Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Linggi ku 3

Setelah Tok Awaluddin membuat keputusan begitu, beliau bersama rombongannya pun mendarat masuk ke Rembau dan tinggal di sana beberapa lama. Berkemungkinan sewaktu itu, mereka tidakpun mengikut adat perpatih yang di amalkan oleh penduduk Rembau.

Hingga satu ketika, saudara Tok Awaluddin dari Riau, iaitu Daeng Kemboja, datang memujuk mereka pulang semula ke Riau.  Namun Tok Awaluddin tetap berkeras tidak akan pulang ke Riau (majuklah tu...) .. Oleh yang demikian, Tok Janggut itu (Daeng Kemboja), tak kuasa lah lagi memujuk orang merajuk itu.  Tetapi menasihatkan mereka membuka penempatan sendiri....toksah lah menumpang tempat orang .... gitu lah...memang dah termaktub dalam sumpah Tok Awaluddin tu dalam mesyuarat sebelum mendarat, untuk mencari penempatan yang sederhana sebagai tempat bermastautin. Dan untuk tidak akan mengikut Adat Pepatih. Tapi lebih kurang 23 tahun jugak mereka menetap di Rembau, sebelum berpindah ke Linggi.../ membuka Linggi. Lama jugak tu kan..klu pendatang haram tu, dah blh dpt status penduduk tetap lah...

Antara sebab mereka lama juga di Rembau, adalah mungkin kerana Tok Awal telah diminta menjadi Guru agama untuk Datuk Rembau dan keluarganya.  Sebab itulah Datuk Rembau itu tidak mengizinkan Tok Awal dan kelompok Bugisnya itu meninggalkan Rembau.

Setelah Linggi dibuka (ada riwayat mengatakan yang membuka Linggi adalah Tok Awaluddin) pada tahun 1783, dan secara rasminya semua orang Bugis di Rembau telah berhijrah ke Linggi sekitar tahun 1798. Riwayat lain pula mengatakan bahawa Lebai Dolman, anak Tok Srilah yang membuka Linggi. Satu kisah yang menarik juga,  mengatakan orang-orang Bugis dari Rembau itu menaiki perahu kulit belayar dari Luak Rembau, menuju ke Siliau.  Sampai di Siliau, tiada siapa yang setuju untuk dijadikan penempatan.

Kemudian terus belayar menghilir ke kuala Sg Pengkalan Kundang, dari situ, masuk menumpang belayar 7 pasang suami isteri. ni bulih panggil Boatpool lah ni...Kira macam besar jugak la ye perahu kulit tu....ato...ntah-ntah, diorg ni konvoi kot...naik perahu memasing????

Yang mula-mula jumpa tempat nak dibuat penempatan adalah Tok Sulong Mahmud dn isterinya..kat Kg Pengkalan Kundang tu lah... kata orang tetua Linggi, Pengkalan Kundang tu, Linggi lah...huhu...acik keliru... Perahu terus belayar ke hulu, lalu mereka bertemu lah pulak dengan Tok Suboh dan isteri yang berasal dari Sumatera, yang memang dah lama tinggal di situ. Maka turunlah pulak Tok Jenu dan Tok Ibrahim somi isteri, join sama itu Tok Suboh .

Yang lain teruskan belayar lagi,menghulu, hingga sampai ke satu lokasi di tebing sungai itu , Tok Kanda Ali dan isterinya pulak berkenan, lalu mereka turun dan menetap di situ, dinamakan tempat itu Kg Hilir....manakala Lebai Dolman pulak, next check point....turun besama isterinya, lalu membuka pulak kg Tengah..

Baki penumpang perahu itu meneruskan kayuh perahu kulit mereka menghulu lagi, hingga sampai la pulak ke destinasi Tok Haji Mohamad Kassim untuk turun dan membina penempatannya di situ, dinamakannya Kg. Hulu. Seterusnya, Tok Khatib Musa dan isteri pulak turun setelah berkenan dengan satu tapak lokasi untuk dijadikan penempatan mereka yang mereka namakan Kampung Telok Rumbia. Puas Acik tanyakan kat orang2 tua di mana letaknya ini kampung, tpi sorang pun tk tau... aparaaa...yang tau mesti yang dah pergi ke alam barzakh...yg hidup tak tau langsung hal dolu2...
Peta Linggi sekarang.... mikir...camner naik perahu, gi Siliau lak dulu dari Rembau (Perjalanan ditunjukkan dgn Line merah..) ...pehtu pusing balik ke arah Linggi, dan pusing balik ke arah utara menurunkan pesenjer satu, satu..tak takut boyer ke? huhu..

Acik suspek, Kg ni dedekat dengan Kg Tampin....yang mana, penumpang terakhir perahu kulit itu bertemu tempat yang layak untuk mereka membina penempatan...haruslah yang akhir ni yang mengayuh perahu tersebut kan... Tok Noh suami isteri..membuka pula Kg. Tampin/Tampin Linggi.. ada satu tempat lagi nama Tampin dalam negeri Sembilan ni...iaitu Tampin yang dokek Rombau tu...hehe..

