Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Selamat Tinggal Temanku

Pilu bila teman seperjuangan jadi begini:






Si Girl Next door ni sibuk kata tk langgar tiang...ato tiang tk langgar dia.  Tapi cer citer mana datang tanda bulat cantik cam masuk dalam acuan eh tu...
Ye..kemalangan yang telah meragut nyawa kereta cari makan ku ini telah jadi cam tin biskut setelah berlaku kemalangan di satu tempat di Putrajaya.  Bukan..bukan acik yg drive...tpi anak dara acik.  Diorg Ok...sihat...cuma sikit cedera kat penumpang, si Hazirah yg degil tk reti nk pakai talipinggang keselamatan tu. Alhamdulillah..
 Marah??  taaakkk..tak marah....syukur... sbb tak ada nyawa yg hilang...dan cedera teruk...

Sunday, March 18, 2012

Saranan untuk penunggang basikal (sukan)

bahayalah sukan bebasikal ni. Selalu jugak dah jdi kemalangan jalanraya..kena pikirkan cara2 elakkan kemalangan giini dri terus belaku. Misalnya, pakai helmet motosikal...errr..atau sediakan laluan utk mereka..

Berita terkini keluar di akhbar online tadi...

Pelumba basikal, Rafizi Hamdan, maut dilanggar


2012/03/18

KUALA LUMPUR: Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa. ,,seterusnya baca kat link tu.


Kantoi kan... mana mau lari.  Mesti pemandu kereta tu gabra, takut nk berhenti, nnt kena belasah dengan penduduk kat situ...mungkin dia gi buat polis kat memana balai kann...sangka baik la kita.  Dengarnya pemandu tu seorang lelaki melayu...wallahualam. Moga sesama kita ambil iktibar.


Photo dapat dari rakan FB..

Alfatihah buat Allahyarham..moga diampunkn segala dosa dan dimasukkan ke dalam golongan orang2 yg beriman,

Dan untuk yang nak berbasikal, berhati-hatilah...kalu cam diorg ni, memang bahaya.  Kalu sekali tu, datang kereta dgn lajunya, lenyek, ngucap pun tk sempat...nauzubillah..
Kawan2 waktu berbasikal di Sabak Bernam

berbasikal tepi pantai pun kena hati2.  Nanti terjun pulak dlm laut tu..hehe


Saturday, March 26, 2011

Di Pondok Kecil

Mungkin entry kali ini menceritakan sesuatu yang dah lama berlaku....hmm...lama tk lama, baru gak lagi...

Masih ingat entry acik Minggu Melawat Baby

Acik keluarkan semula gambar ini..


Baby Adam Irfan...tarikh 11 Mac 2011 memberikan gelaran baru buatnya dan si ibu...dan adik yg bakal lahir.

Anak yatim, dan balu.

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Saiman bin Ahmad Basri.
Moga dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman, ashabul yamin...aamin.

Perginya seorang ayah dan suami kepada anak dan ibu ini...tanpa sebarang pesanan, dan tidak diduga.  Pagi yang menyaksikan kemalangan berdarah itu...tidak menyimpan sebarang belas kasihan buat 2 anak beranak ini..dan yang masih belum mengenal dunia, dalam kandungan siisteri.

Takdir Tuhan mengatasi segalanya.  Allah lebih menyayanginya. Takziah untuk Puan Ila dan Adam Irfan.
Adam, akan menjadi anak yang tabah untuk survive dalam dunia penuh dugaan ini...walaupun tanpa ayah.  Moga anak ini akan dapat menjaga ibu dan adiknya sebaik mungkin pabila dewasa kelak...InsyaAllah.

Puan Ila, akan kuat jiwa mengharungi hari-hari tanpa kehadiran insan bernama suami...mendidik anak dengan baik dan sesempurna yang boleh, walaupun tanpa ayah. Puan Ilah boleh!!...Acik yakin, ia seorang yang memang tabah.  Moga Allah mudahkan penghidupannya...dan jauhkan dari kedukaan...andai ada jua kedukaan, itu adalah asam garam dalam penghidupan, menambah kekuatan diri dalam menghadapi ujian yang lebih berat di hadapan sana.

Ingatlah, suami, anak, keluarga, dan mereka yang kita sayangi dan harta dunia, adalah antara alat, wasilah untuk kita ke sana... mereka boleh membawa kita ke syurga, mereka juga boleh menerjunkan kita ke neraka.  Nauzubillahiminzalik. 

