Monday, September 1, 2008
Salam Ramadhan
Ramadhan telah menjengok kembali. Dan syukur Alhamdulillah, acik masih bernyawa untuk menikmati manfaat di bulan yang mulia ini.
Ramai yang menghantar sms ucapkan Selamat berpuasa, dengan pelbagai pantun pembuka kata..yang menghantar email.yang mohon maaf sblm menjalani ibadah puasa, tapi acik tahun ni, tah kenapa, tk begitu ghairah nk antar ucapan kt kenkawan lain. Tak macam tahun2 lepas. Tapi acik cuba gakla... cam tk ikhlas jer kan...hehe..
Kemarin, acik balik kampung. sementelahan, Zirah dan Yanie balik bercuti, balik la sesama menjengok emak kat sana tu. Rasa dah lama, sejak acik balik ngutip bebuah aritu. Buah da abis, acik tk balik dah..hehe.. tak de lah.. ujung bulan, pempahamla... sedang orang kekaya cam kakak acik pun salu kata tk ada duit nk balik...aper lagi la acik ni... yg kaya cakap je..
Tak ada apa yang menarik kat kampung kali ni... cuma, acik bawak emak acik gi lawat kubur suami mak acik (bapak tiri acik..) dan kubur nenek acik. Sian lak dia. Dah lama dia tk gi kubur katanya. Bebudak ni ikut gak sekali. Ampun, acik ngan anak2 tk prepare nk gi kubur, so pakaian kami not very proper la...pakai jeans gi kubur.. ahhh..yg penting niat kami.
Tiap kali gi kubur, acik suka nengok pelbagai model kubur yang ada. Ada yang dengan batu marmar yang cantik, tulisan khat yang menarik. Ada yang sederhana, ada yang penuh dengan batu-batu sungai.
Batu nisan pun camtu jugak. Masa arwah suami acik ninggal, baru acik tau beza bentuk batu nisan. Yang bulat untuk orang lelaki, yang leper untuk orang pempuan. Rasanya tu bukan sunnah nabi mahupun AlQuran. Rasanyalah...acik tk penah jumpa ayat Quran atau hadis yang suh buat centu...
Camtu gak dengan binaan2 atas kubur tu...rasanya, tak ada suruhan Al Quran dan Sunnah. Ini pandangan acik jer lah. Sesetengah orang, bina cecantik kat kubur sbb nk tunjuk yang mereka sayang kat orang tu. Atau nak tunjuk yang orang tu seorang yang berada, seorang yang berpengaruh semasa hidupnya.
Acik penah pegi ke tanah perkuburan di Putrajya. Kubur di sana sempoi. Tapi kemas dan terjaga. Termasuk kuburnya Allahyarhamah Datin Seri Endon. Last acik pegi, kalu tk silap, langsung tk ada binaan. Cuma longgokan tanah. Tak tau la sekarang ni.
Acik salu pesan kat anak2,
Sok sok, kalu umi mati, tk yah buat kubur cecantik. Umi nak kubur simple... ada batu nisan jer pun jadilah... siap tunjuk lagi kt diorang.
macam ni..!!
Atau macam ni....
Taknak yang macam ni....siap buat tempat duduk lagi tu. Katanya, stail orang Kolumpo....wat kubur siap ada tempat duduk buat orang yang datang melawat.
Tak salah, tengok...selesanya anak dara acik duk kt 'bangku' tuh...ntah kubur saper tah... pahala la kat orang yg buat tu. ok jugakkan, senang orang yang nk sedekah bacaan Al Quran duduk. Tak payah dah bawak tikar. Tapi tk payahla kot... nk nengok kuburpun nak selesa gak. Sok-sok, pasangla kipas ngan buat bumbung skali... blh orang dlm kubur tompang skali. Hehe..acik ni memain jer kan.. Ampun lagi.
