Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Terkenang temuduga haritu..

Bulan lepas dpt panggilan interview dari Majlis Perbandaran PD.. Yang Dipertua yang sendiri panel nya.

Tapi camne eh...taim tu la smua nya blh telupe..

Patut blh jawab, tpi tk leh nak jawab. 

Pegi ngaku reti cakap Jepun, tpi bila dia tanya, Silakan masuk dalam basa Jepun nak cakap apa?  Boleh telupa taim tu....err....err..err..

Sekurang-kurangnya jawabla 'wakarimasen' ...kann... 

YDP tu agaknya tgk citer The Last Samurai....  hehehe..
(mood terbayang Tom Cruise yg ensem dalam citer The Last Samurai kat WarnerTV mlm tdi).

aaah....lupekanje jawatan itu.

Kosongnya satu, yg di shortlistedkan 102 orang...ader ke harapannya? dahler interview panggey reramai sekali masuk..!!

Serebe salah jua masa gi interview tu.  Buatnya dapat kije tu, satu, tepaksa tinggalkan Putrajaya tercinta ini.   Dua, kerja itu sangat memerlukan banyak pengorbanan...berkorban dan terkorban.  Kerja yg tidak tentu masa...  perlu sentiasa bersedia, dan serba boleh, dan rajin beramah mesra dgn semua golongan masyarakat.  Jadi, sangatlah lega juga, bila tk dapat jawab soklan2 yg panel kemukakan.  Boleh?

Allah telah menyusun kehidupan hambaNya dengan sebaik mungkin... bersyukur lah.  Gaji kicik, hati gumbira,  Gaji busat, hati sengsara.....watpe kannn...

Sunday, February 19, 2012

Rindu Ombak


Bila ku rindukan pantai, ku dengar bunyi hempasan ombak ini...

Ombak...yg menghempas ke batu... ibarat hatiku yg kini terasa bagai dihempas2 oleh darah dan dagingku.

Kalian rasa, apakah patut setiap dosa dan kesilapan yang kita lakukan akan terus berulang berputar ibarat roda, pada keturunan-keturunan kita?  Hingga berapa lamakah? 7 keturunan?

Dulu, aku tidak pedulikan hati seorang ibu.
Kini, anakku juga tidak pedulikan hati aku sebagai ibu. Tidak memerlukan aku. Tidak menghormati aku. Sepertinya aku tiada sebelum tiada.

Serasa mahu sahaja aku mengusir mereka untuk mencari kehidupan mereka sendiri, memandangkan mereka tidak lagi memerlukan aku.  Yang hanya ibarat boneka. Ibarat dinding.  Ibarat batu di pantai itu.

Aku, batu di pantai yang mampu bertahan, meskipun bersendiri di dunia ini.  Cuma bila sampai takdirku, aku akan hancur jua.  Apakah mereka telah cukup kuat untuk menjadi seperti aku bila tiba masanya kelak....kerana hidup ini ibarat roda kan?  Aku redha...moga mereka juga akan redha bila aku tiada lagi kelak.

Friday, February 3, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Cuti lama ni....4 hari.  Nak pegi mana?


Entah la... hajat hati nk pegi memancing.  Nak test power reel joran yang baru saya beli tu.

Tpi nak mancing kat mana?  Wetland? yg kena bayau RM20 sehari tu?  tpi tader geng la..
Nak ke laut?  mesti laut ramai orang cecuti camni...tk best la bila mancing ramai orang ganggu, tanya itu dan ini.... lagi lah yg mancing ni prempuan... hmm...tk ada kekuatan aku kalu sorang2. Ramai2 pun lemah !!

Nak balik kampung?  baru semalam saya balik kampung..hmmm..tengokla..mungkin, di penghujung cuti  nnt.

Ala, sempena Maulidurrasul ni, duk je rumah dendiam...bertahlil, banyakkan berselawat dan membaca zanji dan daibaie, sirah Rasulullah s.a.w. ... abih citer.


Wednesday, February 1, 2012

Optimis vs pesimis

Saya tidak tahu samada saya bersikap optimis ataupun pesimis. Setelah bertahun-tahun mencuba mencari pekerjaan yang baik itu, saya masih gagal.  Pesimis agaknya telah mula menguasai diri ini.