Ingatan buat semua... sentiasa bersedia, kerana dalam hidup ini, kita tetap akan mengalami peristiwa kehilangan mereka yang kita sayang...atau mereka yang akan kehilangan kita.  Kematian itu pasti. Kerana setiap pertemuan akan di akhir dengan perpisahan. Perbanyakkan bekal kita untuk menghadapi kematian ...perbanyakkan doa dan amal jariah kita buat mereka yang telah pergi dahulu yang kita kata kita sayang.  

Pada yang masih memiliki insan yang disayangi, pelihara, sayangilah, taatilah, sementara masih mereka masih kita pinjam dari Allah.  Jangan takbur atau leka dengan kehadiran mereka...kerana bila-bila masa, Allah akan ambil semula pinjamanNya itu. Bina lah kekuatan dalam diri kalian masing-masing...dengan mengambil iktibar pada yang telah melaluinya.


La Tahzan....janganlah dikau bersedih wahai hati, dik kerana kehilangan itu. Sebaliknya, perkuatkan imanmu, pertingkatkan takwamu, demi kehidupan kekal kita di sana. Dunia ini hanya persinggahan.  Persinggahan yang tidak lama.  Kelmarin, mereka yang kita sayang dijemput, entah esok lusa akan tiba masa kita.  Katakan pada mereka, kalian pergilah dahulu, aku akan datang mengikut apakala dijemput Allah kelak..

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi setiap ujianMu.



Monday, July 19, 2010

Ke alam barzakh


Hari Sabtu, 17hb Julai.. acik mendapat berita perginya dua wargaemas ..orang kampung acik dalam kemalangan jalanraya..Pasangan yang bahgia..di dunia dan di akherat bersama hendaknya. Kedua-duanya amat disayangi di kampung acik. Selalu ada dalam majlis apapun yg dianjurkan di kampung (tk macam acik..!) Senang membuat kerja2 kebajikan. Sentiasa membantu apabila diperlukan...berita tentang kemalangan di sini.

Kemudian hari ini acik mendengar berita pemergian sahabat blogger kita, Raden Galoh  yang selama ini begitu tabah menghadapi serangan barah. Moga roh mereka dirahmati dan diampuni Ilahi. Moga mereka tenang di sana.

Satu bacaan yg kawan acik ajar bila lalu di kuburan..
Antum musaabikun...ana la hikun..
kalian pergilah dulu..aku akan menyusul kemudian..

err..betul ke maknanya tuh? Itu yang kawan acik tu ajar..dan masih acik amalkan. untuk ingatkan diri...bahawa kita akan tetap mengikut mereka yang telah pergi itu.

Al-fatihah.


Tuesday, December 30, 2008

Kematian itu...

Bukan nak cerita tentang cerita histeria...tentang citer hantu atau jin. Tapi nak kongsi berita kematian ngeri hari ini. Pagi ini, acik seperti biasa, ceria dan cergas masuk ke pejabat. Punch card..ehh..lewat sikit...sbb ingatkan hari ni coti..

Selepas bancuh air, minum seteguk dua, acik memulakan tugas hari ini dengan merancang satu projek besar bersama bos acik, puan Lin, ato lebih suka dipanggey Lyn jer.. Sedang kami rancak merancang berbincang smbil makan kacang... tiba2 acik terdengar nada dering tipon acik yang membawakan lagu pimp...berbunyi dengan lantangnya memecah kesunyian pagi itu. acik jawab, lalu terdengar suara yang amat acik kenali, suara Busu, adik ipar acik yg bunyinya amat cemas dan pilu, menyampaikan berita kemalangan kakaknya bersama anak perempuan ketiganya.

Anaknya meninggal di tempat kejadian, sementara si ibu, cedera parah. Lalu acik ucapkan, Innalillahi wainnailaihi rojiuuuunn..
Lyn suruh acik cuti pegi ziarah mangsa dan keluarga mangsa...lalu acik berdesuppp mengemas dan bergerak pergi. Sempat acik telefon emak acik, mengajak pergi sama ikut melawat jenazah.

Sungguh tk percaya, acik memandu dari putrajaya hingga ke tol pedas Linggi dalam tempoh 30-35 minit... Alhamdulillah selamat kali ni...selamat dari kecelakaan dan selamat dari speed trap.. Masuk kat tol pedas linggi, gi balik kampung jap ambil mak acik, zirah yang dah ekspot kat sana tuh, dan sorang mak sedara ikut sama.

