Wednesday, April 21, 2010
Ulangtahun
Thursday, June 4, 2009
Setahun telah berlalu
Setahun sudah berlalu Februari muncul kembali Dengan kehangatan semalam Tanpa ku sedari Ku petik mawar merah Ku tulis sekuntum puisi Tapi sayang pada siapa kan ku beri
(Lagu intro)
Hari selasa baru aku teringat yang blog ini dah cukup setahun usianya pada hari Ahad lepas. Baru setahun jagung. Tapi dah banyak juga Entry tidak berkualiti yang dah ku taipkan untuk diri sendiri dan syok sendiri dan simpanan sendiri. 275 n3 !!.....di samping untuk dikongsi bersama, memana yang boleh diterima pakai...dan banyak jugak yang lagha.
Asalnya aku ujudkan blog tanpa prakata ini dulu, kerana aku stress. ... ketika itu aku kehilangan seorang kawan yang selalu menemaniku. Lalu aku cari kelekaan lain yang bisa membuat aku terlupakan mereka itu.. yelah...dah aku kener joging sorang2, kena pi jalan sorang2, pi shopping sorang2... poco2 sorang2.... aku susah nak lupakan temanku itu. Dan dengan memblogging....aku akhirnya telah terlupakan segalanya..... termasuk diriku... gulps..
Tapi aku berazam, agar apa jua yang ku tulis, memberi manfaat padaku dan yang membaca...dari awal penulisanku, itulah niatku...tpi, terkadang, aku tersasar dan tersesat lalu terlanjur kata. Maafkan aku wahai diriku...dan teman pembaca blog ini.
Aku sedar, aku bukan penulis yang baik. Bahasa ku tidak sehalus sutera kerana ianya sekasar kain goni...yang menyakitkan, dan kekadang buat sipemakai rasa miang merenyam dan geli geleman.
Kekadang kunun nak jadik ustazah, tpi ilmu tk lengkap dan tk banyak..penyampaianpun merapu....haha...aku lah tu... sebab aku berpegang pada satu, 'sampaikan dariku walaupun satu ayat' ..niatku baik ok.. betulkanlah kalu aku tesalah..kita kembangkan ilmu kita bersama.
Bila aku tengah marah, cerita aku akan berbau marah, bila aku suka...aku cerita cam aku syok sendiri...bila aku sedih, aku mengeluh dalam entry ku... berkongsi kesedihanku dengan blog bisu ini...kekadang aku menangis...sooorangg je...skrg ni je aku mudah nangis...ngkorang laa... menjangkit dgn org2 yg mudah nangis kat blog ni... (dah salahkan org lak kan..) dulu aku hanya nangis biler tgk industan je..
Bahasaku bahasa mudah difahami, bukan seperti bahasa DS Anuar Ibrahim yang tinggi dan terkadang orang kampung payah nak faham tapi buat-buat faham aje... (aku bukan pro atau kontra DS Anuar Ibrahim okeh..)...dan..aku tau lah...bahasa melayu aku tk betul...heheh..bagus jugak sebab ramai yang mahu menegur kesilapan bahasaku... yang boleh buat orang tk faham, bila hormon aku tk betul...
Aku juga seronok, ramai kawan baru yang aku dapat sepanjang setahun berblog ini. Macam2 perangai..yang pasti, tidak ada rakan blog ku yang pendiam..smua peramah dan aku yakin klu jumpapun mesti riuh rendah...sebab tu aku elakkan dari berjumpa...sebab aku takut aku lupa diri...ahakss.. sebab aku pendiam amek.
Moga aku terus tabah menjadi blogger selamanya bersama rakan-rakan blogger seperjuangan yang lain. Moga blog ini terus menjadi medanku menitip pengalaman dan berkongsi cerita dan ilmu bersama kalian. Moga akan bertahan ku di sini walo kuat mana ribut topan yang melanda yang mahu mengusir aku dari dunia Blog ini. Moga apa yang aku paparkan di blog ini kelak akan memberi kebaikan tidak terhingga di dunia dan di akherat kepadaku dan kawan-kawan sekelian.
kini ... mang aku rsa nak puleh jer leher aku nih camni..
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...