Showing posts with label penyapu lidi. Show all posts
Showing posts with label penyapu lidi. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Penyapu lidi

























Sesuai tidak kalau gunakan penyapu ini, untuk dijadikan perumpamaan?  Sebenarnya banyak sungguhkan perumpamaan yang boleh kita buat dengan penyapu. Antaranya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cuba adik-adik ambil sebatang lidi penyapu.  Patahkan. Bolehkan? Senang sangatkan. Cuba pula ikatkan lidi-lidi itu macam penyapu di atas ini. Patahkan. Boleh? Tidak boleh kan!! Cuba pulak ikat penyapu lidi tu longgar-longgar.  Kalau kita guna untuk menyapu, sudah tentu berterabur lidi dia kan.  Jadi, kita perlu ikat kuat-kuat. Barulah penyapu itu berfungsi dengan baik. Kalau ikat tak kuat...satu lepas satu lidi akan cicir... kalau dapat diikat semulapun, penyapu tu dah jadi kecil. Yang cicir itu belum tahu lagi akan dapat memperkukuhkan dirinya di penyapu lain, ataupun ianya hanya akan dipatah-patahkan lalu dibuang di tempat sampah?  Atau akan kembali bersatu dengan penyapu lama untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada tuan penyapu itu. Begitulah juga dengan kita. Kalau setakat bersatu di lidah semata...tapi tidak berusaha untuk memperkuatkan ukhuwah, maka akan terbarailah jua kebersatuan kita...(err..guru bahasa Melayu, sila betulkan perkataan ini...) ..seperti mana terbarainya lidi-lidi penyapu itu. Apakah cara untuk kukuhkan ikatan perpaduan kita..? Bukan hanya makan-makan bersama..bukan hanya jalan-jalan bersama Sebaliknya, adalah persefahaman dan kenali hati budi setiap ahli. Bertolak ansur sesama sendiri Yang silap, tegur berdepan, jangan di belakang Yang tak betul, pebetulkan Jangan membesar2kan perkara yang kecil Jangan melibatkan orang lain dalam apa-apa salah faham yang berlaku. Mengalah dan melupakan atau dengan kata lain, tidak simpan di dalam atau berdendam adalah tips terbaik untuk kekalkan keharmonian. Bersangka baik sesama sendiri amat perlu. 

 Acik tulis ni setelah diri ini insaf...kerana berjalan di atas landasan keretapi, sedangkan berjalan atas landasan keretapi adalah salah di sisi undang-undang. Sekian.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...