Dah panjang cerita ni....nnt bepinau mata membaca.  Ok..kita break dulu.  Sambung di episod lain.  Harap2 episod akhir lah..letih memogang buku borek ni nk merujuk ha...

Acik nak kaitkan dengan persoalan, naper orang Linggi tak ikut adat pepatih. Dan nak ceritakan adat orang Linggi yang sebenar-benarnya. Melalut lak citer pasal pembukaaan Linggi. Wallahualam.

Sekian.


Thursday, March 17, 2011

Perigi Oh Perigi

Selepas cerita pasal kacang dan umrah, kita cerita pasal perigi pulak ye.

Sekali sepertua, tersebutlah al kisah, sebuah perigi tua di hadapan rumah kampung di mana saya (err..skema sikit entry ni..) membesar dulu.

Hari Sabtu aritu, saya balik ke kampung atas beberapa tujuan. Terutama untuk menjenguk emak yang dengarnya demam teruk gak, selepas pulang dari mengerjakan umrah. Selain dari itu, saya mendapat tahu cerita tentang kontroversi yang timbul disebabkan perigi tua ini. Tuan punya tanah di mana perigi ini terletak, akan datang untuk mengintai lokasi kejadian tersebut.

Ye, seperti yang disaksikan dalam photo ini, perigi itu telah ditimbus.  Adalah amat sayang sekali.  Sayang, seribu dan beribu2 kali sayang.







Alkisah, sewaktu saya kecil, sekitar tahun 1970an, perigi ini dikenali sebagai perigi buta. Saya dan kawan-kawan tk berani datang main ke situ.  Di sebelah perigi itu, ada sebatang pohon bidara, seperti orang kampung kami panggil, bersamaan dengan buah mata kucing.. dan sebatang pohon kundang, yang isinya tersangat manis.

Bila musim buah, pohon bidara ini akan mengeluarkan buah2 yang amat manis, hingga naik mabuk saya memakannya. Hanya dik sebab pohon2 ini lah, maka saya hampiri juga perigi ini. Selain dari itu, tidak lupa juga, ada 2 batang pohon durian, dan 3 batang pohon manggis ketika itu (Sekrang, pokok manggis masih ada, cuma durian je dah reput ditelan zaman..).

Percayalah, bahawa masa kekecik tu, saya sangat berani, mencari durian dalam subuh gelap, pukul 1-2 pagi. (berani ekkk? hehhe..) ..pantang dengar bunyik durian gugur, saya akan keluar sorang diri, bersama lampu suluh ala-ala penyiasat seperti dalam novel-novel Enid Blyton.  Sangat terpengaruh dengan watak-watak dalam novel tersebut ketika itu OK !!.

Ular ke...kala jengking ke...atau apa2 pun, tidak menghalang saya susup sasap dalam semak di sekitar perigi itu mencari durian. Alhamdulillah, tk pernah jumpa pun ular sepanjang karier saya sebagai pencari durian itu.

Kembali pada cerita perigi.... ada juga sebatang pokok 'nanam' berhampiran perigi tersebut.  Sering orang-orang tua, menakutkan kami yg kanak-kanak ketika tu, dengan mengatakan bahawa pohon tersebut berhantu....huhu..sebagaimana juga perigi itu dikatakan berpenunggu.
Buah nanam - ambil dari Gugel

Kisah perigi ini telah beberapa kali menjadi tajuk perbualan di kalangan jiran tetangga yg merupakn juga saudara mara saya. Dulu, kalau tak silap, perigi ini pernah jadi tempat buangan sampah. Saya pun pnah kot buang sampah kat situ...err...entah.  Tak ingat. Tapi kemudian saya dengar sorang mak saudara sepupu saya telah mengambil inisiatif, membersihkan dan membaikpulihkan kembali perigi itu dengan kos yang besar. Airnya masih ada. Ia dipagar dan ditutup rapi. Masa tu, saya dah dewasa.  Dah berkeluarga dan keluar dari kampung.

Kemudian perigi itu kembali terbiar. Tak pernah pun menarik perhatian sesiapa.Pokok Bidara dan Kundang pun telah ditebang tanpa izin tuan tanah...amat sayang sekali.

Cuma baru-baru ini, apabila seekor kambing kepunyaan anak menantu mak saudara sepupu (telah meninggal dunia) saya itu telah terjatuh dan mati di dalamnya, isu perigi ini menjadi kontroversi.

Pulangnya emak saya dri berumrah, dia amat terkejut bila mendapat tahu anak menantu mak sedara itu telah membuat keputusan menimbus perigi tersebut...dengan alasan, takut anak2nya pula terjatuh ke dalam perigi tersebut nant. Sudah ! berlaku pertelingkahan dik kerana perigi pulak.

Tapi kalau difikirkan, memang tidak patut keputusan demikian dibuat...banyak cara lain bulih dilakukan seperti memagar dan membuat penutup perigi.. kann..!!

