Friday, March 18, 2011

Selamat bercuti





Gambar diambil pada hari Rabu lepas dengan kamera yg rusak itu.. Tak apa lah kan. Janji masih ada fungsinya. Acik masih perlu terus bersyukur.

Hari itu, adalah hari akhir ofismet acik ni, Siti Khadijah di pejabat, sebelum bercuti panjang untuk melalui hari bahagia dan mendapat suami dan memiliki gelaran isteri.

Semoga anda kan bahagia bersamanya hingga ke akhir hayat.  Yang penting, agar rumahtangga yang dibina akan berada di atas landasan keimnan dan ketakwaan, berpandukan Al Quran dan Sunnah, dalam melalui pelbagai rencam dugaan dan cobaan.

Suami adalah merupakan pinjaman Allah. Maka kasihilah, taatilah selagi ia bergelar suamimu. Selagi ia tidak mensyirikkan Allah. Sebagaimana seorang isteri itu juga merupakan pinjaman buat seorang suami. Amanah Allah. 

Semoga Siti dan pasangan hidupnya akan dimurahkan rezeki, diberikan ksihatan, dijauhkan dari segala kesusahan, yet, tabah dan sabar dengan apa jua gelora tsunami yang bakal menimpa bahtera kehidupan yang bakal kalian layari.

Perkahwinan bukan sesuatu yang indah dan mudah sepanjang masa.  Ingat tu Siti... Jadilah isteri dan ibu yang solehah. Jangan jerit2 kat suami taw!!! Seorang isteri itu adalah dilarang untuk meninggikan suara dengan suaminya. Bermaksud, jangan sekali-kali menyakiti hati suamimu.. Tanggungjawab sebagai seorang isteri amat berat dan jangan sekali-kali dipandang remeh akan hal ini.

Zuriat yang mungkin akan lahir akan dibentuk peribadinya, bermula dari majlis perkahwinan yang diberkati lagi. Doalah selalu, semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Segalanya dari Allah.

Seorang isteri bukan hanya perlu menjaga hati suami, sebaliknya perlu juga menjaga hati orang-orang yang di kasihi suami, seperti ibunya, ayahnya dan adik beradiknya jika ada dan kawan-kawannya.

Seorang isteri perlu selalu bersangka baik dengan suami untuk mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga.

Seorang isteri perlu sabar dan redha dengan sikap suami yang mungkin tidak seperti yang kita sangkakan seblum ia bergelar suami.

Seorang isteri perlu memberikan dorongan kepada suami untuk perkara yang baik yang hendak dilakukannya.  Sebagaimana pengorbanan dan peranan ummul mukminin, Siti Khadijah  binti Khuwailid terhadap Rasulullah s.a.w.

Tidak ada bahtera kehidupan rumahtangga yang tenang sepanjang masa.  Tidak ada yang tidak akan dilambung gelombang..Sesekali, pasti ada gelora yang akan melanda.  Itu adalah asam garam dalam penghidupan.  Tanpa asam dan garam, gulai tk akan jadi sedap..(ehh...apo lak gulai peginya nih...hehe..) Setiap perselisihan faham, tangani dengan bijaksana dan jangan mengikut emosi yang berpanjangan.  Sikap mudah memaafkan adalah perlu kerana kita perlu tahu, bahawa suami itu tidak sempurna, sebagaimana kita juga.

Perselisihan faham sesama suami isteri adalah juga rahmat Allah yang perlu disyukuri kerana sesebuah perkahwinan itu akan seperti diperbaharui setiap kali suami isteri berdamai. Mind that !  Cuma jangan biarkan ia berpanjangan..buruk lak padahnya...


Kesilapan dan kealpaan akan sering berlaku dalam sesebuah rumah tangga.  Hanya sabar dan kemaafan dan keredhaan adalah formula untuk mengekalkan kebahagiaan.

Jauhi segala ciri-ciri yang boleh meletakkan seorang isteri itu, menjadi isteri yang nusyuz..!

Bacalah kitab-kitab seperti Muhimmah untuk membentuk diri dan mengetahui apa yang boleh dan apa yang patut dijauhi oleh seorang isteri.

Ye..acik berpesan atas tiket seorang isteri. Kerana Siti akan menjadi seorang isteri.  Tanggungjawab suami juga amat beratnya. Jangan ingat jadi seorang suami itu mudah.  Itu biar kawan-kawan atau keluarga dia yang ingatkan.  Kang panjang pulak entry acik nih..hehe..

Maafkan nenekmu ini...(ehh...nenek??  cesss..) kerana tidak dapat menghadiri Walimatulurusmu...tidak dapat dielakkan, memandangkan pertindihan program yang berlaku pada hari itu.

Namun doaku akan tetap mengiringimu untuk hari bahgiamu itu..

Selamat Pengantin Baru...selamat mendapat gelaran isteri...selamat berbahgia... semoga dikurniakan zuriat yang ramai..

4 comments:

kakpah said...

tumpang mengucapkan selamat pengantin baru gak pada siti. Selamat memasuki dunia rumahtangga dan semuga bahagia hingga ke akhir hayat.

Cik.. rajin kau update skang cik..

lupekanje said...

mekasih kak pah.
Skrg angin nk mengapdet kak. hehe..

kak Erna said...

acik..samo macam kak pah tumpang ucapkan selamat pengantin baru..
acik..mesti siti mengucapkan terima kasih tak teringga dengan pesanan acik tu..

lupekanje said...

dia sibuk tu kak erna...3 ari 3 malam nyer keje kawin..haha

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-