak mengenal dunia atau lebih dahulu makan garam. Sebab itu, mereka akan memerhati secara keseluruhan dan mudah nampak sesuatu yang tidak sesuai untuk anak mereka.
Contohnya, jika anak perempuan, merasakan teman lelakinya adalah seorang yang baik, beragama, beri hadiah kitab agama, bertanggungjawab, penyayang dan rajin...bukankah anak perempuan itu berkemungkinan akan menjadilah nasib Tipah tertipu..(ayat ni acik yg tambah...) seorang ibubapa yang menyayangi anaknya, akan memerhati perkara ini secara matang. Bukan seperti pemerhatian si anak, kerana ibubapa ini lebih berpengalaman.
Mereka lebih dapat menilai dan tahu lelaki yang berlakun atau yang benar-benar baik atau benar-benar gentleman. Kata ustaz itu lagi, adalah perkara biasa, seorang lelaki itu menunjukkan atau melakunkan sikap yang baik untuk menawan hati perempuan. Seorang gadis itu memang amat mudah ditawani dengan hanya menunjukkan sedikit kebaikan, hingga adakalanya akan sanggup melupakn kebaikan ibubapa yg tidak ternilai, demi mengejar kasih si lelaki pelakun itu. Belang silelaki akan terserlah, apabila telah berkahwin.
Yang kedua, keberkatan, dari mentaati ibubapa. Oleh itu, ikutlah nasihat ibu atau bapa.
Maka seruku pada anak2 perempuanku,sama2lah berdoalah pada Allah, agar diberikan jodoh yang baik buat kalian. Jangan lah terlalu mudah mempercayai seorang yang bernama lelaki, sebaliknya, dapatkan restu dari ibubapa.
Untuk anak lelakiku pula, binalah keimanan dan ketakwaan dalam diri, dan jangan jadikan diri kamu sama seperti lelaki2 yang bijak berlakun untuk menawan hati wanita itu, setelah mendapat wanita idaman, bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak mampu mendidik anak isteri kalian.
ustaz menyeru ibubapa agar memilihkan jodoh untuk anak-anak mereka.
Hmmmm...acik tidak mampu mencarikan jodoh untuk anak2...kalian carilah sendiri, tapi biarlah yang dapat restu dan persetujuan. Itu je...perasaan takut dipersalahkan sekiranya nnt tidak bahagia.
Bukan senang menjadi seorang isteri yang taat dan bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Dan, lagi bukan mudah mahu mendidik anak untuk mentaati dan menghormati kita.

Wednesday, March 28, 2012
Melukis tanpa Pemadam
Terjemahannya,
Kehidupan ini ibarat melukis tanpa pemadam. Sekali kita mencorak, ia tidak boleh nak dipadam lagi.
Dari itu, berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, kerana sesuatu yang berlaku itu, tidak boleh nk di 'undo' atau nak delete semula. Ia tetap akan berlaku dan berlalu. Mohonlah petunjuk dan istikharah dengan Allah, sebelum membuat sesuatu keputusan, semoga apa yang kita lakukan, bukan dari hasutan atau pengaruh syaitan dan hawa nafsu.
Kalau tersalah lukis, boleh lagi modified, untuk mencantikkan semula. Ibarat seorang pelukis yg mula-mula kita nampak macam hampeh je lukisannya diperingkat awal, tpi lama kelamaan, apabila diperbetulkan, campuran warna diharmonikan, ton yang betul, mengikut arah cahaya, perspektif yg tepat, diselitkan macam-macam elemen objek dlm gambar tersebut, ianya membentuk satu lukisan yang indah..
Hidup ini pun macam tu jugak. Kalau dah tersalah langkah, bertaubatlah, bersihkan diri, dekatkan diri dengan Allah, sucikan hati, perbanyakkan amal, jauhkan mungkar. InsyaAllah, kesilapan lama itu akan menjadikan iktibar, pengalaman hidup yang amat berharga untuk dijadikan sempadan dalam kehidupan.

