Ketika ini lah kita berpeluang mengumpul lebih banyak bekalan untuk ke akherat. Hanya orang-orang yang lalai sahaja yang akan mensia-siakan peluang yang Allah berikan selama sebulan dalam setiap tahun. Hanya mereka yang alpa sahaja meneruskan perlakuan dosa dan larangan Allah tanpa sedikitpun rsa malu kepada Allah yang memberikan segalanya dalam kehidupan ini untuk kita. Mohon doa sentiasa, agar Allah memberikan kita petunjuk, memberikan kita taufik dan hidayah untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.
Mohon jua agar petunjukNya ini berterusan dan tidak akan dibiarkan kita dalam gelumang dosa.
Tadahkan kedua tangan mu, di subuh bening, mohon keampunan dan makrifah dari Ilahi. Mohon lah dengan rendah hati, akan segala kekurangan dalam diri agar dikurniakan sifat terpuji. Mohonlah agar dipelihara hati dari segala sifat keji. Mohonlah agar iman dan ketakwaan menjadi milik kita, agar dengannya, kita dibentengkan dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Doalah, agar kita semakin mendekatkan diri kepadaNya, dan bukan semakin jauh. Doalah, agar kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan setiapkali kita meninggalkan suruhanNya dan dalam kelalaian.
Sebutlah selalu, namaNya di hati dan di lidah kita..agar kita rasa dekat denganNya. Kerana apakala kita dekat, kita pasti akan takut menghampiri apalagi melakukan kemungkaran. Kita memperolehi keimanan dan ketakwaan..
kita jauhi neraka, dengan keimanan dan ketakwaan kita.
Apabila kita dekat denganNya, kita akan hanya melakukan segala kebaikan...dan menjauhi segala kejahatan.
Syurga..aku bukan layak untukmu..tapi itu yg aku mahu..
Neraka ... aku tk mampu walaupun utk menghampirimu...jangan kau panggil aku untuk bersamamu.
Sekian, peringatan buat diriku yang sering lalai...moga kita semua sentiasa mendpt petunjukNya.





