Takut nak bawak kereta laju-laju, nanti kena saman speed trap. Takut nak seludup dadah, sebab nnt kena tangkap masuk jail atau kena hukum gantung. Takutkan hukuman manusia di dunia lebih dari takutkan hukuman Allah di dunia dan akherat.
Ketandusan iman dan takwa di kalangan kita umat Islam amat ketara.
Klu ada iman dan takwa, pasti percaya kan pembalasan Tuhan...pasti yakin bahawa hidup ini tidak kekal, Cuma ibarat musafir mengumpul perbekalan ke akherat yg kekal..
Andai ada takwa, takut kan larangan Allah, dari pemimpin, hingga ke rakyat jelata, pasti takut menghampiri kemungkaran, pastinya aman damai hidup. Tak ada percakaran politik, tak ada pertikaian mengenai hukum yg telah Allah tetapkan dlm Al Quran...
Dengan takwa, tidak akan ada rasuah, tidakkan berlaku penipuan, tidak akan ada kejadian samun menyamun, manusia semua akan menutup aurat, tidak melakukan maksiat, kerana diperintahkan Allah. Melakukan kebaikan dan melaksanakan perintah Allah semata-mata kerana Allah. Bukan kerana keuntungan perniagaan, bukan kerana mahu meraih undi dan sokongan orang lain (dalam politik) bukan kerana kekasih hati, bukann..bukann..bukann. Tetapi Lillahi Taala.
حَدَّثَنَا
أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ
عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدِيثَيْنِ
أَحَدَهُمَا عَنْ نَفْسِهِ وَالْآخَرَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى
ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ
وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ
فَقَالَ لَهُ هَكَذَا فَطَارَ
“Berkata
kepada kita Abu Mu’awiyah, tlah bercrita Al A’masy dari Ibrahim Al Taimy dari Al Harits bin Suwaid, telah berkata kepada kami ‘Abdullah dua
hadis, yang satu berasal dari dirinya sendiri (mauquf pen.)dan yang
satunya lagi dari Rasulullah SAW (marfu’pen.) berkata ‘Abdullah :
sesungguhnya seorang mukmin ketika melihat dosa-dosanya, maka ia melihat
seakan-akan dirinya berada di kaki sebuah gunung, ia takut jika gunung
itu ditimpakan di atasnya, dan sesungguhnya orang yang fajir ketika ia
melihat dosanya, mka ia melihatnya seperti lalat yang berada di atas
hidungnya, seperti ini rasulullah berkata kepadanya, kemudian lalat itu
terbang.”
Kredit buat penulis di laman web ini kerana meminjamkan hadith yg dicopy dari laman webnya utk tatapan semua.
| Image from google |
Manusia sepatutnya berlumba membuang mazmumah dan mengumpul mahmudah dalam diri di samping menjadi hamba Allah yang berilmu..peringatan buat diri yg lupa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.