Wednesday, February 29, 2012
Berkata Benarlah
Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya.
Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30)
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu.
Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh.
Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.
DIambil dari laman web : http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1084/dosa-menipu/
Hukum menipu;
Dalam sebuah hadis,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah saw,
أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح
Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:
"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dipanjangkan dari laman web ini : http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/06/hukum-menipu.html
Ye..jgn menipu mereka yang masih celik matanya, kuat ingatannya dan terang telinganya. Sewaktu hendak menipu, ingatlah, bahawa Allah maha mengetahui kebenaran setiap apa yang kamu katakan itu. Apakah keuntungan yang kamu perolehi dengan menipu? Lebih2 lagi menipu orang yang tidak buat salah terhadap kamu.
lupekanje : Pantang datok nenek aku kalu orang tipu aku..!! Mmg payah hendak aku lupekanje. ! huhu...emo seketika.

Friday, January 6, 2012
Sesat Jalan
Note di FB...
Terlajak kereta, boleh reverse balik. Cuma berapa jauh kita terlajak tu, baru kita sedar, itu tak tentu. Kadang-kadang sampai kita jumpa jalan mati, baru kita sedar. Kadang-kadang, sedikit je, kita dah tahu, kita dah tersalah jalan. Maka kita boleh pusing lagi untuk kembali ke jalan yang betul. Jalan yang menuju ke matlamat kita. Jalan yang membawa kita ke destinasi sebenar.
Mungkin esok lusa, kita akan tersalah jalan lagi. Tpi selagi ada keupayaan dan kemahuan, ada signboard atau orang yang menunjukkan jalan, kita akan bertemu jalan yang benar. Semuanya atas keizinan Allah juga.
Jangan diketawakan, jangan marah mereka yang tersalah jalan itu. bantu mereka, tunjukkan jalan kepada mereka, berikan isyarat utk ke jalan yang betul kepada mereka. Jangan sombong, dengan merasakan yang kita sentiasa di jalan yang benar. Allah berupaya mengubah hati kita untuk berpijak ke jalan yang salah jua.
Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Bertanya lah pada yang tahu wahai pengembara di bumi yang fana ini andai kamu kabur arah mana nak dituju. Kita semua juga sering tersasar, terlanjur dan terlajak dalam kehidupan kita.
Sentiasalah kita berpaling mencari jalan yang patut kita lalui,
Meskipun jalan itu penuh berduri,
Namun penghujungnya pasti nikmat Allah yang menanti.
Rehat kejap citer pasal JB ni....
Rehat kejap citer pasal JB ni....
Wednesday, November 30, 2011
Edisi pesanan
Anak2 sekelian..
Kalau berjanji dengan orang, jangan dimungkiri. Takut sok, org pulak mungkiri janji mereka dengan kita.
Kalau berkawan, biar seribu atau beribu2...berkasih, dengan Allah yang satu...
Jangan kerana menjaga satu hati, kita sakiti hati yang lain...kesimpulannya, jaga lah hati sendiri. Hatimu dengan Allah....
Jangan biarkan sifat amarah menguasai dikau, kerana kelak akan memakan diri....kawalll...kawalll...jgn marahh...
senyummmmm...senyummmm...tak perlu kata apa2...tak perlu kata apa2...

