Sunday, June 1, 2008

JANTAN KABERET

Kasar bunyiknya kan... jantan atau lelaki kaberet. Mungkin...ehh..bukan mungkin, tapi tidak ada lelaki yang suka digelar jantan keberet/kaberet..(camner pun la ejaannya...) Sebagaimana tidak ada perempuan yang suka digelar perempuan keberet...walaupun memang mereka sebenarnya lelaki atau wanita kaberet. Istilah kaberet ni berasal dari perkataan Inggeris Cabaret.

Tempat menari....klu perempuan kabaret tu, pompuan yang stand by utk menari ngan lelaki2 yg nk bayar diorang la.... lelaki2 tu tk pulak dipanggil Lelaki kabaret ekkk..cam dalam cerita filem P.Ramlee. Yang jelas kat sini, biler sebut je pempuan kabaret...maknanya pompuan tu bukanla pempuan yang bebaik...utk adil.... lelaki kabaret juga adalah gelaran buat lelaki yang tk baik gak...sekian, definisi JANTAN KABARET.

Aku nak bicara tentang lelaki2 kabaret yang aku tau. Yang aku dengar ceritanya. Yang orang dok bagitau kat aku. Banyak sungguh rupanya kalu dihimpunkan lelaki kategori kabaret. Sama ramai gak dengan jumlah pompuan kabaret. Aku ni bukan nak bela pompuan atau lelaki. Aku nak bela orang yang teraniaya.

Sebagai sorang pompuan, tak semestinya aku akan membela pompuan jer. Kalu pompuan buat salah, aku akan benci sebenci-bencinya. Begitu jugak kalu lelaki yang buat salah...aku akan menyampah tahap Jin Aprit. Ishhh...panjang betui mukaddimah aku ni. Biler tah nak start citer nya. Lenkali lah... tetiber aku blurr. Sebab dah geram sangat.

Aku tk leh nulis kalau dah rasa marah sgt camnih...tunggu aku tetenang yer... sekian.

OK..aku sambung semula citer aku. Jumlah kes perceraian semakin meningkat. Kebanyakannya sbb nak kawin lain. Ader yang mang tk sedar diri...nk tambah bini. Nak kawin lain. Jarang la kita dengar perempuan yang tinggalkan suami sebab nak kawin lain. Yang selalu, suami ceraikan isteri sebab nak kawin lain.

Adakalanya sebab salah isteri, adakalanya salah suami. Tapi yang salu jadi, suami yang carik salah isteri untuk dijadikan alasan nak kawin lagi...atau nk ceraikan isteri. Walaupun salah isteri tu sebenarnya perkara biasa. sebab mana ada manusia yang perfect. Sesama maklumla kelemahan memasing.

Sib la pompuan ni tk diberi kuasa talak...klu tk..lagi ramai lagi lelaki yang duda sbb kener cerai ngan isteri yg rasa suami dia tk perfect. Sebelum kawin, sepatutnya memasing dah buat perjanjian, memasing cerita kelemahan dan kemmpuan memasing. Melainkan perkara yang berlaku kemudian...yg tk dapat nak kita ramalkan.

Contohnya cam tk dikurniakan anak. Itu adalah takdir. Kener lah sabar. Usahalah utk berubat. Tak pun ambil anak angkat....jangan nampak satu cara je....yakni...kawin lain. Kalu mampu tk per gak. Ni sengkek.. belanja pun dok mintak kat bini lagi...pehtu nk kawin lain...alasan nk zuriat. Boleh blah la orang-orang yang camgini.

Pengorbanan isteri terus dilupakn. Itu bagi yang alasan tk ada anak. Yang ada anak ni, lain pulak alasannya. 1001 macam alasan yang kita boleh dgr. kenkadang alasan bodoh jer. biler da tk dapat nk beri alasan, dengan berani, jantan2 kabaret ni kata...sbb dah jatuh cinta. Tak leh lupakan pompuan tu...

Kenkadang alasn tu cuma ciput jer...sepatutnya bleh dibawak bincang....sesama. Atau paham sesama. Macam alasan kerja...kena lah faham kalu isteri tu kener kerja siang malam...kesian la kat dia. Tolong suami carik rezeki. misalnya lah. Ada tu alasan sebab isteri dah gemuk. alasan isteri tk pandai masak. alasan isteri tk pandai layan. alasan isteri tk cantik. ...tk pun, lagi sakit hati, alasan pompuan tu lawa...tk leh nk lawan...tk ada tandingannya...berani bagi alasan centuh??? Entahlah.

Aku tk kisah dengan poligami. Tapi tak semua pompuan mampu berpoligami. So, toksahlah paksa mereka yang tk mampu tu supaya mampu gak....ini lah antara sebab yang membanyakkan kes penceraian. Kalu isteri mampu bertahan dengan karenah suami yang banyak sgt kekurangannya, naper tk suami pun sabar dengan kelemahan isteri?? Asik nak salahkan isteri.

