Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Pergi lah ke mana sahaja



gambar dari google image search...thank u.

Sahabat baik accik baru melangsungkan perkahwinannya. Agak terkejut kerana ianya tiba-tiba sahaja.  Accik memang sedih.... sedih, kerana tiada lagi akan mendapat sms tazkirah darinya.
Sedih kerana tiada teman bincang siri Tanyalah Ustaz lagi..
Sedih kerana tidak ada lagi peringatan menjauhi neraka, mendekati syurga darinya..
Sedih kerana tidak dapat lagi menyakat dan bergurau dengannya,
Sedih, kerana tiada lagi pertikaian tajuk sensasi perbualan kami..
Sedih kerana, mungkin tidak akan dapat lagi berita tentangnya..
Apa lagi mendapat MMS gambar bunga2an tanamannya...

gambar dari google search...thank u
30 tahun kami tk jumpa.  Baru-baru ni, 3 bln lepas, kami Allah temukan semula.
Rancak semula persahabatan kami, Walaupun seorang di utara seorang di selatan..err..tetengah Msia.  Namun sms dan telefon menghubung kami. Kami bertazkirah, bincang tajuk program Tanyalah ustaz, buku2 agama, kami ingat mengingati, kami berjanji untuk bersama menuju jalan ke syurga, kami sakat menyakat, kami berbual hingga ke subuh pagi di hujung minggu, kami bertukar2 gambar keindahan alam sekeliling kami....

Bukan tiada sahabat lain, ada....ramai....dan disayangi juga....tapi tk sama....setiap mereka itu tidak sama ....ada lebih dan ada kurang.... masing2 ada sentimental value nye....errrkkk...


(gambar pinjam dari mana tah...cari kat google..accik edit sikit....thank u ya..)
Namun jodohnya sampai....bertemu semula bekas kekasih lama yang menantinya selama 20 tahun.  Setia....huh...kalau dalam novel ni, memang saspek la ....sbb kesetiaan kekasih ni menanti...membujang menanti dan sanggup ambil jadi isteri walaupun sahabat itu sudah bergelar ibu tunggal, dan dalam usia menghampiri setengah abad.  Pasangan yang sepadan bak pinang dibelah dua, meskipun dalam usia begitu.  Cahaya keimanan terpancar pada wajah kedua mereka yang berpisah kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah. Mereka orang-orang yang mencintai Allah, Allah temukan cinta mereka utk tambah mengukuhkan kecintaan pada Ilahi itu. Al fatihah buat arwah ibumu, yang pergi buat selamanya ketika kenduri meraikan perkahwinanmu itu.  Tahniah dan takziah ucapan buatmu...memang berat dugaan buatmu....semoga kau tabah sahabatku..

Jodohnya menjadi penyebab kami terpaksa berpisah semula....kenapa?  Sebab dia akan (baca ; dah dibawa) dibawa pergi jauh.....jauhhhh...di Saudi Arabia...berhampiran Tanah Haram...alangkah betuahnya dia....
Semua orang kata orang yg dapat duk dedekat Makkah tu, adalah sgt bertuah.. senang nk gi buat umrah atau haji kan...betul ke? betul pun..tpi smua tu atas izin Allah jua.  Allah yang jemput...

Hasrat untuk bertemu kali terakhir, tidak tercapai.  Tidak diizinkan suaminya.  Accik pun tk paham...tapi mungkin ada hikmahnya.  Isteri dia, hak dia untuk memberi izin.  Accik terpaksa akur.

Bingkisan yang telah tersedia untuk accik berikan padanya dipertemuan akhir kononnya, kini hanya di simpan.  Tak tau bagaimana nak sampaikan.  Accik dah berjanji...akan berikan...tpi skrg bagaimana?   Tak tau, dia entah di mana....
hanya secebis doa accik tadahkan buat sahabat....moga kan bahagia dan akan bertemu syurga yang diidamkan....moga mendapat cinta Ilahi, moga dalam limpah rahmat Allah sentiasa. Tenang dan gembira dalam menjalani pengabdian diri terhadap ilahi....katamu...kutunggu kau di pintu syurga...... accik tau...dia mahu accik membuat sebanyak mungkin amal ibadah dan mengumpul bekal, untuk ke akherat sana..itulah maksudnya kunantimu di pintu syurga... terima kasih sahabatku.  Segala pesanmu tersemat di hati.

Mari kita berdoa untuk sama2 dapat menerjah masuk ke pintu syurga itu... Moga segala dosa Allah ampuni, segala amal, Allah terima, moga dengan RahmatNya, dapat mengakhiri hidup ini dalam husnul khotimah...aamiiinnn ya Robbal a'lamin...
Tuhanku, aku tidak layak untuk syugaMu, tapi, aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakaMu....

Sekian.  Luahan utk diri sendiri. Jangan nak temuntah pulak...!




Thursday, January 5, 2012

Dah Empat Hari

Hari ke 4 kat JB nak buat apa gaknya. Game kami dah over.  Boleh bangun tidur lewat la .  Geng Badminton sibuk ngemas barang untuk pergi meninggalkan kami.