Wednesday, November 2, 2011
Ada apa dengan Cinta?
Tertarik dengan satu entry di Blog ini... antara isinya;
Akan tiba saatnnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang, BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita. MELAINKAN kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita lepaskan..
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan..Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah..melepaskan BUKAN akhir dari dunia..melainkan awal dari suatu kehidupan…
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari..dan mereka yang telah mencuba..Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka..
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hati tapi kadang kala teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari…
Kenapa pulak tiba-tiba bicara tentang cinta? Aku sedang becinta ke? ..hehe..tak ada maknanya dalam usia senja gini aku nk bercinta.
Cuma memerhati insan-insan bercinta di sekeliling kehidupan ini. Ada yang bertemu bahagia, ada yang bertemu derita. Ada yang selamba je. Hmmm...pepandailah ngkorang. tapi, ingatlah, jangan sesiakan kehidupan ini hanya dengan mengejar cinta manusia itu. Elok jugak baca isi penuh entry blog tadi...mungkin boleh memberi sedikit kebahagiaan dalam hidup yang leka dengan cinta.
Carilah cinta hakiki..cinta Ilahi.
Saturday, October 15, 2011
Sembahlah Dia
Kita berlain. Tak serupa. Rupa lain, kulit dan rambut pun lain. Tapi kita tetap ada satu nama yang sama...yakni, Kita adalah Manusia. Tuan kita, Allah. Yang menjadikan kita. Yang wajib kita sembah. Yang berkuasa atas kita. Yang menentukan hidup mati dan jodoh kita. Yang memberi rezeki pada kita. Yang menguji kita.
Allah tempat kita mengadu, Allah tempat kita meminta, Allah yang berhak kita cinta.
Orang-orang yang bertakwa akan berkata, "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

Sunday, October 9, 2011
Kembali lah ke pangkal jalan
Anda pilih lah jalan anda....sama ada jalan yang membawa anda ke syurga Allah, atau jalan yang menerjunkan anda ke neraka jahannam.. nauzubillahiminzalik..
Andai terlanjur mengikut jalan yg salah, kembalilah ke jalan yang benar...pulanglah ke pangkal jalan. Moga Allah menerima taubat kita.
Allahummaghfirli.....Allahummaghfirlana...

