Friday, December 12, 2008

bUkaN aKu Tak mAhU pEgI

Tulisan ini telah di schedulekan untuk terbitan. (penulis akan tiada untuk sehari dua.. membawa diriberkursus) Kenapa aku tk suka hadir sama dalam majlis saudara mara..?? Biar aku jelaskan di sini.. peristiwa beberapa tahun yang lepas...memang amat merubah sikap aku. Aku dah pernah cerita kat sini. Dan mungkin akan aku cerita lagi...dan lagi...dan lagi.

Aku sebenarnya amat rindu untuk berkumpul dengan saudara mara. Tapi, apakah mereka masih berpandangan negatif terhadap aku??? Aku sering merasakan bahawa aku sepatutnya mendapat simpati mereka.

 Mendapat bantuan dan kasihan dari mereka... tapi aku tk mahu itu semua. Bahkan aku tk pernah mahu meminta bantuan mereka. Tak apa kalu mereka tidak membantu aku, walau susah mcamana sekalipun aku ini....tpi..tolong...jangan kutuk aku. tolong jangan bersangka buruk dengan aku...tolong jangan tohmah aku dengan fitnah-fitnah yang tidak sepatutnya. Yang tidak pernah aku terfikir mahu lakukan.... dan bukan jenis aku untuk melakukan semua itu.

Aku bukan jenis tamakkan harta mahupun tanah ranah semua. Aku bukan jenis dengki dengan kesenangan orang lain. Aku bukan jenis yang pentingkan diri sendiri.
 Aku bukan jenis busuk hati... aku bukan jenis mahu menindas orang lain...terutama saudara mara sendiri.

















Aku bukan juga jenis yang mahu menuntut hak beriye, kalu ada pun hak aku.. hak itu adalah rezeki, andai kata rezeki itu tak ke mana, kita tk tuntutpun, ia tetap akan Tuhan bagi pada kita dengan apa cara pun. Kalau kita rasa hak kita, tapi tak dapat pada kita..itu namanya bukan la rezeki kita, dan akan ada lah hikmahnya menanti. Itu pegangan aku.

Sebab terkadang, orang sanggup bermusuhan kerana mahu menuntut hak...sanggup tuduh menuduh, fitnah memfitnah demi menuntut hak... bukan.... aku bukan jenis yang sanggup bersusah payah mahu menuntut hak... sindri tau lah... kalau rasa ia hak aku, biarlah org itu sendiri datang beri pada aku... kerana orang tau... ianya milik aku... maka akan dipulangkan kepada aku...

bukan setelah aku bersusah payah datang meminta, merayu, memohon berulang kali baru orang serahkan pada aku...aku tk suka itu semua... sekali lagi aku ulang... itu pegangan aku. Hak bagi aku, adalah sesuatu yang aku usahakan untuk diri aku sendiri... itu adalah hak aku.

 Hak, dari orang lain, yang patut aku dapat, contohnya bayaran nafkah.. aku senang bertolak ansur. Kerana bagi aku, itu adalah rezeki. Pada pihak yang patut memberi nafkah, itu adalah tanggungjawab, .... kalau tak bagi.... lu pikirla sendiri..... bukan aku yang jatuhkan hukuman meskipun aku tak kisah. Hukum Allah itu ada.

 Dan balasan Allah itu ujud. Aku jenis yang mahu menolong orang ketika diminta...selagi terdaya... orang tak minta pun aku tolong..apa lagi jika orang minta. Aku jenis tidak suka meminta bantuan orang sebaliknya suka hidup berdikari, selagi aku boleh.

Aku memang jenis yang sempoi..dan tak tahu bergaya macam orang lain. Aku tau, aku tk cantik, apa lagi dalam usia yang meningkat remaja tua..

Aku tidak berharta... memang aku tidak berharta macam saudara mara lain. Aku tidak punya rumah sendiri aku tidak punya tanah walau sepastik skalipun aku tidak punya emas berlian aku tidak punya simpanan masa depan yang tk tentu lagipun aku tidak mampupun nak makan2 kat KFC atau pizza hut atau kenny rogers bagai..

