Showing posts with label al Quran. Show all posts
Showing posts with label al Quran. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Baca lah

Selamat menyambut Nuzul AL Quran. 

Sudahkah anda meluangkan barang beberapa minit beriktiqaf sempena hari ini?

Apakah ertinya turunnya Al Quran pada kita?  Apa yang anda dapat lihat pada kitab yang bernama Al Quran yang mungkin telah berhabuk di almari rumah anda?  Adakah ianya semata-mata sebuah buku seperti mana-mana buku biasa yang anda miliki?

Adakah ianya digunakan seperti mana yang kita canang2kan....sebagai panduan umat Islam?  Al Quran dan Sunnah? Tahukah bahawa ianya telah mencetuskan banyak idea yang meliputi segenap bidang ilmu sains, politik, sosial, ekonomi mahupun ilmu astronomi?  Anda pernah kaji isinya?  Hingga terasa hebatnya kitab yang bernama Al Quran itu? Mukjizatnya?  Beruntungnya kita memiliki buku yg sering terbiar itu????

Hmmm... mari kita renungkan dan bersyukur ke hadrat Ilahi...kerana anugerahNya yg maha Agung ini.

Tuesday, August 24, 2010

Mari baca Al Quran

 Sekarang dah mudah sungguh nak baca Quran. Kat internet ni terutamanya.
Acik sebelum ni rajin gi tengok kat  Quran Explorer ni.

Pastu cikgu Rozi kat Colorado bagi pulak link untuk Quran online kat sini.  Bagus betul. Sama macam kita mengadap naskhah Al Quran bebetul.

Macamanapun, acik lebih suka guna di Quran Explorer. Untuk memperbetulkan bacaan yang kelabu asap kekadang tu.  Iman tahap rendah cam acik ni, bukan rajin pun nak baca Quran.  Maka selalulah berlaku bacaan yang tersangkut, tak tahu camne nak sebut. Bila jadi camni, kalu dah ngadap komputer ni, acik rujuk la kat qari2 yg disediakan untuk kita dalam Quran Explorer ni.  Dan yang paling acik suka, bacaan Al Mishari. Terang jelas dan nyata. Serta mendayu2...nak tahu maksudpun senang...hujung jari je kan.

Kita ni sebenarnya memang kena selalu baca Quran. Kalau jarang2 atau tak penah baca, lepas belajar ngaji masa kekecik dulu, memanglah payah nak baca balik.  Merangkak... tak kira lah berapa kali khatam masa kekecik dulupun, namun klu tak amal baca, nescaya merangkak biawak la membacanya.  Tajwid toksah cerita lah.

Tajwid besepah sempang siur.  Berhenti ikut mana suka je.  Kalu diibaratkan trafik lait la...lampu merahpun kita langgar kat tempat yang sepatutnya kita berhenti.  Pastu, kalu kat tempat yang patut kita jalan, kita gi parking pulak.... hmmm... kalu kita paham maksudnya....mesti kita nyesal tak bajar bahasa arab bebetul. Sebab kalau silap bacaan kita, bacaan tu pun dah berubah terjemahannya... berubah maksud.  Contohnya, Qaf jadik Kaf, dah berubah makna ayat.  Tu baru tentang makhraj atau sebutan...belum lagi pasal lelain.

Dari itu, mari kita memperbetulkan bacaan Quran kita hari ke hari.  Jadikan Al Quran teman di kala sunyi, penenang di kala jiwa kaco, panduan dalam menjalani kehidupan.

Sekian.

Monday, February 15, 2010

AL FAJR

Al-Fajr Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Terjemahan 30 ayat dalam surah Al-Fajr.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...