Saturday, January 17, 2009

Mengingati Mati

Acik tatau lah...semenjak dua menjak ni, risau pasal kematian. Bagaimanakah agaknya cara kematian aku..
  • sakitkah
  • eksidenkah
  • dibunuhkah
  • dalam tidurkah
  • bencana alamkah
  • atau apakah?????
Bilakah agaknya masa tu...
  • subuhkah
  • pagikah
  • tengaharikah
  • petangkah
  • malamkah
Dan lagi merisaukan..di mana tempat aku mati...??
  • Di rumahkah
  • Di masjidkah
  • di ofiskah
  • di pusat beli belahkah
  • di panggung wayangkah
  • di pusat hiburankah
  • di taman bungakah
  • di hospitalkah
  • di tengah jalankah???
  • atau di manakah tempat yang mungkin aku tkkan terfikir??
Tambah risau lagi, ketika itu aku agaknya sedang buat apakah??
  • apakah aku sedang makan beriyer..
  • apakah ketika aku sedang tidur?
  • apakah ketika aku sedang berkaraoke..
  • apakah ketika aku sedang terbahak2 ketawa..
  • atau ketika aku sedang belajar, membaca buku maupun mendengar ceramah
  • atau ketika aku sedang menyampaikan ilmu..(err..cikgukah aku..)
  • atau ketika aku sedang mengumpat sedara ku sendiri
  • atau ketika aku sibuk dengan kerjaku di pejabat
  • atau ketika aku sdg betenggek atas kursi ini, menaip blog??
  • atau ketika aku sedang berlari2 anak berjogging di taman
  • atau ketika aku sedang kursus di mana2..
  • atau aku masa aku sedang memilih ikan di pasar
  • atau masa aku sedang berleter kat anak aku...
  • atau masa aku sedang baca Al Quran
  • atau ketika aku memandu
  • atau ketika aku main boling??
  • atau ketika aku sibuk membancuh bahan untuk buat puding karamel??
  • atau ketika yang aku tk pnah pikirkah?
Bersama siapakah aku ketika itu..
  • apakah aku seorang diri di rumah,
  • atau mungkin bersama anak2 yang mengadap sekujur tubuhku
  • atau mungkin sedang bersama kawan2 yang sesama bgumbira
  • atau mungkin bersama kawan yang mahu bersama2 ketika duka
  • atau mungkin bersama mak aku yang sentiasa mengambil berat tentang aku
  • atau mungkin dengan lelaki yang tidak patut aku bersamanya...nauzubillah
  • atau mungkin bersama lelaki ensem yang aku tk kenali...yg tetiber nampak aku rebah di mana2...tepi jalan ke..
  • atau mungkin bersama doktor
  • atau mungkin bersama bos aku
  • atau mungkin bersama Osama laden..
  • atau mungkin bersama Uji Rashid???
  • atau mungkin bersama tok guru aku yang ensem kat masjid
  • atau mungkin..dengan sesaper sajer yang aku tk penah terfikir..
Dan lagi apakah yang menyebabkan kematian ku..
  • ditembakkah..perangkah?
  • ditikamkah
  • sakit apakah..tecekik? stroke?kencing manis?jantung? buahpinggang?denggi?chikungunya?kanser?darahtinggi?kena santau?
  • dipukulkah
  • diracunkah
  • atau apakah??? atau tk besebabkah?????








Adakah mayat aku sempurna? busuk berulat?? tk ada kaki? tak ada tangan? hangus rentung? tesenyumkah aku? atau terjelirkah lidah aku? atau bersepaikah otak aku? atau tebaraikah isi perut aku? akan terjagakah aurat aku? apakah ada orang yang akan menjagakan aurat2 aku? apakah mayatku akan dikasari? dirobek2? dihiris2? dirodok pisau bedah untuk dipost mortem? apakah mayat aku menakutkan orang lain yang hidup? apakah mereka yang melihatku merasa sedih dan mengambil pengajaran dari pemergianku? apakah aku akan dikutuk? apakah aku akan dipuji? apakah aku mati dalam beriman? atau aku mati ketika melakukan kemungkaran..(nauzubillah..)