Apa lagi la nak melancong dalam, lebih2 lagi la ke luar negeri.. aku tidak ada perancangan hidup masa tua.... ehh...ader...aku salu merancang untuk hidup di rumah orang-orang tua..

Apakah sebab aku tiada semua itu..maka saudara mara sesuka hati mahu memfitnah aku tamakkan tanah??? tamakkan harta???








Aku sangkakan seorang yang membesar bersama aku, bermain bersama, makan tidur pun bersama, amat mengenali aku. Rupa2nya tidak. Bahkan menyebar fitnah tentang aku kepada saudara yang lain.

Semua mereka aku rasakan menuding jari bersetuju mengatakan bahawa aku mahu membolot segalanya... padahal..semuanya berlaku kerana aku mahu membantu... mahu menolong mereka mendapatkan bahagian mereka.

Memudahkan urusan mereka. Tapi, tiada terima kasih yang aku terima...bahkan kutukan demi kutukan..tuduhan demi tuduhan semata. Hingga sanggup mahu mengheret aku ke rumah pasung... (dah lama tk guna perkataan ni..)

Aku mengaku, niat aku memang baik...cuma aku tersilap cara, tak memanggil semua sewaktu keputusan dibuat oleh nenek... Tapi, tk boleh kah mereka terima sahaja apa yang telah mereka terima? Kalau dah ditakdirkan itu rezeki mereka??? Kenapa masih mahu berkira? Sekarang siapa yang tamak????

Benarlah.... harta boleh menyebabkan adik beradik berputus saudara.. Apakah dik kerana silapcara aku menyebabkan mereka jatuh meskin?? Hidup merempat tak bertempat cam aku ni????









Walaupun aku tiada harta semua itu, namun;
  • Aku ada anak2 yang mabelles...
  • aku ada kereta buruk yang masih dalam hutang..untuk memudahkan aku uruskan hidup ku sendiri
  • aku ada kekuatan diri aku sendiri yang tidak ada pada pompuan2 lain..
  • aku ada kerja sendiri walaupun pendapatan blm sampai pun 4 angka...
  • aku masih ada tempat berteduh menggunakan rumah yang kerajaan sediakan..
  • aku tk penahpun mintak tolong saudara mara...untuk membesarkan anak2 aku... untuk pengajian mereka... (tapi mak aku yang tolong...)
  • Dan aku ada komputer dan streamyx... untuk menemani aku waktu sunyi... (mang aku bnyk abih duit kat mender ni...)
















Aku lalui smua ujian hidup aku dengan sukses sekali... Alhamdulillah Aku berharap untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan.

Yakin dengan rezeki Tuhan.. Aku tak hingin walau seplastik tanah mereka itu ...kerana aku tahu, walaupun aku menolak satu benua tanah kalau ada orang nak bagi pun... namun aku tetap akan dapat juga...tanah perkuburan!

 Apa lah yang mereka risaukan.. jangan la risau wahai saudara mara ku yang tamakkan tanah itu... aku memang membawa hati yang lara...kerana sikap dan tuduhan kalian. Maka janganla hairan sekiranya kalian tidak melihat aku di majlis2 kalian wahai saudara2ku... aku tak suka melihat wajah2 hipokrit orang yang menuduh aku...

Aku memang menanti... ada antara kalian yang mengaku bahawa kalian tersilap menuduh aku...namun sehingga hari ini, aku masih tidak mendengar perkataan itu.

Aku tulis ni sempena majlis walimatulurus sepupu aku yang tidak dapat aku hadiri minggu ni walaupun kad istimewa dilayangkan untuk aku..sorry..ketiadaan aku, tidak akan menghilangkan seri majlis itu. Suka aku maklumkan, sepupu ini tidak terlibatpun dlm ulasan selari aku di atas, tapi mereka yang terlibat itew, pasti akan hadir dalam majlis tersebut...maafkan aku.. aku tk mampu kerana aku begitu terluka ..uwaaahh . . jiwang karat sungguh aku. Buat sepupuku ayu, jika membaca n3 ini, jgn bimbang, hari mengantar tu nanti aku akan datang.. InsyaAllah..kalau tak demam. ..

