Thursday, March 17, 2011

Perigi Oh Perigi

Selepas cerita pasal kacang dan umrah, kita cerita pasal perigi pulak ye.

Sekali sepertua, tersebutlah al kisah, sebuah perigi tua di hadapan rumah kampung di mana saya (err..skema sikit entry ni..) membesar dulu.

Hari Sabtu aritu, saya balik ke kampung atas beberapa tujuan. Terutama untuk menjenguk emak yang dengarnya demam teruk gak, selepas pulang dari mengerjakan umrah. Selain dari itu, saya mendapat tahu cerita tentang kontroversi yang timbul disebabkan perigi tua ini. Tuan punya tanah di mana perigi ini terletak, akan datang untuk mengintai lokasi kejadian tersebut.

Ye, seperti yang disaksikan dalam photo ini, perigi itu telah ditimbus.  Adalah amat sayang sekali.  Sayang, seribu dan beribu2 kali sayang.







Alkisah, sewaktu saya kecil, sekitar tahun 1970an, perigi ini dikenali sebagai perigi buta. Saya dan kawan-kawan tk berani datang main ke situ.  Di sebelah perigi itu, ada sebatang pohon bidara, seperti orang kampung kami panggil, bersamaan dengan buah mata kucing.. dan sebatang pohon kundang, yang isinya tersangat manis.

Bila musim buah, pohon bidara ini akan mengeluarkan buah2 yang amat manis, hingga naik mabuk saya memakannya. Hanya dik sebab pohon2 ini lah, maka saya hampiri juga perigi ini. Selain dari itu, tidak lupa juga, ada 2 batang pohon durian, dan 3 batang pohon manggis ketika itu (Sekrang, pokok manggis masih ada, cuma durian je dah reput ditelan zaman..).

Percayalah, bahawa masa kekecik tu, saya sangat berani, mencari durian dalam subuh gelap, pukul 1-2 pagi. (berani ekkk? hehhe..) ..pantang dengar bunyik durian gugur, saya akan keluar sorang diri, bersama lampu suluh ala-ala penyiasat seperti dalam novel-novel Enid Blyton.  Sangat terpengaruh dengan watak-watak dalam novel tersebut ketika itu OK !!.

Ular ke...kala jengking ke...atau apa2 pun, tidak menghalang saya susup sasap dalam semak di sekitar perigi itu mencari durian. Alhamdulillah, tk pernah jumpa pun ular sepanjang karier saya sebagai pencari durian itu.

Kembali pada cerita perigi.... ada juga sebatang pokok 'nanam' berhampiran perigi tersebut.  Sering orang-orang tua, menakutkan kami yg kanak-kanak ketika tu, dengan mengatakan bahawa pohon tersebut berhantu....huhu..sebagaimana juga perigi itu dikatakan berpenunggu.
Buah nanam - ambil dari Gugel

Kisah perigi ini telah beberapa kali menjadi tajuk perbualan di kalangan jiran tetangga yg merupakn juga saudara mara saya. Dulu, kalau tak silap, perigi ini pernah jadi tempat buangan sampah. Saya pun pnah kot buang sampah kat situ...err...entah.  Tak ingat. Tapi kemudian saya dengar sorang mak saudara sepupu saya telah mengambil inisiatif, membersihkan dan membaikpulihkan kembali perigi itu dengan kos yang besar. Airnya masih ada. Ia dipagar dan ditutup rapi. Masa tu, saya dah dewasa.  Dah berkeluarga dan keluar dari kampung.

Kemudian perigi itu kembali terbiar. Tak pernah pun menarik perhatian sesiapa.Pokok Bidara dan Kundang pun telah ditebang tanpa izin tuan tanah...amat sayang sekali.

Cuma baru-baru ini, apabila seekor kambing kepunyaan anak menantu mak saudara sepupu (telah meninggal dunia) saya itu telah terjatuh dan mati di dalamnya, isu perigi ini menjadi kontroversi.

Pulangnya emak saya dri berumrah, dia amat terkejut bila mendapat tahu anak menantu mak sedara itu telah membuat keputusan menimbus perigi tersebut...dengan alasan, takut anak2nya pula terjatuh ke dalam perigi tersebut nant. Sudah ! berlaku pertelingkahan dik kerana perigi pulak.

Tapi kalau difikirkan, memang tidak patut keputusan demikian dibuat...banyak cara lain bulih dilakukan seperti memagar dan membuat penutup perigi.. kann..!!

Perigi itu telah ujud, sebelum mak saudara saya yang berusia lebih 80 tahun itu lahir lagi. Ertinya, berkemungkinan usia perigi tersebut melebihi 100 tahun, dan ia merupakan satu bahan sejarah yang perlu dipelihara. Saya rasa, perigi ini mungkin menjadi saksi ketika kampung saya ini dibuka dahulu yang mana mengikut sejarah, ianya dibuka oleh keturunan anak raja Bugis yang merantau ke Tanah Melayu. (ada juga tulisan mengatakan kampung Linggi telah dibuka sebelum kedatangan Bugis lagi ! Cuma ketika itu ia belum dimajukan sehinggalah kedatangan orang-orang Bugis .)

Dari keturunan ini lah maka lahirnya saya dan penduduk asal kampung saya, iaitu Kampung Linggi yang sebenarnya amat berperanan dalam perkembangan perdagangan di tanah melayu suatu ketika dahulu di mana ramai pedagang-pedagang asing masuk berdagang melalui pelabuhan di Sg. Linggi itu sekitar tahun 1770an.