 

Aku selalu bicarakan bersama kawan...bahawa aku takut, seandainya aku mati seorang diri di rumah. Kerana aku sering tinggal seorang diri...dan aku akan terus sendiri begini sampai mati..







Andai aku mati sendiri? tentunya akan berulat mayatku seperti yang sering berlaku. Anak2ku semua dengan urusan masing2, dan hanya sekali2 balik bercuti. Kalau mereka dah bekerja, dah berkahwin..tentu lagi jarang balik. Aku tk kisah, kerana aku suka hidup seorang diri. Tapi bila fikir tentang mati...aku takut pulak mati sendiri.

Tak per lah..sesungguhnya kita disunatkan mengingati mati. Aku akan terus risau begini...sehinggalah ajal mendatangiku. Aku tidak mahu lupa bahawa aku akan mati satu hari kelak. Aku takut matiku dalam situasi yang aku tidak ingini.

Aku akan terus berdoa, Allahummahtim a'laina bihusnul khotimah... Wa la tahtim a'laina bi suulkhotimah... (bacaan dalam jawi..jgn ikut bacaan rumi sgt ye..takut tk betui ejaan...nnt lain maknernya..) erti doa, Ya Allah, semoga kesudahan aku dalam kebaikan dan jgn la kesudahanku dalam ketidakbaikan, kejahatan..atau keburukan..dan yang semakner dgnnya.. Sekian.

10 comments:

zino said...

kita di anjur selalu mengingatkan mati.. supaya kita tidak leka dan sentiasa bersedia... bersediakah??

satu perkongsian utk semua...tq

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

jangan risau acik:

bila dah takde nyawa, makna nya dah mati la tu...

xiiinam said...

ckLah tak pernah masuk panggung wayang....kolot kan????

terngiang-ngiang kata-kata aruah nenek...
"Dibuatnya ko tiba-tiba meninggal dalam panggung tu....jenuh pulak orang nak ngusung jenazah kamu keluor..." Itulah amanat aruah....

sabiqahAnuar said...

emm xpe kak chah, mengingati mati tu hukumnya wajib..supaya kita sentiasa bertaubat n mengingati Allah, tp taklei gak nk harapkan mati, hehe makhruh..

sama2 kita berpesan..

lupekanje said...

salam zino,
rasanya tk ada org yg nk ngaku dah besedia nak mati..bekalan tk cukup lagi.

cikgooden,
ye ler...kalu dah tk bembangun tu..maknanya udah mati le cikgu kan..

Ck lah,
acik pnah masuk panggung, tah sepuloh thun lepas kot..tk hingat dah. Alhmdulillah, tk mati kat situ..kkdg anak2 ajak, tingin gak nk pi. Tapi mang belum diizin dik Tuhan gamaknya...
idak le kolot klu tk pnah masuk panggung..wa tabik sama lu lah ck lah...huhu..


Ieqa,
Ishh...jgn harap ato doa nk mati cepat...mang tk blh dalam Islam. Dlu2 akak pnah nk mintak centu kat Tuhan...sib la Tuhan tk kabulkan...

Ungku Nor said...

Cik..banyak na ATAU'..
poning nak milih yang mano satu..ahakss..PEACE.

Cik..kito doakan yang baik2 yo utk kito dan orang yang kito sayang..yo cik yo?

sayang acik gak haa..;D

noor azilah jamuri said...

kadang tu... bila ketawa terbahak-bahak.. terlupa bahawa..... adakah kepergian kita juga diiringi dengan tawa terbahak-bahak....

Anonymous said...

kadang kadang kita tulis macam bagus je tapi sebenarnya kita lebih kejam dari yahudi. Cuma kita tak nak mengaku kelemahan kita. Sebab asyik sibuk membuka aib orang lain. Atau memfitnah kununnya kita ni di pihak yang benar.

lupekanje said...

ye betul tu....err..

kodok said...

nekchah nie..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-