Saturday, June 7, 2008

BAHAGIA ITU TIDAK LAMA

Keruntuhan rumahtangga bukanlah sesuatu yang disukai Allah. Bergegar lah tiang arasy apabila ada Bani Adam yang melafazkan talaq. Boleh kah kita katakan itu Takdir TUhan??

Sebab dikatakan bahawa, ajal, jodoh, rezeki semua adalah ketentuan TUhan. Walau apapun, yang berlaku akan berlaku dengan keizinan Allah. Klu dah memang tidak diizinkan Allah, maka camner berusaha untuk berceraipun, tkkan jadik bercerai. Sebagaimana Tuhan tentukan jodoh, kalu bercinta cam nak rak sekalipun, kalu Tuhan dah kata bukan jodoh kita, maka ianya tidak akan jadi jodoh org yang bercinta tu.

Serupa cam rezeki, kuih yang sedap, klu dah sampai kat mulut kita sekalipun, kalu Tuhan katakan ianya bukan rezeki kita, ia boleh terjatuh, lantas terpijak...dan jadi lah ia, bukan rezeki kita. Bahagia atau derita bagaimanapun, kita yang cari. Carilah bahagia, jangan pula kita ke arah jalan yang mencari derita. Kekadang, untuk dapat bahagia, kita perlu menderita dahulu. Kita perlukan pengorbanan. Ertinya kita akan terkorban.


Tapi taukah kita, apa sebenarnya erti bahagia itu?? Berpuas hati dengan apa yang kita ada. Bersyukur dengan apa yang menimpa kita. Redha dengan ujian Tuhan. Maka kita akan rasa bahagia. hati tidak akan rasa terhimpit, stress, tensyen.

Bahagia adalah ketenangan. Carilah ketenangan, maka kita akan bahagia. Hanya hati yang tenang akan merasa bahagia. Hati yang tidak merungut dengan ujian Tuhan sahaja yang akan merasa bahagia. Hati yang redha dengan ketentuan Tuhan sahaja yang akan bahagia.

Silapnya manusia, selalu lupa yang hidup ini hanya sementara silapnya manusia, selalu lupa bahawa apa yang dimiliki di dunia ini bukan miliknya, tetapi hanya pinjaman Allah semata. silapnya manusia lagi, lupa bahawa semua yang dimiliki adalah wasilah, atau alat untuk mengumpulkan bekal ke akherat Silapnya manusia, lupa mengingati mati. Yang mana apabila kita mati, segala yang kita punya di dunia ini tidak memberi makna.

Tetapi apa yang kita lakukan di dunia sahajalah yang akan menemani kita di akherat kelak. Apabila berlaku sesuatu masalah, selalu yang berlaku, kita mencari salah orang lain, lalu kita lupa salah kita sendiri. Ibarat kuman di seberang laut kita nampak...tapi gajah depan mata kita tk nampak.

Dari itu, wahai diriku dan sahabatku...marilah kita muhasabah diri...membaiki kelemahan kita dan usahlah kita mencari salah orang lain. ..aku lah tu.. Dahlah..ini peringatan untuk aku sendiri. Kalu orang lain rasa dapat sesuatu darinya, maka amalkanlah...

Jangan sesekali memikirkan aku yang hanya pandai berkata-kata tanpa mengamalkannya...tapi fikirkanlah apa yang aku katakan ini. Aku sentiasa memikirkan, kenapa aku tetap bergelumang dosa, meskipun aku tahu banyak perkara yang sepatutnya dan yang tidak sepatutnya aku lakukan. Aku, adalah hamba Mu yang selalu terlupa.

1 comment:

  1. hanya org yg kurang waras (bhs pasar "org gila" ) jer sntiasa merasa bhagia. tp, jgn pulak kita pinggirkan mereka. sbnrnya, mereka rasa mcm tueh akibat tertekan dgn pelbagai mslh juga. byk cara lain untuk kita atasi stress.

    p/s : senyumlah selalu kerana dgn snyuman boleh menenangkan hati org yg sdg marah.

    My Name Is E,

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...