Kita tak boleh jangka bila kita akan kehilangan, kerana ianya bukan termasuk dalam perancangan kita. Tapi perancangan Allah.
Ku seru untuk diriku, yang sering merasa sunyi dan sendiri....yang masih mengharapkan manusia untuk menemaniku. Aku selalu lupa yang manusia lain itu tidak selalu dapat menemankan aku...lalu aku akan sedih.... ertinya, hatiku masih kotor, masih tidak merasakan kehadiran Tuhan yang tidak pernah lupa padaku...sebaliknya aku yang selalu terlupakan kehadiran Tuhan, lalu merasakan diri sendirian.
Jadi wahai diri,
jangan sesekali bersedih bila apa yang kau mahukan tidak tercapai.
Tapi kau tetap sedih dan menangis tersedu-sedu, apabila apa yg kau hajatkan, tidak tercapai.
Kan kau sendiri yang selalu kata,..... segala apa yang berlaku, ada hikmahnya.
Tapi kenapa kau sering terlupa...lalu sering berhati duka...bila bencana menimpa...
Kan kau juga yang selalu menasihatkan orang lain, bahawa zikirullah itu boleh menenangkan hati.
Namun kau masih menyanyi dan menari. Kononnya menghibur hati...bukankah sepatutnya kau mengaji..membaca ayat-ayat suci Ilahi.
Kau juga rajin berkata, jangan mengharap kasih sayang lain dari Allah, kerana kita akan kecewa, kerana kasih sayang yang lain dari kasih sayang Allah itu hanyalah sementara, sesementaranya dunia ini.
konon je tu...hakikatnya, kau terus mengejar kasih sayang manusia... kau tahu kasih sayang manusia yang ibarat bunga...habih madu, sepah dibuang... bila mereka membenci dirimu, kau sedih dan berduka... Pernahkah kau memikirkan, bahawa Tuhan amat mengasihi hambaNya? Walau kau tidak mempedulikanNya, apakah Dia kisah??? Dia tetap, ArRahman, Ar Rahim... Maha pemurah, Maha mengasihani hambaNya....tidak cukupkah kasih sayang Allah buatmu???? Sehingga kau meratap hiba dan merayu sendu kerna hilang kasihnya manusia.
Aku selalu ulang kata lagi, aku tidak ada perasaan, tapi kenapa aku sedih juga, kenapa aku marah, kenapa aku rasa macam2...? Maknanya aku memang ada perasaan, dan adakalanya perasaan aku tu sama macam perasaan manusia lain jugak...kerana sememangnya aku adalah manusia. Yang punya begitu banyak kelemahan. Menyebabkan aku terus membuat kesilapan dalam kehidupan.
Ampunkan dosaku wahai Tuhan...
Maafkan aku wahai teman.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.