Kemudian bedesup lagi pandu keter ke arah Tampin. Kali ni mandu penuh kesopanan dan kesusilaan. Sebab bawak orang tua ye kakak2 dan anak2.... Sampai di hospital Tampin, acik dapati ramai saudara mara berhimpun lalu bertemulah acik dengan mereka. Ada tu yang mang dah lama tk jumpa acik, ye lah...semenjak arwah meninggal dunia 6 tahun yang lepas. nampaknya, sekali lagi, acik mengunjungi tempat yang sama, di mana dulu arwah di letakkan dan di uruskan sebelum disemadikan di tanah perkuburan.

Hmmm..acik terlambat rupanya... Kak Lang, panggilan utk kakak ipar acik tu...telah juga menghembuskan nafas terakhir di samping anak perempuannya. Ingatkan sempat bertemu setelah banyak tahun acik tk berjumpa dengan arwah...salah saper?? aciiikkk la salah...sbb malas nk gi jumpa dia.... dan ipar2 yg lain, melainkan kak long dan busu je...tu pun kalu raya...sesekali..huhu Bagaimana kejadian berlaku?? Ini version cerita yang acik dengar dari Izan, anak buah acik yg disayangi...

Pagi itu, Kak Lang dan anaknya itu keluar, menaiki motor mahu membeli sayur mayur, untuk persiapan jualan mereka. Mereka berniaga...kedai makan di Kendong... ala..tempat banyak jual lemang kat Tampin tuh... Agaknya mereka berhenti seketika di tepi jalan di hadapan kedai2 yang ada di situ...tepi jalan ye..bukan tengah jalan.. mungkin nak menyeberang ke...atau apa ke...hanya arwah yang tahu.

Tiba-tiba, dari kejauhan kelihatan sebuah lori treller panjang datang dengan lajunya...(mesti la lajukan...) ..jalan tu lurus...cuma, depan sikit tuh, ada simpang nk ke Tol highway Alor Gajah /Tampin... Entah macamana, sebuah kereta proton iswara agaknya, menghalang perjalanan lori tersebut, (agaknya kereta tu dari mana tah....mungkin dari simpang??? hanya Tuhan dan saksi kejadian yang tahu.,..dan drebar lori tu mesti tau..)

Pemandu lori mahu mengelak dari melanggar kereta, lalu melanggar dua insan yang tidak bersalah itu..... huhuhu... kalian bayangkanlah...sebuah lori treller yang punya tayar bukan 4, bukan 5 bukan 6... melenyek 2 insan yang lemah itu, menyeret tubuh kerdil mereka hingga beberapa meter ke hadapan dan terhenti apabila melanggar tiang..aper tah.. atau tembok somthingla...sebab muncung lori itu dikatakan remuk....aaaaargghh.....acik tak dapat bayangkan sehinggalah acik lihat sendiri keadaan mayat2 mereka. ...sadissss... Itu yang Izan ceritakan...bab langgar tiang tu, acik ubah kot..sbb tk ingat dah. Dik da, atau nama penuhnya Norlida, sebaya dengan zirah...sedang menunggu keputusan SPM.

Seorang anak yang rajin dan menjadi harapan ibu dan ayahnya...sentiasa membantu ibunya berniaga di kedai selain dari 3 lagi adik beradik perempuan (sahaja) yang lain. Kak Lang..seorang isteri yang rajin dan tabah dengan pelbagai ujian hidup, sepanjang penghidupannya, memerah keringat mencari rezeki menanggung keluarga memandangkan suami tidak ada pendapatan tetap. Mungkin ada antara kalian yang pernah berhenti menjamu selera di Kendong, di warung kecilnya...acik dgn arwah suami dulu mang salu lepak kat kedai makan dia nih... arwah suami acik sayang sangat kakak-kakak dia....dan sangat ambil berat tentang anak2nya..

Lama kami menunggu untuk melihat jenazah. Kata mereka, mayat hancur bak daging kisar...huhu...acik bayangkan daging kisar Ramly Burger... ohhh tidakk!! Pembantu forensic keluar, mengatakan lambat lagi...mereka mahu menjahit cebisan daging mayat, terutama mayat Dik Da. Kata Izan, kepalanya ibarat tempurung kelapa yang pecah...otaknya bersepai di atas jalan..tubuhnya hancur.... aaaahhh...menderitanya jasad itu.

