Thursday, September 4, 2008

Sedikit perkongsian

Saya merujuk kepada satu kuliah agama yang disampaikan oleh seorang ulama' yang dihormati berasal dari negeri Pahang Darul Makmur...yang telah lebih sepuluh tahun meninggal dunia...namun ilmu yang disampaikannya adalah tinggalannya yang memberi panduan hidup kepada pelajar2nya. Ini adalah sedutan sebahagian dari isi kuliah Tauhid yang beliau sampaikan: Mari kita perhatikan perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman iaitu lafaz kata-kata kita yang boleh menyebabkan kita jatuh kafir, murtad atau syirik. Sebelum in tadi kita telah bentangkan 4 jenis perbuatan yang boleh blh. menyebabkan kita kafir, murtad atau syirik. Adapun perkataan yang blh menjadikan kita seperti yang disebut di atas tadi adalah banyak sekali. Oleh itu kita perlu faham dan perhatikan sungguh-sungguh persoalan ini kerana manalah tahu secara tidak sengaja kita boleh terkeluar perkataan-perkataan itu. Perkataan yang paling bahaya sekali, mengatakan bahawa Allah swt tu bersifat baharu seperti mana sifat makhluk..seperti Allah itu bertangan, bermuka, berkaki... Mengatakan alam ini qadim adalah juga perkataan yang boleh membawa kesyirikan, murtad dan kafir. Maksudnya, dengan mengatakan bahawa alam ini terjadi dengan semula jadi, tidak ada yang menjadikannya sedangkan alam sebenarnya sesuatu yang bersifat baharu, ada yang menjadikan dan yang juga boleh menghancurkan jika Penciptanya kehendaki. Menghalalkan yang haram, juga jatuh kafir, syirik atau murtad. Contohnya mengatakan zina itu halal tetapi ada orang kata tidak haram, maka syirik menjadi miliknya, sehinggalah ia bertaubat. Mendustakan nabi juga menyebabkan seseorang itu jatuh kafir, murtad dan syirik. Menyembah Nabi dan Rasul hukumnya kafir olhkerana Nabi dan Rasul adalah juga manusia dan makhluk ciptaan Tuhan. Tidak percaya kepada hari akherat juga kafir. Mendustakan kebenaran, seperti, yang benarnya, lelaki dan perempuan itu tidak boleh bergaul bebas, tetapi ia katakan tidak salah lelaki dan perempuan bergaul bebas, maka orang ini jatuh kafir/murtad/syirik. Melafazkan kalimah-kalimah kufur seperti..' aku ini tuhan'dan yang seumpama dengannya, maka ia jatuh kafir walaupun ia mengatakan bahawa lafaz itu hanya gurauan. Menyangkal ayat-ayat Al Quran juga adalah perkara yang boleh menyebabkan jatuh kafir seperti apabila seorang membacakan ayat Quran, kita katakan: ' ahhh..itu bukan ayat Quran...' Menambah kalimah di dalam ayat Al-Quran walaupun seperkataan atau satu huruf spt. ba atau ta. Meremehkan sunnah Nabi : Seperti, seorang mengatakan potong kuku adalah sunnah Nabi. Akan tetapi yang seorang lagi mengatakan 'Mana ada sunnah Nabi?:" Menyangkal ayat Al Quran: Misalnya Allah menyeru untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan, tetapi dia menolaknya kerana zaman moden ini mana boleh ikut Islam 100%, nanti tak majulah kita , tak membangunlah kita. ..maka orang yang berkata ini boleh jatuh syirik. mengharamkan yang halal seperti jualbeli dikatakan haram...maka jatuhlah syirik kepada orang yang berkata. Contoh lain seperti mengatakan sembahyang itu tidak wajib, dengan berkata: siapa mahu buat, buat...saper tak mahu buat pun boleh..tidak boleh paksa. Mengkafirkan seorang orang Islam yang lain adalah kafir juga. Orang yang mengucap 2 kalimah syahadat tidak boleh dikatakan kafir. yang mengata seorang Islam itu kafir adalah juga kafir. Orang yang menyokong mengatakan org lain itu kafir adalah juga kafir. Mempersendakan bacaan Bismillah misalnya, boleh jatuh kafir, misalnya sewaktu hendak minum arak, maka dibaca bismillah... Mempermainkan Tuhan...misalnya apabila seorang berkata, ' aku serahkan kedua orang tua aku di bawah jagaan Tuhan.' maka jawab seorang kawannya, 'Tuhan bukan boleh menjaga mereka'...maka ini akan jatuh syirik, murtad atau kafir. atau apabila seseorang kehilangan orang yang disayanginya, lalu ia berkata...'kenapalah Tuhan ambil nyawanya, kenapa tidak ambil nyawa aku sahaja....' maka jatuh kafir orang ini. Mengibaratkan perangai orang kafir lebih baik dari sesama Islam...seperti, 'perangai orang Yahudi pun lebih baik dari perangai kau...!!' atau...'orang Hindu pun lebih baik dari orang Islam'...atau...Ekonomi orang Nasrani lebih baik dari ekonomi orang Islam !' - jatuh kafirlah org yang berkata demikian. Tidak boleh memanggil orang lain (yang Islam) dengan panggilan orang kafir seperti 'dia tu Yahudi...'..-jatuh kafir jua. Oleh yang demikian, hati-hatilah kita dalam berkata-kata dan bertaubat meminta keampunan dari Ilahi selalu kerana banyak lagi perkara yang kita tidak tahu dan tidak sedar akan merosakkan iman kita tanpa kita sedari. Harap perbetulkan sekiranya ada kesilapan.

4 comments:

Abahnajwa said...

Acik...

Terima kasih atas info yang diberi sahabat acik tu...nanti abah bincang dengan Ain ya..dalam pada tu kalau abah nak mintak pandangan lagik boleh ya chik?

Ish..Nauzubillah..takutnya dengar bila kafir ni kan..mintak dijauhkan hendaknya..Amin

Irfa said...

salam acik cen..
tak sangka masuk blog acik dapat ilmu hari ni.tq.slmt berbuka

lupakanje said...

Salam Abahnajwa,
Tak kisah, klu kmi blh tulun, kmi tulun la..kami mang salu deal dgn cikgu yg kkdg buat hal dn yg kener amek tndkan tatatertib..esp yg bajar kt obersi, pehtu teruih tk nk balik..
kkdg g buru cecikgu yg tk byr utang masa kt obersi tuh. Bab utang mang pyh nk carik diorg..antr surat, tk dipedulikknnya.. kener gi jumpa sndiri..
Klu diambil tndakan ttatertib, maybe blh libatkan terhalang kenaikan pangkat atau aperjer yg patut dihukum diorg tuh..demi menjga nma baik perguruan.
******
kekadg kita yg krg ilmu, tk sgja mengkafirkn diri kita...tu yg kita takut..

Salam Irfa,
Sajer kuarkan balik artikel lama kt website acik..nk ingatkan diri sekali..ilmu ni camni lah...klu dh dpt, disimpan, besawangla kt webs tuh..olehitu, kener la kongsi2 ngan ong lain..untuk kita sesama ingat..sebab kita salu lupa.

Ayu said...

Salam Ziarah,
terima kasih atas info tersebut.. memang kene berhati2 dengan apa yang kite buat mahupun berkata-kata..

thanks Acik :)

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-