Wednesday, January 7, 2009

Tazkirah 10 muharam

Sebelum acik gi mandikan ikan guppy acik ni, acik nak presentkan kt sesaper yg rajin membaca salah satu antara banyak email yg acik terima yg boleh mengetuk pintu hati kita bersama sempena 10 Muharam yang mulia ni..



moga kita dpt sesuatu..terutama diri acik sendiri yang terlalu banyak kelemahan...kener sering mengingatkan diri dan diingatkan org lain juga.. walaupun tk ada kaitan dengan tarikh 10 Muharam, kita kaitkan jugaklah....tak pedulik....sbb dah banyak posting tentang 10 muaharam yang kawan2 kita buatkan..kalau dah penah bacapun, baca la lagi..tk rugi...sebab kita selalu lupa.

APA ITU KESEMPURNAAN?
Kesempurnaan sesuatu yang abstrak, timbalbalik, jajahanpakainya terlalu meluas pelusuk maksud. Sebab itu, kesempurnaan itu bermula dari diri empunya.

Mencari atau di carikan. Semua bermula dari diri sendiri…Kalau kita mahu mencari kesempurnaan, cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain. Kesempurnaan milik mutlak Rabbul Izzat.

Diwarisi kepada hambaNya yang berTuhan. Tidak kira wanita atau lelaki. Kepada lelaki, dalam mencari kesempurnaanmu, terhadap pasanganmu, luruskan wanitamu dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia. Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Rabb tetapi di situlah kasih sayang Rabb. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya
Sekian.

12 comments:

en_me said...

hi akak ittewww.. lupekanje?

sya said...

Sya pun ada dpt email ni... ada kawan rajin menghantar

sabiqahAnuar said...

emm pesan-memesan sesama kita...bagus kak..hehe selamat hari as-syura =), kat cni xde sape nk wat bubur syura cam kat kg..emmm

Ungku Nor said...

stended la tu cik..

carik bakal suri mang nak yang line ustazah je manjang.

mungkin org laki ni pikir, senang kalo dapat bini ustazah.
dah pandai selok-belok agama, takyah sesusah nak ajar.

sebab dia nak ajar diri sendiri pun tak lepas..mungkin laa..

lupekanje said...

En_me,
hi me ittew...kenape kamu???

sya,
acik pun bnyk dpt...kdg2 sindri tk sempat baca..esp yg pepanjang sgt..elok gak klu acik huraikan ke..atau klu habih2 malas, tempel je kat sini..sekurang2nya share pahala dgn si pengantar..

ieqa,
akak ni pun tk de saper nak buat bubur asyura...hahah...sindrik tk buat..tk rajin..kat opis tatau la sok, ader tk yg buat...maybe jemahat nnt ke...memandangkan ramai yg pose arini n esok...akak ngko nih..tk de mood nk masakpun..kapla sik nyut2 je..

ungkunor,
yup..memasing nk carik yg baek..tpi sindri tk mau baikkan diri. Kalu carik yg baek, perlunya mmbaikkan diri atau bagi dorongan utk kebaikan diri..maka ada baeknya...
apapun, kita kener selfish dalam soal membaikkan diri. biarkan mereka tidak mahu baek, tetapi kita tetap baek di sisi Allah, mudah2an.

KAK LONG said...

baikan diri sendiri dulu....betul...pastu bila dah jadi baik jangan pandang sebeleh mata pada orang yang kita rasa kurang/tak baik. Sebab yang kita rasa diri kita baik tu tak tentu lagi baik di sisi tuhan. sebab hanya tuhan yang boleh menilai sejauhmana keikhlasan kita. Tetapi langkah pertama untuk berubah haruslah diambil, jangan berserah sahaja pada takdir kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya. tak gitu???

Mya said...

nice one. thanks for sharing.. :)

lupekanje said...

Ya betul kaklong...
kita mesti terus berusaha membaikkan diri...di samping sentiasa lah merasai kekurangan diri..tapi kener ada yang tegur, kerana kita tidak akan nampak kekurangan diri kita..hanya org lain sahaja yg nampak salah kita..sebagaimana kita nampak salah orang lain...
itu gunanya kita saling tegur menegur...payah gak klu ada org tegur, kita jawab pulak,huh..dia sindri tk betul..
Watever, kita sesama membetulkan diri dan terus tegur menegur demi membaiki diri, kerana manusia sering terlupa..biler ada give n take, maka akan ada keharmonian dlm penghidupan..
jangan pula, bila org tegur kita, kita marah, bila kita tegur orang, org pulak marah kita...ini tk ada give and take. Cara menegur pun perlu betul..jgn smpai memalukan..perlu guna cara yg paling hikmah..yg org blh terima. Barulah ummah kukuh dan bersatu padu..tidak berpecah belah hanya sebab yg remehtemeh.
tq for stopping by.

sabiqahAnuar said...

hehe kak chah..jgn tensen, sakit kapla kene cuti laa tu-rest..heheheh

maza said...

la! dah 10 muharam ker? aderkkk...memang maza tertinggal kapal sungguh ler..

patut ler entry kat atas citer pasal bubur asyura.....

aderkkk

rugi nie, rugi nie!

lupekanje said...

ieqa,
tensen gak klu cuti...sonok gi kijer lagi..hehhe

maza,
udah le dik non oooii...
tu ler...acikni pun sya maniszarif tu yg hingatkan...sempat la pose...3 ari..eh...2 ari setengah je...sbb satu hari tu kantoi tgh jalan...sbb tktahan sakit kapla...mauk telan panadol gak..takper...klu ada rezeki dan umur, tunggu Muharam tawon depan...

fazemy said...

btolla apa yg di kata..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-