Jumaat 9 Sept 2011 adalah hari akhir Ketua Unit kami Pn Azlina bertugas di sini. Setahun lebih je dengan kami. Tak sempat nk bemanje2 pun dgn beliau, dah nak pegi. Bukan pergi mana pun. Melanjutkan pelajaran dalam negeri. Setahun atau 2 tahun je agaknya. Tapi lepas tamat, akan di tempatkan di mana2 sesuka hati JPA la nanti. Bukan balik pada kami pun. Dah belajar pun tajaan JPA kan..
Tengokla rezeki orang, dah dapat jawatan baik punya..dapat pulak peluang belajar lagi, pastu komfem la naik pangkat, naik gaji lagi...umur muda2 lagi... Alhamdulillah.
Acik ni? camtu gakla....Alhamdulillahhh..(macam mengeluh je kan...)..
Tak apa lah. Hidup kat dunia ni bukannya lama sangat. Dunia ni pun dah tak lama lagi ujudnya. Kiamat dah semakin hampir melihat pada tanda-tanda yang dah semakin banyak samada yang dinyatakan dalam Al Quran mahupun tanda-tanda hasil dari kajian saintis dan para ilmuwan dunia.
Dunia bukan matlamat kita. Akherat nunnn...kejayaan di sana yang patut kita tumpukan.
Dalam limpahan keduniaan yang dinikmatinya, beliau tampak tidak melupakan tanggungjawab untuk menjadi mukminah yang sejati. Kesederhanaan dalam penghidupan amat nyata. Segi pakaian, segi pergaulan, segi amalan. Sebagai isteri dan ibu, terserlah, beliau menjaga batas-batas pergaulan dan perlakuan. Sangat simple. (Tapi suaminya....ehemmm...ensemm ..dan suka bergaya. Agak berbeza perwatakan dengan si isteri. Tak apalah, dia lelaki.)
Payah nak jumpa ketua yang macam ni. Acik jarang nak puji orang. Kalau setakat tengok rupa cantik, baju cantik...hmmm..mmg acik takkn puji. Tapi yang ini, acik rasa nak puji. Tak apa. Puan Lin tu bukan bacapun entry acik ni. Dia tak tahu pun...hehe..ssyyyhh...jgn citer kat dia pasal entry ni.
Tahun ini acik berkesempatan bertadarus Al Quran bersama bos acik ini. Dari situ, acik rasa tambah menghormati beliau. Bacaannya lancar. Dengan tajwid yang tidak sempat nak kami betulkan sebab memang betul.
Kerana bacaannya memang bacaan orang yang berilmu dan beramal. Bacaan seorang yang memang berkawan rapat dengan AlQuran. Beramal dengan AlQuran. Memang sepatutnya setiap hamba Allah itu, mendampingi AlQuran. Terutama para pemimpin. Cahaya AlQuran akan terpancar di wajah pembacanya. Cahaya ketenangan...cahaya keimanan...
Tak macam acik..lalai selalu. Al Quran selalu berabuk tidak dibaca. Bila nak baca, merangkak2...4 tahun baca pun tk khatam2...huhu...
Semoga Puan Nor Azlina akan berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akherat.... Kekalkan kesederhanaan, kekalkan ketakwaan dan tawadho' dengan Allah serta merendah diri sesama manusia. Akan sentiasa mendapat bantuan Allah dalam urusan dunia dan akherat nanti. ..aamin
Kita pasti akan bertemu lagi..itu harapan acik.

Insyaallah..acik akan bertemu lagi dongan bos acik tu.
ReplyDeleteakak pun macam tu suko bona kalau dapek bos yang baik,memahami bertimbang raso.
kek opis akak ado sorang..tapi lelaki.menghormati orang bawahannya.suko kojo ngan dio..kojo banyak pun hati sonang..
seronok kan klu ketua2, bos2 ok...sepakat, timbangrasa gitu. Yg penting, bos yg baik bground agama nya, maka pasti setiap tindakan dan keputusannya adalah berlandaskan Islam berpandukan AlQuran dan sunnah. Susah jadik bos ni sebenarnya.
ReplyDelete