Showing posts with label matlamat KPM. Show all posts
Showing posts with label matlamat KPM. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

Komen Membina

Minta komen tentang klip video yang acik ambil masa Hari Bertemu Pelanggan KPM di Perlis. Tapi sebelum tu, biar acik yang komen.

Nampak gayanya menjadi tradisi pulak bagi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan pertandingan Karaoke atau nyanyian budak-budak sekolah boleh kata setiap kali program Hari Bertemu Pelanggan diadakan. Setelah beberapa kali mengikuti HBP ini sebagai petugas, acik berpandangan bahawa tidak sepatutnya diadakan acara yang sebegini.

Nampak unsur-unsur tidak sihat yang akan timbul. Lihatlah gaya mereka dan gaya penonton yang seakan menyokong dan menjerit2 histeria. Itu pandangan saya !... Matlamat KPM antaranya:

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Kalau dibiarkan dan apalagi digalakkan anak-anak bangsa menyanyi begini, apakah matlamat itu akan tercapai?

Bila ada yang dibenarkan membuat persembahan yang sebegini, maka akan ramailah lagi anak-anak yang terdorong sama...berlumba-lumba mahu menjadi penghibur. Hinakah profesyen seorang penghibur? Bergantung pada individu penghibur itu sendiri. Kalau yang nyanyi begini, acik rasa ok lagi.
di lounge Putra Palace Hotel, Perlis

Cadangan acik untuk Hari Bertemu Pelanggan KPM ni...should be ok kalau buat persembahan Koir (mmg ada...) Nasyid, pancaragam, dan lain-lain aktiviti yang sihat untuk menarik pengunjung.

Tak perlu lah suruh budak2 yang bersih dan menunggu dicorak ini untuk menyanyi. Nanti makin ramai lah yang tak minat nak belajar, sebab nak masuk program realiti... Mungkin ada yang kata, apa salahnya, setakat hiburan...

Kan ada cara lain untuk berhibur.. selain dari cara yang sebegini... Kalau karaoke lagu patriotik, pun boleh juga... hiburan juga kan.. Ok...cuba lihat komen membina anda yang lain.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...