Saya minat sejarah, cuma bab ingat tarikh ni, saya lemah sikit. Sebab tu, kalau ada cerita2 sejarah, saya sentiasa ikuti. Terjumpa pula sebuat artikel yang ditulis untuk tujuan kajian pengajian seorang anak jati  Linggi di sini. Kalau rajin, baca lah...tapi kesahihan maklumat di situ, diragui.  Maklumlah, tulisan untuk mendapat markah assignment kan. Namun sumbernya dari orang-orang tua yang semuanya dah meninggal dunia dah pun ketika ini. Saya agak keliru bila penulis mengatakan orang Bugis di Linggi mengamalkan adat Temenggong.. kerana pernah saya baca di satu blog yg ditulis juga oleh anak Linggi jati,

Sistem kemasyarakatan Linggi tidak mengamalkan sistem keturunan berdasarkan nasab ibu sebagaimana Adat Perpatih tetapi sistem yang menekankan kepada nasab bapa. Sistem ini dikenali sebagai muafakat bil kitab wassunati qabulatan minat ustaz ilamanati atau Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan.


Saya lebih menerima fakta ini dari fakta lain tentang adat di kampung saya. Tentang bahasa, memang saya bersetuju, kerana penduduk di kampung saya tidak menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan.  Mungkin benar, kami menggunakan bahasa Melayu-Riau.

Ok..kembali kepada cerita perigi tadi. Saya menyebut berkaitan sejarah kampung ini kerana mahu mengaitkan dengan perigi tersebut.  Kita perlu menghargai kesan sejarah yang ada dipersekitaran kita.  Seperkara lagi, kita perlu menghormati hak orang lain untuk membuat sesuatu keputusan.

Bagaimana boleh sesuka hati menceroboh tanah orang lain lalu mengubah apa yang ada di situ tanpa kebenaran tuanpunya tanah.  Saya menyetujui emak saya dalam hal ini, yang membantah keputusan pihak yang menimbus perigi tersebut, kerana beliau telah diamanahkan menjaga tanah saudara tersebut.

Bila difikirkan, pihak itu sungguh tidak mengenang budi, kerana selama ini tuan tanah tersebut membenarkannya tanahnya dijadikan laluan untuk keluar masuk ke rumah mereka. Andaikata dipagarnya, maka nescaya, tidak ada laluan lagi...mana nak lalu memandangkan tanah mereka ditengah2 antara tanah orang lain. Namun tuan tanah tidaklah sekejam itu. Tpi bila property tuan tanah dicabuli...ini boleh menimbulkan kemarahan..!!!

Itu yang menyebabkan tuan tanah yang datang pada hari sabtu itu, membuat laporan polis...risau gak, kekalau nanti emak saya yang tinggal keseorangan diapa-apakan.

Selain dari itu beliau dan peguam beliau bercadang untuk membersihkan kembali perigi tersebut...(uuhh..nak keluarkan tanah 3 lori yang ditimbus ke dalam perigi itu????) dan menjadikan perigi itu sebagai bahan sejarah yang diiktiraf.

Saya mengharapkan agar isu ini tidak akan memutuskan silaturrahim antara sesama kami, dan melahirkan permusuhan berpanjangan kelak. Ketika kecil dahulu, isterinya adalah teman sepermainan saya.. mereka lah yang menumpangkan saya di rumah, dan membawa bersama ketika berjalan, berkelah, memandangkan saya dari kecil tiada berayah. Peliharalah ukhuwah antara kami ya Allah...aamin... itu antara doa yang saya pohonkan sewaktu berdiri di hadapan Kaabah tempoh hari. jangan sebabkan perigi, permusuhan tercipta.

Moral of the story;

1. Hendak berbuat sesuatu, mintalah izin dari yang berhak ke atasnya. Perbincangan dan pandangan dari orang lain perlu diambilkira.

2. Kita perlu peka dengan tinggalan sejarah nenek moyang kita.

3. Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang berjasa kepada kita. Tak balas tak apa.   Tapi jangan sekali-kali menyakiti hati mereka.



Sekian.


5 comments:

kakpah said...

dah kono kambuih dah cik.. alahai. Pueh la nak ngeluarkan balik.

Itu lah de kan.. Goma bona buek sesuatu tak bincang dulu. Kalau bawak bincang kan sonang. Sayang tu kalau dah jadi satu peninggalan. Buek yo ponutup. Kok tak pun paga koliling e tu. Kok tak pun paga torus tanah tu tak yah masuk.
Ha.. memang jadi kontroversi.

lupekanje said...

Kak Pah,
acik hanya mengharapkan hikmah di sebalik semua kejadian ini kak Pah. meh sesamo tulun doakan.

Kak Nora said...

Wah panjang kisah acik kali ini. Perigi di rumah akak yang digali masa melaka kemarau dulu, sekarang sedang dibaik pulih untuk kenangan dan kegunaan harian.

Husna said...

Salam... Nek Chah, selamat kembali dr mengerjakan umrah. Mana ole2 dr Mekah utk kami? Lg 1 saya tingin nk mkn buah nam2 la Nek Chah oi. Huhuhuhu

lupekanje said...

kak nora,
tgk..orang smua nak baikpulih prigi kalu ada kat rumah...tpi hamba Allah tu pegi timbus lak kan kak..
sosak2 tak do air, bulih gak guna smula..

Husna,
Syukran.. mano la nk carik buah nnm tu..kat utara ado kot..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-