9 comments:

lyn said...

pagi2 baca cite tanah sepastik, rasa kita ni terlalu fikirkan hal dunia kan. biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tak putus hubungan sesama muslim. yang ni kita kena jaga okeyyyy.

aishifa said...

ala..sedih lak pulak bc entry ni.. aper aper pun .. sy harap acik akan sentiasa tabah menghadapi segala rintangan dan halangan dlm meneruskan kehidupan ini..

Ungku Nor said...

manusia sanggup berbunuh kerana harta cikkk..

tu lah, senang citer kalo nak berharta, kita carik la sendiri.

sok2 kalo takut anak2 berebut taim kita dah takde, kita sedekah je kat baitulmal sesiap.

hah..dorang nak reta, biar dorang lak usaha sendirik..ahakss

sya said...

Biarlah achik, orang mcm kita ni memang senang dikata dan diumpat serta dituduh, maklum le kita tak ada yg melindungi. Manusia memnag tak pernah puas... biarlah.. kita cuma mohon perlindungan dari Allah. Yang benar akan timbul jugak nanti

Kak Piah said...

perkara2 ceni mmng dah jadik kebiasaan masyarakat kita la acik...
pasal duit ringgit reta menda mmng buleh putus sedara..
kalo saya pon saya akan jadik cam acik.. tak bergaul lagik bagus dr mesra tapi hipokrit. bencik..

saya tertarik dgn ayat nih..

Hak bagi aku, adalah sesuatu yang aku usahakan untuk diri aku sendiri... itu adalah hak aku. Hak, dari orang lain, yang patut aku dapat, contohnya bayaran nafkah.. aku senang bertolak ansur. Kerana bagi aku, itu adalah rezeki. Pada pihak yang patut memberi nafkah, itu adalah tanggungjawab, .... kalau tak bagi.... lu pikirla sendiri..... bukan aku yang jatuhkan hukuman meskipun aku tak kisah. Hukum Allah itu ada. Dan balasan Allah itu ujud.

ada sesuatu di situ.. yg begitu hampir dgn kehidupan saya... hmmmmm...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

takpa la achik...sebab tanah pun adik beradik bergaduh bagai...

sabo ja la..

selamat berkursus...

zino said...

masaalah hasrat dengki ni cenburu fitnah dan sebagainya macam dah sebati dengan masayarakat kita tak kira lah di man negeri mana .. ada je cerita yg tak patut di dengar..

pasal tu sampai bila kita ni susah nak maju.. so kita biar kan le mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita habis cerita..

lupekanje said...

bos,
ye betul..itu satu yang acik kesal..acik tk mampu nk buat muka slamber kt diorunk tuh..sbb sesungguhnya acik marah sungguh...

aishifa,
tima kasih..tulun doakan muga acik dpt pulihkn smula pesaudaraan acik nih..

ungkunor,
botul tuh..mang acik tk ada ninggalkn apa2 stakat ni kat anak2..tk de apa nk diorg rebut nnt.carikle reter sendiri..heheh..

lupekanje said...

sya,
benar belaka tuh. maklumla kita ni pompuan sensorang...senang bebenar nk ngutuk kita yek..sesuka hati depa..sbb diorg tau, kita tak ada penjaga...tpi diorg lupa, bahwa org cam kita, Allah lindung...aaminn..

Piah,
penuh pasaan komen kau piah...mesti ado kenangan pait pasal nih kan..tak po Piah..Tuhan je tau siapa yang aniaya saper...dn yang menganiaya pasti Tuhan balas..
anyway, acik tk ndakla doakan yg tk baik tuk diorg tuh..cuma nk doa moga diorg sedar yg acik tk buat perkara yg tk elok kat diorg..acik tk ada dengki selahzah pun kt diorg..dan acik ndak kami smua bebaik sesama sendiri..tanpa melibatkan reter donia tuh..

cikgooden,
selamat bekusus gak kat cikgooden... kursus jangka panjang tuh...heheh

zino,
gitu lah..kita teruskan idup kita..walau apapun...cuma harapkn kekeruhan akan menjadi jernih smula...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-