Saturday, October 1, 2011
Menangislah selalu
Airmata kerana mengenangkan dosa itu, bisa menjadi penyelamat kita di akherat kelak. Kerana setitik airmata yg sebegitu, mampu memadamkan api neraka yg teramat panasnya.
Ketawa berdekah-dekah kita, bisa pula menerjunkan kita ke neraka yg maha dahsyat siksanya, dik krn lalai dan kurang takutnya kita pada apa yg menanti kita di hadapan sana, yg kekal abadi...dan dik kerana alpa memikirkan nasib kita di sana.
Maka pilihlah yang terbaik.
Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya. Al-Hadits. Diriwayatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Sunday, July 3, 2011
Lima lagi peringatan
Peringatan yang baik untuk dikongsi bersama
★ Important Reminder! {Reminder to myself first}★
1 ➲ Don't let a day pass without [Reading the Qur'an with meaning]
2 ➲ Don't let a day pass without [Learning something new about Islam]
3 ➲ Don't let a day pass without [Making Tawbaa]
4 ➲ Don't let a day pass without [Thanking Allaah Subhanahuwa Ta'ala]
5 ➲ Don't let a day pass without [Giving anything for Charity even simply a Smile :)
By: Sh Talha Shebib
Accik share lagi kat sini ye.... Terima kasih kak Talha
Ringkas, tapi peringatan yang sangat bagus untuk kita sama-sama amalkan, untuk dunia dan akherat kita.
1. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa membaca Al Quran dengan memahami ertinya.
Mungkin ramai yang membaca, tapi adakah mereka memahami apa yang dibaca? Atau kita hanya setaraf dengan burung kakaktua hinggap di jendela, yang mampu melafazkan kata cinta, tetapi tidak memahami sepatah jua kata-kata yang keluar dari paruhnya?
2. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa mempelajari sesuatu yang tidak kamu ketahui tentang Islam.
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Itu yang kita selalu dengar. Atau mungkin kita sering mendengar, melafazkan, tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China. Kita amat dituntut, untuk mencari ilmu. Setelah dapat, kita wajib pula mengamalkan ilmu. Hidup tanpa ilmu, ibarat kapal tanpa kemudi. akan terumbang ambing dan akhirnya melanggar terumbu karang, hancur berderai.
Atau keretapi tanpa landasan. Tak tahu kemana nak dituju. Atau Kapalterbang tanpa sayap. Sungguh tidakkan lengkap hidup ini tanpa ilmu. Ilmu sebagai panduan perjalanan hidup kita. Andaian ada panduan, tapi tidak diikuti, kita tetapkan sesat. Ibarat ada kompas, tapi simpan je dalam beg. Tidak dirujuk, maka kalau nak pergi ke Damansara pun, akan tersesat sampai ke Genting Highland. Errr.....
Cer belajar guna GPS ke...mungkin akan tersesat juga, kalau tidak memahami betul-betul cara penggunaannya...atau arahan yang diberikannya. Sebab itulah kita perlu belajar. Belajar dan beramal. Jangan belajar mengemudi, tapi tidak jadi jurumudi, hanya jadi juru moody..
Ada GPS, tapi tetap nak ikut peta google yang tk dikemaskinikan, maka tetaplah kan sesat jalan. ..ehh...melalut pulak acik..
3. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa bertaubat.
Jangan pernah lupa bertaubat setiap hari. Bertaubatlah kamu, kerana kita sentiasa di kelilingi dosa...yang sengaja dan tidak sengaja kita lakukan. Mati itu datang tiba-tiba. Semua kita mengharapkan kematian dalam keadaan sempat bertaubat. Kerana orang yang bertaubat nasuha itu, bersih dari dosa, dengan rahmat Allah, ibarat sehelai kain putih yang tiada cemarnya. Nak harapkan amal, tidak sebanyak mana, walaupun usia yang Allah berikan semakin bertambah angkanya. Usia sahaja yang bertambah. Mengiringi usia, adalah dosa, yang menggunung, sedang amal, seciput cuma. Itupun moga Allah terima.
Sebab itu, jangan sekali-kali lupa untuk bertaubat setiap hari, setiap masa.
4. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa mensyukuri nikmat Allah Ta'ala.
Sentiasalah bersyukur. Bukan sekadar ucapan "Syukur Alhamdulillah !!" atau "Thank GOd." atau "Aku bersyukur ke hadrat Ilahi" ..... bukan...bukan..bukan setakat ucapan di lidah yang keluar di bibir mungil mu itu.
5. Jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa bersedekah jariah, meskipun dengan hanya melemparkan senyuman...senyum itu kan sedekah..!!
Bersedekah lah, walau dengan sebiji kurma.
Lagi rengan, dengan tersenyum. Dah dapat pahala sedekah. Jangan kedekut sangat nak senyum kat orang lain. Senyum itu adalah penawar kepada banyak penyakit. Terutama penyakit hati.
Tapi, jangan pula salah guna senyuman itu untuk menggoda ... pahala tk dapat. Bala yang datang nanti.

Agak-agak senyum Monalisa ni leh dapat pahala sedekah tak? Hmmmmmm...
Percayalah, walau bagaimana hodoh sekalipun wajah anda, apakala dihiasi dengan senyuman, segalanya akan nampak indah dan menghiburkan.
Ada harta, bersedekahlah selalu... Tak kira siapa. Tapi ada keutamaannya. Beri harta untuk bantu anak sendiri pun sedekah...tapi jangan jadi macam dalam cerita Anakku Sazali. Rosak !! atau macam Abdul Wahub...sedekahkan reter bapak mentua dia, Saddiq Segaraga...hehhe.. melampo lak kan...

