Tuesday, March 10, 2009

Penyapu lidi

























Sesuai tidak kalau gunakan penyapu ini, untuk dijadikan perumpamaan?  Sebenarnya banyak sungguhkan perumpamaan yang boleh kita buat dengan penyapu. Antaranya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cuba adik-adik ambil sebatang lidi penyapu.  Patahkan. Bolehkan? Senang sangatkan. Cuba pula ikatkan lidi-lidi itu macam penyapu di atas ini. Patahkan. Boleh? Tidak boleh kan!! Cuba pulak ikat penyapu lidi tu longgar-longgar.  Kalau kita guna untuk menyapu, sudah tentu berterabur lidi dia kan.  Jadi, kita perlu ikat kuat-kuat. Barulah penyapu itu berfungsi dengan baik. Kalau ikat tak kuat...satu lepas satu lidi akan cicir... kalau dapat diikat semulapun, penyapu tu dah jadi kecil. Yang cicir itu belum tahu lagi akan dapat memperkukuhkan dirinya di penyapu lain, ataupun ianya hanya akan dipatah-patahkan lalu dibuang di tempat sampah?  Atau akan kembali bersatu dengan penyapu lama untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada tuan penyapu itu. Begitulah juga dengan kita. Kalau setakat bersatu di lidah semata...tapi tidak berusaha untuk memperkuatkan ukhuwah, maka akan terbarailah jua kebersatuan kita...(err..guru bahasa Melayu, sila betulkan perkataan ini...) ..seperti mana terbarainya lidi-lidi penyapu itu. Apakah cara untuk kukuhkan ikatan perpaduan kita..? Bukan hanya makan-makan bersama..bukan hanya jalan-jalan bersama Sebaliknya, adalah persefahaman dan kenali hati budi setiap ahli. Bertolak ansur sesama sendiri Yang silap, tegur berdepan, jangan di belakang Yang tak betul, pebetulkan Jangan membesar2kan perkara yang kecil Jangan melibatkan orang lain dalam apa-apa salah faham yang berlaku. Mengalah dan melupakan atau dengan kata lain, tidak simpan di dalam atau berdendam adalah tips terbaik untuk kekalkan keharmonian. Bersangka baik sesama sendiri amat perlu. 

 Acik tulis ni setelah diri ini insaf...kerana berjalan di atas landasan keretapi, sedangkan berjalan atas landasan keretapi adalah salah di sisi undang-undang. Sekian.

8 comments:

  1. hi acik itteww.. salammms dr me dikejauhannnns

    ReplyDelete
  2. gud morning cik. Wes sarapan?
    Hmm.. patutnya ada perumpamaan 'hidup bagai penyapu lidi'.
    banyak guno e ponyapu lidi ni kan cik? Untuk nyapu carpet bagi sapo-sapo yang tak ado vaccum tu. Tak maun de pakai ponyapu jorami tu doh.
    Buek nyapu laman rumah. Takkan kek laman nak pakai vacuum lak kan.
    Buek mukul oghang. Ehh ehh.. molatah lak. Boto la tu. Kok ado oghang jahat datang, kito tak do sonjato. Kito tibai yo lah mo ponyapu lidi . Buek cucuk mato e pun buleh kan? (tibo-tibo yo lak kpah raso macam ganeh yo)

    Cik, sarapan apo pagi ni.

    ReplyDelete
  3. tapi bejalan eteh ketapi rasah takpo. sbb ketapi eh dah xdo laie. hahaha

    ReplyDelete
  4. aikkk....patut ler pun ari tu sms bunyik macam sedih jer.Penyapu lidi tu bagus sangat bkn mcm penyapu biasa. Ertikata lain yang lama tu berguna daripada yg baru.

    ReplyDelete
  5. salam en_me..
    jemput minum..

    Salam Kpah..
    wes...
    jap gi nak madang lak...
    kpah jgn memain...belasah org dgn penyapu lak..hehe

    Tijah..
    kat rasah ketapi tk lalu dah ko...huhuu..boley la..

    Mas,
    tk ada rotan, akar pun bguna.tk de vacum, penyapu lidi lagi bguna...

    ReplyDelete
  6. penyapu kena byk klu 1 2 jd lidi aje.. penyapu lidi nie byk guna walpun ada vacum

    ReplyDelete
  7. masa kecik-kecik..
    cikLah raut lidi buat penyapu..
    lepas tu...
    jual pada cikgu cikgu yang datang posting dari bandar...
    ke kampung aku...
    dapatlah duit tambahan....

    ReplyDelete
  8. kuina,
    betul tu..satu lagi guna penyapu..nak 'besit' kucing yang membising jer tuh...hehhe

    cklah,
    bagusnya cklah msa kekecik ye..acik masa kekecik ngaco arwah nenek meraut lidi tu adalah..pastu kener lelah dgn nenek tu keliling kampung..muahaha..tingat pulak arwah nenek..al-fatihah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...