Saturday, March 26, 2011

Di Pondok Kecil

Mungkin entry kali ini menceritakan sesuatu yang dah lama berlaku....hmm...lama tk lama, baru gak lagi...

Masih ingat entry acik Minggu Melawat Baby

Acik keluarkan semula gambar ini..


Baby Adam Irfan...tarikh 11 Mac 2011 memberikan gelaran baru buatnya dan si ibu...dan adik yg bakal lahir.

Anak yatim, dan balu.

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Saiman bin Ahmad Basri.
Moga dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman, ashabul yamin...aamin.

Perginya seorang ayah dan suami kepada anak dan ibu ini...tanpa sebarang pesanan, dan tidak diduga.  Pagi yang menyaksikan kemalangan berdarah itu...tidak menyimpan sebarang belas kasihan buat 2 anak beranak ini..dan yang masih belum mengenal dunia, dalam kandungan siisteri.

Takdir Tuhan mengatasi segalanya.  Allah lebih menyayanginya. Takziah untuk Puan Ila dan Adam Irfan.
Adam, akan menjadi anak yang tabah untuk survive dalam dunia penuh dugaan ini...walaupun tanpa ayah.  Moga anak ini akan dapat menjaga ibu dan adiknya sebaik mungkin pabila dewasa kelak...InsyaAllah.

Puan Ila, akan kuat jiwa mengharungi hari-hari tanpa kehadiran insan bernama suami...mendidik anak dengan baik dan sesempurna yang boleh, walaupun tanpa ayah. Puan Ilah boleh!!...Acik yakin, ia seorang yang memang tabah.  Moga Allah mudahkan penghidupannya...dan jauhkan dari kedukaan...andai ada jua kedukaan, itu adalah asam garam dalam penghidupan, menambah kekuatan diri dalam menghadapi ujian yang lebih berat di hadapan sana.

Ingatlah, suami, anak, keluarga, dan mereka yang kita sayangi dan harta dunia, adalah antara alat, wasilah untuk kita ke sana... mereka boleh membawa kita ke syurga, mereka juga boleh menerjunkan kita ke neraka.  Nauzubillahiminzalik. 

Ingatan buat semua... sentiasa bersedia, kerana dalam hidup ini, kita tetap akan mengalami peristiwa kehilangan mereka yang kita sayang...atau mereka yang akan kehilangan kita.  Kematian itu pasti. Kerana setiap pertemuan akan di akhir dengan perpisahan. Perbanyakkan bekal kita untuk menghadapi kematian ...perbanyakkan doa dan amal jariah kita buat mereka yang telah pergi dahulu yang kita kata kita sayang.  

Pada yang masih memiliki insan yang disayangi, pelihara, sayangilah, taatilah, sementara masih mereka masih kita pinjam dari Allah.  Jangan takbur atau leka dengan kehadiran mereka...kerana bila-bila masa, Allah akan ambil semula pinjamanNya itu. Bina lah kekuatan dalam diri kalian masing-masing...dengan mengambil iktibar pada yang telah melaluinya.


La Tahzan....janganlah dikau bersedih wahai hati, dik kerana kehilangan itu. Sebaliknya, perkuatkan imanmu, pertingkatkan takwamu, demi kehidupan kekal kita di sana. Dunia ini hanya persinggahan.  Persinggahan yang tidak lama.  Kelmarin, mereka yang kita sayang dijemput, entah esok lusa akan tiba masa kita.  Katakan pada mereka, kalian pergilah dahulu, aku akan datang mengikut apakala dijemput Allah kelak..

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi setiap ujianMu.



4 comments:

kak Erna said...

alfatihah dan takziah buat keluarga..sedih jugak kan acik..kecil lagi..tapi itu dah ketentuanya

lupekanje said...

betul kak..apo nk dikato..
terpaksa harungi gak. Tak ada pilihan.

mohd amir jamaluddin said...

Salam nak tanya saya ni kawan pada Arwah masa di ILP muar betul ker ni Ahmad Saiman Maaf yer tersinggung, lama dah tak jumpa dia, tapi bila dapat tau terkejut jugak, Takziah pada sekeluarga,

lupekanje said...

saya tak pasti adakah ini kawan saudara Mohd Amir. CUba baca blog isterinya di http://ibuadamerfan.blogspot.com/

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-