Perigi itu telah ujud, sebelum mak saudara saya yang berusia lebih 80 tahun itu lahir lagi. Ertinya, berkemungkinan usia perigi tersebut melebihi 100 tahun, dan ia merupakan satu bahan sejarah yang perlu dipelihara. Saya rasa, perigi ini mungkin menjadi saksi ketika kampung saya ini dibuka dahulu yang mana mengikut sejarah, ianya dibuka oleh keturunan anak raja Bugis yang merantau ke Tanah Melayu. (ada juga tulisan mengatakan kampung Linggi telah dibuka sebelum kedatangan Bugis lagi ! Cuma ketika itu ia belum dimajukan sehinggalah kedatangan orang-orang Bugis .)

Dari keturunan ini lah maka lahirnya saya dan penduduk asal kampung saya, iaitu Kampung Linggi yang sebenarnya amat berperanan dalam perkembangan perdagangan di tanah melayu suatu ketika dahulu di mana ramai pedagang-pedagang asing masuk berdagang melalui pelabuhan di Sg. Linggi itu sekitar tahun 1770an.

Saya minat sejarah, cuma bab ingat tarikh ni, saya lemah sikit. Sebab tu, kalau ada cerita2 sejarah, saya sentiasa ikuti. Terjumpa pula sebuat artikel yang ditulis untuk tujuan kajian pengajian seorang anak jati  Linggi di sini. Kalau rajin, baca lah...tapi kesahihan maklumat di situ, diragui.  Maklumlah, tulisan untuk mendapat markah assignment kan. Namun sumbernya dari orang-orang tua yang semuanya dah meninggal dunia dah pun ketika ini. Saya agak keliru bila penulis mengatakan orang Bugis di Linggi mengamalkan adat Temenggong.. kerana pernah saya baca di satu blog yg ditulis juga oleh anak Linggi jati,

Sistem kemasyarakatan Linggi tidak mengamalkan sistem keturunan berdasarkan nasab ibu sebagaimana Adat Perpatih tetapi sistem yang menekankan kepada nasab bapa. Sistem ini dikenali sebagai muafakat bil kitab wassunati qabulatan minat ustaz ilamanati atau Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan.


Saya lebih menerima fakta ini dari fakta lain tentang adat di kampung saya. Tentang bahasa, memang saya bersetuju, kerana penduduk di kampung saya tidak menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan.  Mungkin benar, kami menggunakan bahasa Melayu-Riau.

Ok..kembali kepada cerita perigi tadi. Saya menyebut berkaitan sejarah kampung ini kerana mahu mengaitkan dengan perigi tersebut.  Kita perlu menghargai kesan sejarah yang ada dipersekitaran kita.  Seperkara lagi, kita perlu menghormati hak orang lain untuk membuat sesuatu keputusan.

Bagaimana boleh sesuka hati menceroboh tanah orang lain lalu mengubah apa yang ada di situ tanpa kebenaran tuanpunya tanah.  Saya menyetujui emak saya dalam hal ini, yang membantah keputusan pihak yang menimbus perigi tersebut, kerana beliau telah diamanahkan menjaga tanah saudara tersebut.

Bila difikirkan, pihak itu sungguh tidak mengenang budi, kerana selama ini tuan tanah tersebut membenarkannya tanahnya dijadikan laluan untuk keluar masuk ke rumah mereka. Andaikata dipagarnya, maka nescaya, tidak ada laluan lagi...mana nak lalu memandangkan tanah mereka ditengah2 antara tanah orang lain. Namun tuan tanah tidaklah sekejam itu. Tpi bila property tuan tanah dicabuli...ini boleh menimbulkan kemarahan..!!!

Itu yang menyebabkan tuan tanah yang datang pada hari sabtu itu, membuat laporan polis..

Selain dari itu beliau dan peguam beliau bercadang untuk membersihkan kembali perigi tersebut...(uuhh..nak keluarkan tanah 3 lori yang ditimbus ke dalam perigi itu????) dan menjadikan perigi itu sebagai bahan sejarah yang diiktiraf.

Saya mengharapkan agar isu ini tidak akan memutuskan silaturrahim antara sesama kami, dan melahirkan permusuhan berpanjangan kelak. Ketika kecil dahulu, isterinya adalah teman sepermainan saya.. mereka lah yang menumpangkan saya di rumah, dan membawa bersama ketika berjalan, berkelah, memandangkan saya dari kecil tiada berayah. Peliharalah ukhuwah antara kami ya Allah...aamin... itu antara doa yang saya pohonkan sewaktu berdiri di hadapan Kaabah tempoh hari. jangan sebabkan perigi, permusuhan tercipta.

Moral of the story;

1. Hendak berbuat sesuatu, mintalah izin dari yang berhak ke atasnya. Perbincangan dan pandangan dari orang lain perlu diambilkira.

2. Kita perlu peka dengan tinggalan sejarah nenek moyang kita.

3. Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang berjasa kepada kita. Tak balas tak apa.   Tapi jangan sekali-kali menyakiti hati mereka.



Sekian.


Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...