Ada sekumpulan jururawat pelatih yang masuk mahu mengkaji mayat...ketika mereka keluar, ada yang tampak mahu termuntah...tentu dahsyat sekali keadaan mayat2 itu...itu sebelum mayat disambung2 dan dijahit..tak dapat, dan tk hendaklah acik bayangkan. Kemudian akhirnya, saat yang kami nanti2kan pun tiba. Kami dibenarkan masuk ke bilik mayat. Acik dengan keyakinan yang padu, bahawa acik tidak akan takut..tidak akan muntah dan tidak akan rasa apa2, melangkah masuk menuju ke arah mayat2 itu...tapi aper yang jadi???

Acik rasa donia bergoyangg.....rasa nak pitam, bila melihat keadaan mayat. Luluh rasa hati kami yang melihat..apa lagilah yang si suami rasakan, si anak yg tinggal rintihkan. Wajah mereka cuba dibaiki sebaik mungkin, penuh jahitan. Tentu mereka sakit waktu tubuh mereka dijahit begitu...sedangkan kalau memandikan mayatpun, kita diminta perlahan2 kerana setiap sentuhan kita terasa amat pedihnya pada jasad yang baru ditarik nyawanya itu...pedih tarikan nyawa itu masih belum hilang...apa lagilah ketika tubuh di jahit.. ditusuk jarumm...uuuuhh....kasihannnn jasad itu... Al Fatihah..

Wajah yang dulu senyum menyambut kedatangan acik, kini ..... kaku... kembang...tidak lagi bulat kepalanya..kerana telah dihimpit tayar lori berkali2.... bibir sumbing dijahit hanya cukup syarat meletakkannya ditempatnya semula. Mata yg pecah tertutup rapat... kaki tangan yg hancur dijahit juga... Alhamdulillah..masih ada rupa jasad manusia... tidaklah seperti daging kisar yang mereka ceritakan. Cuma otak memang hancur, bercampur batu...yang terpaksa pekerja hospital membersihkan memilih buang batu2 itu..
Semoga roh kedua mereka akan dirahmati Allah, akan mendapat pengampunan Allah, akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang selamat dari siksaan api neraka, akan dijauhkan dari siksaan kubur....aaamin. Dari penceritaan acik tadi? dapat kalian bayangkan...bagaimana acik boleh rasa nak pitam??? Iktibar peristiwa hari ini...
  • Sentiasalah kita mengingati mati, kerana malaikatul maut itu datang tanpa membuat temujanji.
  • Banyakkan berbuat amal ibadat, kerana hanya itu bekalan kita ke akherat kelak.
  • Jauhkanlah segala larangan Allah, kerana itu akan mengheret kita ke dalam unggun api neraka.
  • Sentiasalah bertaubat...taubat yang sesungguhnya taubat yang menyesali dosa2 yg telah kita lakukan. Kerana orang yang sempat bertaubat sebelum matinya, akan dikira seperti seorang yang baru lahir ke dunia, bersih tanpa dosa...sekiranya taubat itu diterima Tuhan.
  • Berdoalah, agar mati kita dalam Husnul Khotimah.... keadaan baik. Mati dalam beriman. Mati dalam keredhaan suami atau ibu bapa...mati tanpa berhutang... tanpa redho, tanpa penyelesaian hutang, urusan kita di akherat akan terhalang.
Banyak sungguh iktibar dari kematian ini. Tak mampu acik nak sebutkan di sini. Baca lah sendiri kitab2 agama yang menceritakan tentang mati. Acik memang suka cerita tentang mati. Maafkan acik ye. Kerana terlalu banyak peristiwa kematian yang telah acik alami..tetapi yang ini paling ngeri yg pernah acik saksikan.

Arwah ayah acik dulu pun mati kemalangan juga, tapi keadaan mayatnya sempurna... entahlah...bahagian masing2... Lepas dapat menatap wajah kedua mereka buat kali terakhir, acik balik. tak tunggu pun selesai kebumi kerana acik ada urusan dunia yang lain yang acik nak buat sebagai seorang yang masih bernyawa di muka bumi ini... mendaftarkan zirah di kelas memandu..langsung acik dah balik kampung nih...!! Yang penting acik dapat iktibar dari kematian ini.

Banyak iktibar.... Ada lagi satu kisah dicelah2 kematian ini... sebuah kisah yang pasti menjadi iktibar semua...seandainya terbuka hati kalian dengan cahaya hidayah Ilahi...maka pasti kalian akan insaf dan mengubah diri sekiranya perlu...esok pagi lah acik ceritakan...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...