Sambungan dari tajuk Maksiat Bathin yang ke 6.
Yang mengatakan tentang Hubbul Jah.
Adapun hubbul Jah yakni suka akan kemegahan. Maka ianya dicela oleh syarak. Firman Allah Taala yang bermaksud,
Bermula negeri akherat itu Aku jadikan akan dia bagi orang yang tiada berkehendak akan mereka itu ketinggian dan kemegahan di dunia dan tiada berkehendak membinasakan akan orang di dalam dunia ini, dan syurga itu bagi orang yang takut akan Allah Taala.
Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud;
Bermula cinta akan harta dan kemegahan itu menambahkan munafik dalam hati seperti menambahkan air dalam susu.
Kata Imam Al Ghazali ;
ketahui olehmu bahawa Jah (Bukan
Tijah...bukan...bukan....) itu iaitu mashur sebutannya pada orang yang banyak dicela oleh syarak melainkan bagi orang yang dimahsyurkan oleh dia akan Allah Taala kerana mahsyurkan agamanya dan dunianya.
Kata Saidina Ali ra;
hinakan akan dirimu dan jangan engkau mahsyurkan dan jangan engkau angkat akan dirimu supaya disebut oleh orang dengan mempunyai ilmu dan lainnya dan sunyikan olehmu akan dirimu dan pengetahuanmu dan diam engkau nescaya sejahtera engkau daripada kejahatan lagi menyukakan akan segala orang yang soleh dan menyakitkan hati orang yang pasik.
Ini adalah diambil dari kitab Hidayatussalikin. Entah naper acik idak kretip dalam menghurainya... mahapla...hurai lah sendiri...
Gi manapun, megah ni ada beberapa perkataan lain yang cam sama erti, tapi tk sama.
Megah, riak, ujub, ....macam sama makna. Tapi belain.... namun semua sikap ini adalah dicela oleh syarak. Itu je persamaannya. Megah ni, tarapnya ke bawah sikit. Ujub paling bahaya... sbb ianya tidak diluahkan dan tidak nampak pada mata dan tidak di dengar pada telinga makhluk lain.. Megah dan riak tidak sama... ujub lagilah lain... dan dalam sesemua ni, acik paling takut ujub nih...sbb kita tk salu tk sedar ujudnya ujub dalam diri kita. Itu di bawah tajuk lain nanti.
Ini pemandangan kawasan kediaman di Taman Megah...tidak ada kaitan dengan entry ini. Harap maklum.
Ni dari satu
laman web tentang hubbul Jah
Hubbul jâh (kecintaan kepada penghormatan), merupakan salah satu jenis penyakit hati yang dilakukan dengan mereka yang berperilaku secara berlebihan dengan maksud agar orang lain menganggap kita orang terhormat, pintar, atau kaya. Perilaku ini sangat tergantung dengan kadarnya, bila dilakukan dengan sekedarnya atau dilakukan dengan maksud yang tidak mengharapkan orang lain mengistimewakan dirinya, maka perbuatan tersebut tidak lah jatuh kedalam perbuatan dosa. Tetapi, bila seseorang berpakaian mewah, menggunakan parfum mahal, dan menampilkan dirinya agar berkesan eksklusif atau berkelas, dapat jatuh kedalam penyakit Hubbul jâh.

Tapi tk salahkan, kalu kita megahkan bangunan seperti ini yg berada di tanah air kita??? ...megah dan bangga..
Sekian untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama dalam membersihkan hati-hati kita.
terima kasih atas tazkirah yg di sampaikan...
ReplyDeletekadang-kadang kito tak soda bondo tu singgah lam hati kito. tu yang bahayo tu. Eeee...takoooot.
ReplyDelete.
.
cik, malam kang jangan lupo.
patut den tersodak2 cik. ado pekataan JAH disitu. hikhikhik
ReplyDeleteacik, entri umah baru wos ari tu mmng tadek niat nk nunjok2 taw..
ReplyDeleteuhuhuhu..
nak simpan balik la entri tu...
-wos-
wos,
ReplyDeleteahakss...
mogah ko kau? tk mogah wat per nak simpan balik ...iskk...apo la gak ehh...mahapla...acik tk kato kau...acik nak peringat diri yo...tpi klu nk insap tu, tk do salah doh...
wos...acik intai tadi umah kau...heheh..
Tijah..
tu lah, acik lotak awal2...tkut kau ingat acik ngato kau...
kpah,
tak soda tu yg takut tuh...mintak jauh laa..
yo..malam ni, acik tunggu kt dalam..air... haha..
zino,
sesamoo...ingat mengingati sesama kita...