- Hargai nikmat Allah yang masih kita miliki dengan mempergunakannya ke arah kebaikan.
- Menjauhkan dosa dan kemaksiatan seperti yang diperintahkan Allah.
- Bersedekah sebagai tanda mensyukuri rezeki melimpah yang Allah kurniakan.
- Merasa mencukupi dan redho dengan apa yang Allah berikan dan takdirkan pada kita.
- Mengekalkan baik sangka kepada Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
5. Jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa bersedekah jariah, meskipun dengan hanya melemparkan senyuman...senyum itu kan sedekah..!!
Bersedekah lah, walau dengan sebiji kurma.
Lagi rengan, dengan tersenyum. Dah dapat pahala sedekah. Jangan kedekut sangat nak senyum kat orang lain. Senyum itu adalah penawar kepada banyak penyakit. Terutama penyakit hati.
Tapi, jangan pula salah guna senyuman itu untuk menggoda ... pahala tk dapat. Bala yang datang nanti.

Agak-agak senyum Monalisa ni leh dapat pahala sedekah tak? Hmmmmmm...
Percayalah, walau bagaimana hodoh sekalipun wajah anda, apakala dihiasi dengan senyuman, segalanya akan nampak indah dan menghiburkan.
![]() |
| Ha...kan nampak manis jugak kan... err.r. |
Ada harta, bersedekahlah selalu... Tak kira siapa. Tapi ada keutamaannya. Beri harta untuk bantu anak sendiri pun sedekah...tapi jangan jadi macam dalam cerita Anakku Sazali. Rosak !! atau macam Abdul Wahub...sedekahkan reter bapak mentua dia, Saddiq Segaraga...hehhe.. melampo lak kan...
Friday, July 1, 2011
Apabila kita dicaci
Bersabar Apabila Dicaci.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keter...laluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Sebagai umat Islam kita telah diajar oleh Rasulullah saw supaya sentiasa bersabar dan menahan kemarahan kerana dengan tidak bersabar dan marah membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan bagaimana malaikat membalas setiap cacian orang terhadap kita. Namun apabila kita membalas cacian tersebut maka syaitan telah mengambil alih dalam usaha untuk menghasut dan
memburukkan lagi keadaan.
Sumber dari FB. Terima kasih kepada kak Sharifah Talha yang banyak berkongsi ilmu dengan kami di FB. Acik panjang2 kan lagi. Moga acik dapat beramal dengan ilmu ini.

Wednesday, June 29, 2011
Buat apa yang di suruh
Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.
Susah ke?
Tapi kita ni...yang dilarang, itu yang kita nak buat. Yang disuruh, macam-macam alasan kita nak elak buat.
Yang sesia, dengan gembira kita buat. Yang mendatangkan pahala, berat sungguh nak dilakukan.
Hmmmm....bila diri ini akan berubah.
Mujahadahlah wahai diri. Jangan Kau hijabkan taufiq dan hidayahMu pada ku, dan keturunanku.
Sunday, June 19, 2011
Apa yang dipohon
Dalam hidup sbgai hamba Allah ini, kita kena selalu memohon dan meminta yg baik2 kepada Allah...
Kerana kita sesungguhnya tidak punya apa di muka bumi ini.
Semuanya Allah pinjamkan.
Sampai msa, Allah akan ambil....
Begitulah juga segala yg ada, yg blh kita lihat, atau tidak, termasuk rahmatNya, ketenangan, petunjuk, dan nyawa kita ni.
Apalagilah apa yg zahirnya kita miliki, orang tersayang, harta benda, negara tercinta.....
Kegembiraan yg kita miliki, dapat berjumpa teman-teman tersayang itupun perlu kita minta, agar Allah restui dan kekalkan ukhuwah kasih sayang antara kita...
selagi ada nyawa.

Tuesday, June 7, 2011
Bila hati tercemar
Jiwa kaco...sebab apa..?
Sebab hati telah tercemar. Terpalit dosa. Maka perlulah kita kembali ke jalan Allah.
Apabila kita ditimpakan musibah. Jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir Ilahi. Kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah telah menyusun kehidupan hambaNya.
Banyak kali dah aku ulang ayat ni dalam tulisan-tulisanku. Untuk peringatan diri ku sendiri.
Ya Allah...aku inginkan keselamatan, ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akheratMu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...