Kenkadang acik mikir, naper adat kita buat memcam yang tak logik... ataupun acik yang tk cukup ilmu, tk tau sebab2nya. Macam adat menjirus air mawar kat atas kubur. Naper tu? Ada ke Nabi suruh buat centu??? Adat menabur bunga atas kubur.... ada dalam Al Quran ke?? Acik tk cukup ilmu.... so, ikut logik akal jer la. Diorg tu siram air atas kubur, untuk apa? sejukkan orang dalam kubur?? Bagi minum orang dalam kubur??? Diorg tu boleh rasa sejuk ke?? Boleh dapat minum ke air tu??? Bu
nga tu.... kenapa ditabur atas kubur? Ahli kubur suka ke kalu ada bunga rampai dn memacam kat atas kubur diorg..?? Yang acik tau, kalu tanam pokok2 bunga, ada la faedahnya. Sbb tumbuh2an akan berzikir...(tk macam kita...salu lupa berzikirullah..) Dan kalu tujuan siram air tu utk kuatkan struktur tanah, then its ok..
Tidak ada yang dapat membantu kita yang di dalam kubur, kecuali amal jariah sewaktu hidup, Ilmu yang diamalkan, dan anak yang soleh.
Itulah perkara yang dapat menyejukkan orang di dalam kubur. Yang melapangkan mereka dari kesempitan.
Bukan binaan kubur yang beribu RM harganya. BUkan nisan yang bertulis tinta emas....
Kira dah banyak kali dah acik berwasiat kat anak2.... ingat, kubur umi tk payah lah buat cecantik. Ngkorang jadi anak yang soleh dan solehah, dah cukup...walau kat mana sekalipun umi kamu ditanam.... akan bahagia lah roh umi kamu nih...
hehe...ada yang takut pulak cerita pasal mati nih. Tak apa. Jangan takut. Sunat mengingati mati. Sebab mati itu datang tk dijangka.
------------------------------------------------------
Ni perkembangan ikan acik
Ni ibu2 ikan yang sedang sarat, menunggu hari nak beranak.
Ni anak ikan yang berusia lebih seminggu... dah besar kan..hehhe..
Acik dah tempah aquarium besar sikit untuk ikan2 ni...bia selesa sikit. Bukan apa. Acik rasa idup acik terisi bila duk sensorang kat rumah. Seronok nk balik umah cepat, nak tgk perkembangan ikan2 nih. Tdi acik pasang lampu, nampak ikan2 tu tidur..... ikan pun reti tidur rupanya.... acik ni tk reti nak tidur2 lagi.... oklah... nk tidur...jap gi nk bangun kejut anak dara 2 org tu bangun sahor pulak... mesti liat nak bangun nanti tuh...
Selamat berpuasa untuk semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
Salam Ramadhan Cik..
ReplyDeleteTengok gambar Acik dalam N3 ni..teringat pusara arwah ayah abah di Ulu Yam..Nampak gayanya tak dapatlah abah sekeluarga menziarah pusara arwah tahun ni...
Selamat berpuasa kepada Acik sekeluarga ya..
slamat bepuasa gak pd abah, ain, najwa, ayeip dan affif di Liverpool.
ReplyDeleteTak apa tk dpt ziarah...baca yassin/Al Quran dan doa dari jauh, sama aje...sampai juga ke arwah...walau di mana kita berada.
salam ziarah..ahaksss!
ReplyDeletejumpa melalui blog abahnajwa!
selamat posa. Nak tanya, ikan apa tu?
salam acik..
ReplyDeletesalam ramadhan.mati itu pasti..adi kita juga wajib mengingati mati.
ingat kubur,ingat mati.he he
Cikgooden,
ReplyDeletethx for stop by. Ikan guppy tuh...tk sabar tgu ikan tu besar. 4-5 bulan lagi mesti cantik...:)
Irfa,
yup...salu bila bangun tdo, cakap kt diri...ehh...idup lagi aku ropernya... dan ucaplah, Alhamdulillah..
acik,selamat berpuasa jugak tuk acik ya...nanti raya singgah umah k!
ReplyDeleteyo..mama..insyAllah..
ReplyDelete