Credit to Google Search & the owner  of this photo

Kini kehidupan telah selesa di sini. Walaupun tidak hidup mewah, namun hati tenang.  Segalanya ada di sini.  Dengan perancangan untuk generasi seterusnya pula saya sudah tidak lagi mahu memikirkan cita-cita diri yang tidak tercapai.

Bagaimanapun, bila tiba sesuatu yang membuatkan angan-angan kembali bertamu, saya mula keliru.  Apakah saya masih memerlukannya, yang mungkin akan mengganggu pula perancangan 2nd generasi saya...maka saya jadi tambah pesimis.   Perlukah saya pergi berusaha dan mencuba, sedangkan di satu sudut hati, saya tidak lagi memerlukan jawatan itu?  Sebenarnya saya rasa saya sedang melakukan pengorbanan lagi buat keturunan saya ini.  

Walaupun (tika pesimis datang) mmg secara logiknya, saya tidak akan mungkin berjaya dalam permohonan ini, melihat pada calon-calon lain yang lebih muda, lebih bijak, cantik dan berkebolehan dari saya, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.  
Credit to Google Search & the owner  of this photo

Andai saya berjaya, maka saya perlu meninggalkan tempat ini yang secara bertulisnya, telah menetapkan bahawa rezeki anak-anak saya kelak di sini juga  Secara bertulis di atas kertas ya...saya tidak kata itu takdir mereka.  Kita merancang, tetapi ketentuannya dari Allah. Saya terikat dengan perancangan mereka.

Anak pertama, sedang menuju cita-citanya untuk karier yg diidamkannya di sini.
Anak kedua, terikat dengan kontrak dengan sebuah syarikat di sini setelah menerima habuan biasiswa dari mereka.  
Anak ketiga, belum jelas lagi halatujunya kerana masih di peringkat awal pengajiannya di sini.

Jadi, sekiranya saya keluar dari tempat saya bermaustatin ini dan pergi ke satu tempat yang agak jauh, maka anak-anak itu akan berhadapan dengan masalah penempatan mereka...hmmmm.. Kasihan pulak.  Maka, saya tidak lah perlu membuang masa menyerabutkan kepala otak untuk mencuba sesuatu yang saya tidak mahu.  Dari itu, wahai diri, kenapa dari awal lagi kau isi borang untuk memohon?????   aduyaiiiiii...

Perlu apa saya mengejar satu jawatan yang memerlukan saya meninggalkan tempat yang telah lebih 5 tahun saya huni ini.  Manusia kan...apabila telah selesa di satu tempat, pastinya tidak lagi mahu meninggalkannya.  Walaupun ada hujan emas yang menanti di tempat lain.  Sukar untuk menerima dan melakukan perubahan.  Sukar untuk berhijrah ke arah pembaharuan. Tapi itu mereka...manusia lain.  Bukan saya.  Cuma apabila melibatkan mereka yang kita sayang, maka saya menjadi manusia lain itu.  

Hmmm....masih ada lebih kurang 20jam untuk saya berfikir untuk membuat keputusan.

Pergi je lah...kalu dah tau, bukan dapat pun kerja tu nanti...setakat menyahut panggilan..dan menghargai mereka yang memilih kita menduduki ujian ini.  Jangan orang kata tk berusaha.

Buang masa je kan... nak pergi jugak?  pegi laa....lepas buat ujian tu, boleh singgah tepi laut tu memancing.. kan dah dapat 2 in 1...  lepas stress jawab ujian, dapat pulak mlepaskan gian nak memancing...Fun & leasure gitu..

Habih tu, kok tetiber orang Majlis tu rabun, milih gak accik tua ni keja ngan diorang?  Kan ke dah kena pindah lagi, balik kamfung?   ~  heloooo...toksah la kau berangan mak cik oooii.!!  ~

Sekian, catatan orang yang berjaya menempatkan pessimist dalam diri.  Good bye optimist.





Thursday, January 12, 2012

Dulu je..


Kita selalu berkelah bersama di sini. Beriadah, bergurau senda, berbincang segala topik dunia, bahkan bersama juga menuntut ilmu di bawah kubah Masjid bersejarah ini.
Tempat yang menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan ini untuk melegakan tekanan jiwa setelah seharian atau sepanjang minggu berhadapan dengan masalah kerja. Mereka dan keluarga mereka berkejaran, bermain badminton, remote car, berbasikal atau apa sahaja di sekeliling bulatan ini.

