Friday, August 12, 2011

Balik berbuka di kampung




Hujung minggu lepas balik kampung lagi.  Ambil pakej buka puasa dan bersahur dengan emak acik.  Sian pulak mikirkan dia bebuka dan bersahur sorang-sorang. 

Kakak acik dan keluarganya pun balik sekali. Meriah pulak balik kampung kali ni.  Macam Pra Raya pulak.  Bila lagi nk bkumpul camni kan... walopun minggu sebelumnya acik dah balik, mantai kononnya, tpi masa tu tak sempat sahor atau buka puasa sesama emak acik lagi.  Ye lah, orang kata, sementara masih ada emak ni, kena hargai semampu yang boleh masa untuk bersamanya kan.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Eh..tader kaitan dengan gambar ni ekk?  Ni cuma gambar anak acik si Shahmah dengan neneknya. Yang ditugaskan emak acik kait rambutan.  Baki-baki rambutan yang ada di pokok nan sebatang ni...untuk di agih2kan dengan mak sedaranya dan yg nak di hantar ke masjid.

Kuih istimewa yang mak acik buat hari tu untuk berbuka puasa... Serabai ...cecah dengan kuah durian.!! memang sedap.  Bukan semua orang reti buat kuih ni. Walaupun ramuannya hanya tepung dan santan sahaja.  Kalau tk betul kepekatannya, payah nak jadi sarang-sarang/lubang2 di atasnya. Dengan acuannya pun yang payah nak dicari . Siapa tau, kat mana ada jual?

Sekian. Berita yg tk di update. Selamat beramal di bulan Ramadhan.  Jangan sesiakan bulan yang Rasulullah katakan sebagai bulan umatku....semoga mendapat berkat malam LailatulQadr.

5 comments:

zino said...

seronok bila dapat berbuka bersama keluarga di kampong....

Ms.Lilies said...

tak tau kuih apa tu cik...tp kok cicah mo kuah duyan harusla mantap ghaso ea kan...


kalo ajak mak acik dok ngan acik mesti dia xmo kan

Acik Erna said...

acik..sodap e serabai.lamo tak makan..kek param pun tak do orang jual..

uji6june said...

saya salu dengar orang sebut kuih serabai.. tapi tak pernah tengok (cuma tengok kat gugel je) dan tak pernah makan lagi..

oooo .. camtu yek rupa kuih serabai .. adakah ianya species lempeng?


*

lupekanje said...

zino,
ye betul...sronok kan.. minggu ni bukan dgn kluarga kakak pulak...


MsLilies,
macam lempeng gak..tpi guno santan pokat tuh..memang sodap.
Nak ajak duk sini..?? tu lah dio...tk ndak dho... smuo nk buat tak boleh...


Kak Erna,
Payah nk jumpo jual ni kak. kek Param tk jual. Tpi kek Rantau ado bokeh cikgu acik amek tempahan...dikiro eh sekeping 80 sen klu tk silap...

Uji,
iyo...ni lah kuih serabai..memang cam lempeng, atau pancake kata omputih eh...eh..memang srupa cam pancake kat McD tu kan..cumo tk pancake tu tk angus la bawah eh. dan tk berongga2 permukaan eh. Serabai ni dibakar dalam bekas daripada tanah liat.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-