Sunday, June 15, 2008

Hari Bapa???

Salam untuk sesemua kaum yg bergelar 'bapa'. Wlupun aku dari kecik, tk der bapa, anak-anak aku pn tk ada bapa...(ada mcm tk der je...) Ingatlah, bahawa 'bapa' adalah gelaran dan pangkat yang amat berat tanggungjawabnya. 

Bapa yang tidak menjalankan kewajipan sebagai bapa, jgn harap nk sambut hari bapa. Yang menjalankan tgg jawab sebagai bapa...tk yahla tgu hari bapa...hari-hari kena sambut hari bapa. Bapa adalah ketua keluarga.

Bapa, amat banyak pengorbanannya...(tapi bukan bapa ayam, yg banyak bekorban untuk ayam-ayamnya...heheh) Aku rasa, anak aku tk tingatpn nk sambut hari bapa dgn bapak diorg. Bapa diorg tk penah pun ambik tahu pasal diorang, besar mana dah diorang, kejayaan diorang, kesusahan diorang, sakit pening diorang, bahkan tk penah saksikan mereka semakin meninggalkan usia belasan (teenagers) mereka.

 Bapa diorg mungkin ingatkan diorang..(ye la tu...) tapi tk amik inisiatip untuk mencari anak2nya, apalagi bertanyakan bagaimana mereka membesar. Takperlah....sebenarnya, bapak diorg ni tk yahla nak sambut hari bapak, sebab hari bapak tu, aku yang punya...setelah 21 tahun aku besarkan anak2 aku sendirian.....

Bapak diorg ni sama dengan bapak2 yang hanya tahu kawin sana sini, buat anak sana-sini...tpi tk reti yang memikul tanggungjawab. So, Selamat Hari Bapak dan Hari Ibu pada aku ... dan yang senasib dengan aku. 

Tabik spring buat bapak2 yg bebetul menjalankan tggjawab bersama menjaga dan mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna pada nusa dan bangsa.

3 comments:

  1. Selamat hari Bapa buat cennnnnnn!!!!!

    really admire cen kerana ketabahan dan perjuangan, Allah membalas semua tu, teruskan apa yg terbaik tu.. amboi tal leh tulis panjang lak, ada keje, stop dulu.

    ReplyDelete
  2. thx kteh..u all support me a lot.

    ReplyDelete
  3. jgn jdi mcm bapa kucen..mkn ank jantan sndri semata2x nk kurg kan pesaing..


    p/s : beza manusia & binatang adlh akal... =P

    My Name Is E,

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...