Wednesday, March 4, 2009

Lihatlah sekelilingmu

Kita pernah dengar tentang seni mempertahankan diri, Ninja, yang berasal dari Jepun itu, adalah berasaskan alam sekeliling. Tapi kita pernah tak sedar bahawa untuk melayari penghidupan ini, kita juga perlu perhatikan alam sekeliling kita juga. (Lokasi photo: taman bungo omak acik.) Mari kita lihat pucuk tumbuhan ini. (acik tak tau nama pokok ni...tk kira la..janji pucuk) Warnanya tak sama seperti dedaun yang lain. Fizikalnya tampak lembut dan mudah patah. Dalam sedikit masa lagi, ianya akan bertukar rupa menjadi seperti adik beradik daun yang lain. Dan perlu juga kita sedar, bahawa ia akan keterbelakang....memberi laluan kepada daun lain yang baru untuk mengambil alih tempatnya. Kalu boleh dimakan, biasanya pucuk inilah yang akan diambil memandangkan ianya lembut. Orang tak ambil daun atau batang yang dah tua yang payah untuk dikunyah. Pucuk atau daun yang muda sentiasa menjadi pilihan. Namun daun yang tua, terus menjalankan tugas melalui proses fotosintesis demi untuk menghasilkan Oksijen yang digunakan bersama oleh semua makhluk bernyawa, hendak atau tk hendak...itu memang tugas daun-daun itu. Mereka tiada pilihan. Banyak ujian yang terpaksa mereka lalui sepanjang masa menjadi elemen yang bergelar daun. Mereka terpaksa berlumba untuk mendapatkan cahaya matahari. Mereka terpaksa bertahan apabila angin kuat meniup. Mana-mana yang dah tua atau berpenyakit, akan gugur walau hanya dengan tiupan sepoi-sepoi bahasa angin. Ada yang nampak gagah, perkasa dan muda...juga gugur apabila datang si Bangla, petugas taman bunga, memotong dan mentrim dedaun pokok itu agar taman kelihatan cantik. Kekadang kekanak nakal dengan kejamnya memetik daun-daun itu, kerana hendak dibuat main pondok-pondok...lalu pendeklah hayat daun tersebut. Dan, ada wanita-wanita yang tidak puas berusaha untuk mencantikkan bahagian2 di badan mereka, samada rambut atau kulit ...memetik dedaun yang didapati berkhasiat untuk membantu mencantikkan mereka...lalu dedaun itu ditumbuk lumat..hancur...sehingga menjadi tekstur yang digunakan untuk disapukan di bahagian yang mereka kehendaki...tamatla riwayat bepuluh2 helai daun itu...dan hanya tinggal ranting yang menunggu kekalu Tuhan takdirkan tumbuh dedaun yang baru. Lebih malang lagi biler ada manusia yang tidak berhati dan berperut, menyembur racun, lalu terkulailah ia mati ibarat mangsa2 bom di Gaza. Kalau dibicarakan dalam sudut Ilmu Tauhid.... sesuatu yang baharu akan menjadi lama. Semua makhluk bersifat baharu...sifat mustahil bagi Allah adalah sifat baharu....sifat baharu itu adalah untuk manusia seperti kita...untuk haiwan-haiwan, untuk semua ciptaan Ilahi...semuanya bersifat baharu...termasuklah daun ini. Usia kita...tidak sentiasa muda Ruper paras kita, tidak sentiasa cantik Duit kita...tidak sentiasa banyak anak2 kita...tidak selamanya berusia 7 tahun. Kita tidak akan sentiasa berjalan tegak.. kulit kita tidak sentiasa tegang...kerana sampai masanya akan kendur jua. Kita perlu terima hakikat itu. hakikat kejadian makhluk dan alam adalah dari Allah. Hakikat kita bersifat baharu. Semua makhluk akan mengalami putaran hidup atas dan bawah..kejap kita gembira, kejap kita menderita. Kalau ada manusia yang tidak berputar nasib kehidupannya, dia bukan manusia. Sudah tentu dia adalah robot yang tidak pernah mati baterinya. Robot yang tidak ada perasaan. Kesimpulannya, bersyukurlah, kerana kita masih dapat melihat daun itu bertukar ganti...dan daun itu dapat terus berkhidmat kepada kita dan makhluk semesta alam dengan menghasilkan oksijen hingga kita dapat bernafas dan hidup seperti manusia. Tanpa daun itu, siapa lah kita. Tanpa kita, siapalah pula daun itu. Mungkin tanpa kawalan kita...daun2 yang lembut dan muda itu akan menjadi mangsa anak2 kita, mangsa lembu, kambing dan yang sewaktu dengannya. Tapi tanpa daun itu juga....lembu, kambin dan spesis haiwan lain, tk dapat juga makan makanan asas mereka.. lalu tidak akan dapatlah kita buat korban setiap tahun....apa??? lembu kambing dah makan dedak??? ...alahhhh...tk kisah la.. acik dah ponin.

7 comments:

zino said...

tak lama lagi pucuk ubi depan gumah den tu dah buleh potik sedap tu buek masak lomak cili api.. lagi bes kalau daun tu di simpul2 hehe

zino said...

tak lama lagi pucuk ubi depan gumah den tu dah buleh potik sedap tu buek masak lomak cili api.. lagi bes kalau daun tu di simpul2 hehe

sya said...

Achik jom le balik kampung minggu ni.. sya singgah lagik.. nak amik lagik anak lada n tebu telur tu.. boleh ????

MasNurin said...

uwaaa..den dah lamo carik tebu telor. Sodap sangat.

Tijah said...

seb baik sompek komen...ghoma lak operation aborted kekadang. nak baco pun x sompek cik...

kakpiah said...

kulit kendur?
kalo pnjng umo saya.. dpt la saya melalui nyer..
kalo tak..
saya tompang tgk acik punyer je lah...

err.. buleh gelak takk?

lupekanje said...

Oleh krana arini ari lepak sedonia, n3 lelama msa acik gi kusus dulu ni menarik2 acik utk menjawab.

zino,
masak lomak pucuk ubi..walllaa..sodap..

sya...
dah lepas dah...dah dpt dah anak cili..tpi tk do tebu tolo kan..sobab eh, tobu tolo tu dah masuk dlm pewot acik..wakakaka..

mas,
belum ader rezki lagi nampaknya..sperti yg dinyatakan di atas telah berlaku...haha

Tijah..
tah tah PC kau yg poblem kooooot...check balik...heheh
(kaber)

piah..
hampeh kau..
meh le dtg sini....nk nengok bona kulit kendur yo...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-