Saturday, February 28, 2009

Komen Membina

Minta komen tentang klip video yang acik ambil masa Hari Bertemu Pelanggan KPM di Perlis. Tapi sebelum tu, biar acik yang komen.

Nampak gayanya menjadi tradisi pulak bagi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan pertandingan Karaoke atau nyanyian budak-budak sekolah boleh kata setiap kali program Hari Bertemu Pelanggan diadakan. Setelah beberapa kali mengikuti HBP ini sebagai petugas, acik berpandangan bahawa tidak sepatutnya diadakan acara yang sebegini.

Nampak unsur-unsur tidak sihat yang akan timbul. Lihatlah gaya mereka dan gaya penonton yang seakan menyokong dan menjerit2 histeria. Itu pandangan saya !... Matlamat KPM antaranya:

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Kalau dibiarkan dan apalagi digalakkan anak-anak bangsa menyanyi begini, apakah matlamat itu akan tercapai?

Bila ada yang dibenarkan membuat persembahan yang sebegini, maka akan ramailah lagi anak-anak yang terdorong sama...berlumba-lumba mahu menjadi penghibur. Hinakah profesyen seorang penghibur? Bergantung pada individu penghibur itu sendiri. Kalau yang nyanyi begini, acik rasa ok lagi.
di lounge Putra Palace Hotel, Perlis

Cadangan acik untuk Hari Bertemu Pelanggan KPM ni...should be ok kalau buat persembahan Koir (mmg ada...) Nasyid, pancaragam, dan lain-lain aktiviti yang sihat untuk menarik pengunjung.

Tak perlu lah suruh budak2 yang bersih dan menunggu dicorak ini untuk menyanyi. Nanti makin ramai lah yang tak minat nak belajar, sebab nak masuk program realiti... Mungkin ada yang kata, apa salahnya, setakat hiburan...

Kan ada cara lain untuk berhibur.. selain dari cara yang sebegini... Kalau karaoke lagu patriotik, pun boleh juga... hiburan juga kan.. Ok...cuba lihat komen membina anda yang lain.

8 comments:

  1. "Nampak gayanya menjadi tradisi pulak bagi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan pertandingan Karaoke atau nyanyian budak-budak sekolah boleh kata setiap kali program Hari Bertemu Pelanggan diadakan."

    Ada program macam tu? Isk...isk...isk...

    Macam mana nak komen ya...ckLah ni bukan orang KPM....cuma taraf pecacai mereka je....apa mereka arah...maka patek pun menyerahkan batu jemala patek...
    Hamba sedar siapa hamba....

    Kajang Pak malau....ah...suuuuuudahlah...
    wakakaka...

    cen...tolong ajar ckLah macam mana nak masukkan vedio dlm web....jeleslah...e-mel tau....hi..hi..

    ReplyDelete
  2. Cens,
    Menyanyi karaoke satu cara untuk pelajar membaiki sesuatu bahasalike BI.Kaedah ini sebagai enrichment/pengkayaan. Tak sesuailah sebagai pertandingan. banyak sangat hiburan, lupa pelajaran.Anak-anak siapa yang suka bab-bab hiburan ini? Fikir lah sendiri, pinjam kata Nabil.

    ReplyDelete
  3. ciklah,
    bukan KPM senornya, tpi JPN tuan rumah yg merancang..tapi KPM yg benarkan buat tu semua kan????
    ni mesti cklah tk penah pi hari btemu planggan KPM nih..lenkali buat kat Ipoh, mesti pi..
    acik dah email ye..

    Kpah,
    anak2 biasanya mengikut je apa yg kita suruh atau kita larang...so, yg salahnya klu mereka tk menjadi...siapa? kitaaaaa gakkk...

    ReplyDelete
  4. cik,acik ni botullah... maso monjawab komen tu, ati dah sampai linggi agak e. Kakpah bolum bagi komen lai acik dah jawab kahkah..
    .
    .
    hah, sampai lupo nak bagi komen apo. errk.. jom kito tubuhkan nasyid cik..

    ReplyDelete
  5. kpah,
    yolah...mato acik dah klabu taim tuh..

    sorry...bukan kpah..
    kak Nora...cehh..apo nk jadi ngan acik nih...ammpun kak Nora..

    ReplyDelete
  6. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement
    account it. Look advanced to far added agreeable from you!
    However, how could we communicate?
    Feel free to visit my weblog ... ac dc lcd tv

    ReplyDelete
  7. Hi would you mind letting me know which webhost you're utilizing? I've loaded your blog in 3 completely different internet browsers and
    I must say this blog loads a lot faster then most. Can
    you suggest a good internet hosting provider at a honest price?
    Thanks, I appreciate it!
    Here is my blog acase iphone 4s

    ReplyDelete
  8. Howdy I am so happy I found your weblog, I really found you by accident, while
    I was browsing on Google for something else, Regardless I am here now and would just like to
    say many thanks for a tremendous post and a all round enjoyable
    blog (I also love the theme/design), I don't have time to go through it all at the minute but I have book-marked it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the awesome job.

    My page :: http://134u.biz/upgrade.php?ucat=10728

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...