Yang isteri, mana2 yg dah jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, tahniah. anda di uji, sbb Tuhan nak uji lah...sebab apa Tuhan nk uji??? ada lah hikmah di sebalik kejadian. Tapi bagi yang tak jalan kan tugas sebagai isteri dengan baik.....tak ziah...saper suh hangpa carik pasal.

 Selalu orang lelaki nk isteri jer sabar dengan karenah mereka...tapi ada tak mereka ajar diri mereka agar bersabar dengan karenah atau kekurangan isteri? Kalu memasing praktik kan ni.,...mesti kes penceraian akan berkurangan. Kalau suami beriman..tk akan ada masalah keretakan rumah tangga. Semua dapat di handle dengan baik. Tak payahla isteri susah payah bagi makan nasik kangkang sbb takut somi kawin lain, tak payah susah2 nak gi bomoh minta somi tk pandang pompuan lain.

Yang suami pulak, tk la sesibuk nak carik pompuan lain...sebab pompuan lain tu nanti akan ada kelemahan lain pulak...yg tk ada pada isteri sendiri. Yang lelaki tk tamak nk kawin reramai...sbb mencukupi dengan isteri yang ada. Rasa takut akan disiksa di akherat sbb tk jalankan tanggung jwab sebagai ketua keluarga dengan baik. Bukan senang kawin ni tau???? terutama bagi lelaki yang memikul tanggungjawab besar sebagai suami. Dosa anak bini, dia yang tanggung kalau tk dididik sebaiknya.

 Itu kalau yang didik...kalu yang tebalik...isteri pulak yg ajar dan ingtkan suami utk sembahyang...ape halnya...?? Jadi.....jgn kata tk penah jadik camtu. Dah camtu pun nak kawin lain.....huhhh...aku bantah habih2 lelaki yang camni. Konon, isteri tk pandai itu ini....cam la dia tu pandai semua...baca patihah pun tk betul...nk kawin reramai... nk beli boxer pun mintak duit kat bini....nk kawin baru konon...

Dah tu...ada yang bini bukanla main baik...siap makan minum pakai semua...percaya habih kat suami...taat pd suami...tk penah tinggi suara pada suami...tup tup kat bakang, suami main kayu tiga. patut ke....?? (main kayu tiga sama erti dengan berlaku curang...) lenkali mainla kayu empat. hahaha...dah aku merapu dah. Lain yang aku nak tulis...lain yg aku tekan nih...oklah...lenkali aku edit balik...

3 comments:

wana said...

Ialah sebagai wanita yang solehah kita nie banyak kena makan hati.........memanjang..sabar tapi kalau sampai tahap melampau dan selalu sangat kita mengalah kita akan dipijak2.............Jantan zaman sekarang terlalu banyak auta....mula2 baik semacam tapi bila dah dapat lamgsung xdihargai.....JANTAN

lupakanje said...

waaaaahh...wana marah tuh...
Nk dapat gelaran wanita solehah tu bukannya mudah ye..wanita solehah adalah wanita yang tahan diuji. Wanita yang tidak pernah diuji, camner nk dapat gelaran wanita solehah, mcm nk dapat title Dato', kener ada contribution to the community...kena la korban.

Dan jangan lupa gak, pihak lelaki akan tetap mencari salah wanita. Dan wanita akan cari salah lelaki. So, moral of the stori mori...kita buat keje kita...suami, berusaha jadi suami yang bertanggung jwab, bertimbangrasa, sabar dan redha dengan kelemahan isteri, penyayang dan prihatin dengan perasaan isteri.
Jadi isteri pun, kena berusaha jadi isteri yang bertanggungjawab, sabar dan redha dengan kelemahan suami, memahami dan bertimbangrasa dan tahu apa yang suami suka dan apa yang suami tk suka kita buat...

Dedua pihak kena sentiasa muhasabah diri dan sentiasa berusaha membaiki kelemahan diri...jangan sekali-kali mencari salah siapa...

Sentiasa ingat untuk mencari keredhaan Allah dalam apa juga yang kita lakukan. Nescaya kita akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan abadi.

my name is E said...

Dalam Al-Quran mmg dah ditentukan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Namun, di setiap kejadian itu ader lar hikmahnya. Mmg kita tak minta jdi yg tak baik. Tp, Tuhan nk uji sejauh maner keteguhan iman dan kesabaran kita. Kita pula hendaklah terima Qada' dan Qadar nya. Semuanya ketentuan. =P

p/s : mmg Tuhan sgja nk bgi kita dugaan & ujian spy kita sentiasa meminta bantuan dri-Nya. Bukankah kita dikategorikan sbgai golongan yg bertuah? Allah sygkan umat-Nya.

My Name Is E,

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-