Membawa bekal sendiri, mahupun membeli di kedai lalu bersama menikmatinya di sini, bersama keluarga ataupun rakan handai.  Rindu suasana itu.  Kini semua rakan-rakan membawa diri, tidak punya masa lagi untuk itu..untuk berkumpul bersama seperti dahulu....hmmm...dunia...dunia. Bila pula akan berputar semula kembali ke situasi yang dahulu..atau tidak akan berulang lagi..dik kelukaan itu. Dik kemarahan itu. Dik kesedihan itu.


Tuesday, November 1, 2011

Sibuk blog baru

Sepanjang Oktober acik agak bz.  Tak sempat nak update ini blog.  Dah tau tk sempat nk update yang ada ni, ujudkan pula blog baru lain kat sini. Di penghujung rancangan, macam kampung-kampung tinggal, akan terbiar dan bersawanglah rumah-rumahku ini..harap-harap tk macam tu lah kan.

gambar pinjam dari blog ni.  Terima kasih.
Tapi bila komitmen untuk blog lain dah ada sindri carik pasal .. maka adalah yang akan jadi mangsa terbiar.  Ibarat seorang ibu yang ada anak ramai, akan ada anak2 yang merasa diabaikan.   Tapi hati seorang ibu, sebenarnya tak bermaksud begitu...anak tetap anak.  Sama juga macam seorang lelaki yang ada 4 isteri...ada isteri yang akan diberi tumpuan lebih, dan akan ada isteri yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun isteri tetap isteri dan tetap di hati si suami (yg adil)  Errrkk...boley jadikkan perumpamaan begitu?   Blogger pun sama.  Blogku tetap blogku. Tetap akan dijalankan tanggungjawab walopun tk sekerap dulu.  Acik kan cuba bersikap adil..hehhe.. macam la blog kau ni dapat sambutan sgt...pdhal orang yang sama je dtg..!!

Tak kisah la...walaupun pengunjungnya tk ramai, namun acik tetap nk kongsi ilmu dan apa2 pengalaman yang blh dimanfaatkan bersama.  Agar ianya dapat menjadi amal jariah acik klu mati nanti.  Acik bukan kejarkan keramaian pengunjung.  Ngkorang nak intai-intai je pun tak kesah, klu tak menegurpun takde hal.  Acik tetap gembira. Update bila suka.  Tak update bila kemalasan melanda.

Cuma harapkan yang sedikit ini, akan mendapat, mengamal dan menyebarkan kebaikan yang ada..jika ada..dan mohonkan maghfirah/keampunan buat acik kalau acik dah tiada di muka bumi ini lagi kelak.  Tenang acik kat dalam kubur nnt...thanks in advance kawan-kawan.

Thursday, July 7, 2011

Untuk makluman


Tak ada masa nak update blog...sebab sibuk nk dapatkan 3 star kat Angry Bird ni...hehhehe

Friday, June 3, 2011

ROSDIANA AKA WOS


Saja nak menfemes emes kan nama wos hari ni.  Eh...bukan wos ada kata nak suh pengunjung ke 7777 dia bagi dia hadiah kan?? ahakkss.

Sekian.

Thursday, June 3, 2010

Jam Dua Pagi


Dah lama tak berceloteh kat sini.. bersawanggg lagi blog ini.  Ni gambar dah lama. Masa mula-mula di opis baru tempat acik bertugas.  Dan ni jamuan pertama acik msa menjadi warga di sini. Kelihatan dalam gambar ni, pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang menjamu selera.
Ni pulak, CC kat sini ... 

 
antara makanan yg kami diorang bawa..potluck ni..


Bebaru ni juga di pejabat ni dilakukan reshuffle di kalangan pegawai. Dan antara yang terbabit, bos kami juga.  Belum sempatpun kenal beliau.. Dan mulai kemarin, kami dapat lady bos sebagai pengganti.  Bye bye and welcome.


Ayatku ayat statik. Entryku entry statik. Kaku, beku.
 Tarikh Entry mula ditulis: 21/5/2010.
 Tarikh Entry dipublish:  arini.





Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...