Mula-mula tengok gambar ni saya rasa (eh...sopan sungguh...azam 11.11.11 nih..nak guna bahasa sopan gitu..) macam ini mesti gambar rekaan. Maklumlah, tak penah kluar dari
Tau taman bunga kat depan Shangri-la Putrajaya ni je lah..takpun Lake Garden Kuala Lumpur...
Suasana yang indah, damai, sejuk mata memandang, sangat tenang...terasa macam nak bentang tikar dan duduk sambil makan nasik lemak kat tepi sungai ni...sambil minum teh herba panas. Di sulami dengan keropok ikan terengganu yang rangup
Bila saya paparkan gambar ni di Facebook, tak lama, dapat info tentang nama tempat ni. Terima kasih cikgu Balkees.. Keukenhof , Amsterdam, Holland.... Yes...Holland... Land of....err... macam-macam.
Land Of Gardeners
Land Of Flowers
Land Of Cheese
Land Of Windmills
Land Of Bicycles
Land Of Water
Land Of Tulips
Ada lagi? Land Of Clogs.... kasut kayu...
Sedikit info tentang taman syurgawi di dunia ni..
Keukenhof adalah taman bunga terbesar di dunia, di mana dapat dilihat sekitar 7 juta bunga yang ditanam oleh tangan. Semua mereka memperluas total area 8 hektar. Hal ini terletak dekat kota Lisse, antara Amsterdam dan Den Haag, di Belanda dan setiap tahun menarik hampir 900 000 pelancong dari seluruh dunia.(http://id.thecircumference.org/keukenhof-netherlands)
Maklumat lebih detail sila baca sendiri di laman web rasmi taman bunga ini.
Masukkan dalam senarai teratas antara tempat yang ingin saya lawati.... kena kumpul duit jual sokabar lama ni.... errr...err..
Kalau dapat pergi tempat macam ni, jangan lupa bertasbih..bertahmid dan bertahlil banyak2... maha suci Allah.... Subhanallah.. atas keizinan dan kekuasaanNya menumbuhkan tumbuhan yang menghias mukabumi dengan indahnya ini... Alhamdulillah..









