Wednesday, August 17, 2011

Baca lah

Selamat menyambut Nuzul AL Quran. 

Sudahkah anda meluangkan barang beberapa minit beriktiqaf sempena hari ini?

Apakah ertinya turunnya Al Quran pada kita?  Apa yang anda dapat lihat pada kitab yang bernama Al Quran yang mungkin telah berhabuk di almari rumah anda?  Adakah ianya semata-mata sebuah buku seperti mana-mana buku biasa yang anda miliki?

Adakah ianya digunakan seperti mana yang kita canang2kan....sebagai panduan umat Islam?  Al Quran dan Sunnah? Tahukah bahawa ianya telah mencetuskan banyak idea yang meliputi segenap bidang ilmu sains, politik, sosial, ekonomi mahupun ilmu astronomi?  Anda pernah kaji isinya?  Hingga terasa hebatnya kitab yang bernama Al Quran itu? Mukjizatnya?  Beruntungnya kita memiliki buku yg sering terbiar itu????

Hmmm... mari kita renungkan dan bersyukur ke hadrat Ilahi...kerana anugerahNya yg maha Agung ini.

3 comments:

  1. assalam acik..boto tu kan acik..baco lah walaupun sebaris ayat.

    ReplyDelete
  2. klu duk dodokek,bulih kito tadarus sesamo kan kak...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    selamat hari raya acik..

    mohon ampun dan maaf cik..
    banyak dosa wos kat acik nih..
    dah la utang satu entry..
    uhuks.

    semoga acik sekeluarga bergumbira di hari raya (:

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...