Daripada 8 budak itam, dah tinggal 3 je.  3 budak itam ni tekelip-kelip dalam dorm yg sodih tu.  Tapi kami tk sedih... saya pindah katil, duk sebelah si Tina.  Tidur sederet.  Tunggu bas datang untuk bawak kami gi sarapan. Perancangannya, lepas sarapan di Plaza Larkin, kami akan gi ke Daiman Bowl.  Menyaksikan pertandingan boling di sana pulak.  Ada satu kemenangan pasukan kami di sana.  Satu-satunya wakil Mesca yang menang.  SYukur. Idakla balik kosong....saksikan bolinggg???  atau kami yang main boling lagi?  hehehhe

Ye, kami mngasah bakat lagi di sini.  Lane nya lebih baik, tapi licin lantainya.  Bola nya lebih cantik dari yang di Angsana.  (Tapi naper tader bola saiz seploh nih...???  tepaksa guna bola 11..huhu..) ..tak pe, itu akan jadi alasan untuk tidak dapat strike..!!

Kami hanya main 2 game.  Di Daiman ni agak mahal..lebih kurang di Alamanda jer.  Di kala pemain lain sibuk menyabung nyawa mahu menjuarai pertandingan, kami pun sama-sama bagi semangat, kat diri kami sendiri....meningkatkan kemahiran, dengan harapan, tahun depan, mungkin terpilih untuk wakil Mesca main bowling plak, tak payah la nak belumba lari nih..capek gue..haha..ye lah tu.

Sambil-sambil main tu, saya bertemu kawan lama.  Lupa pulak nak sebut, sewaktu dalam perjalanan ke JB hari Ahad tu, kami berhenti di R&R Pagoh kot...tk lah hingat sangat. Mata melilau memerati sekeliling.  Nampak ramai yang datang dari larian Kitar semula yang acik sertai tu.  Di samping, beberapa kumpulan yang pastinya menuju tempat dan tujuan yang sama ke JB, menyertai sukan MSKPPM ini yang datang dari negeri lain.

Terpandang pasukan berbaju hijau.  Tulisnya Melaka...hmmm...wahh..gagah2 wakil bola jaring Melaka nampaknya...bisik dlm hati saya sewaktu melihat mereka setelah saya selesai urusan menunaikan fardhu Zohor di surau R & R itu. Tiba-tiba saya berselisih dengan dua orang gadis yang leka bersembang sambil ketawa2 kecil...Dalam ati berkata...Eh...macam pernah ku lihat, tapi di mana ya...!! 
Saya pusingkan kepala 360 darjah...mencari mereka yg telah di belakang diamnya...saya panggil...hey kamu....tunggu sekejap !! Boley? panggil orang suka suki centu???

Kedua gadis manis tu terhenti...dan memerhati... err....ye..naper..ehh ehhh...aqaqqq....kan..sib bek tak salah orang...kalu tidak saya akan termalu di situ. Mereka sebenarnya rakan sekursus dari Melaka, 5-6 tahun lepas berkursus sesama di JB..ye...JB jugalah tempat perkenalan kami.  Sgt akrab sepanjang kursus komputer itu.  Siap berlakun sesama... masih kah kau ingat, kita bukak syarikat kerepek tu?  Waktu dipaksa buat presentation dengan Power Point dan lain-lain aplikasi MS Office? dan ingat lagi tak pada wajah yg kita peralatkan menjadi pengarah syarikat kita???
hehe...kedua gadis itu saya kenali dengan nama Hanum dan Siti Mariam.  Rupa-rupanya dua sahabat ini jaguh bowling dan dah pergi merata tempat bertanding...uwaaaahh..
.mak vangger nak..


Dan dalam pertandingan kali ini kedua mereka berjaya merangkul hadiah kedua bowling berpasukan dikalahkan oleh pasukan kami.  Tk per la nak..sok sok cuba la ye.  bagi chance kami menang kali ni, sian kami ni mai jawoh, satu pun tk menang..hehehe..tahniah utk kalian.

eh..tadi crita apa ye.  Ohh..pasal kami main boling.  Yup..habis 2 game, diorg ajak balik.  Tak sempat saya nk bergambar dgn kenkawan tadi.  Kami gi makan-makan...err..makan lagik!!  Da tengahari kot.  Selepas tu, mengikut perancangannya, kami akan dibawa menyaksikan pertandingan Hoki.  Di padang perlawanan bolasepak kemarin.

Tapi saya menarik diri.  Minta dihantar pulang ke asrama seorang diri.  Solat pun belum lagi..klu dah gi tgk game tu, bila plak nk solat...tempoh utk melakukan solat Jamak Qasar telah tamat. Seperkara lagi, saya membuat janji dengan seorang kakak/kawan lama yang tinggal berhampiran dengan tempat penginapan kami. Kak Mal, akan datang ambil selepas Asar untuk dijamu makan, makanan masakan airtangan beliau sendiri! ...bukan senang nk dapat rasa tu.  Sebab dia bukan selalu masak.  Orang yang selalu travel buat bisness sana sini mana ada taim nk masak.  Tapi sebab saya desak, dia tak pernah menghampakan.  Terima kasih Kak Mal.

Dulu, kami bertemu waktu saya masih muda remaja, begitu juga Kak Mal.  Kami pernah makan sepinggan, tidur sebantal, tinggal sebumbung... rapat la jugak kan...duk asrama, tumpang bermanja dengan kakak2 senior gitu..sekarang dah tua. Dia masih seperti dulu.  Tak jauh bezanya.  Lupa pulak nk amek gambo dengan kak Mal. Ni gambo masa kak mal datang ke pejabat saya tahun lepas.  1st time jumpa lepas terpisah lebih doploh lima tahun.
Moga Allah merahmati hidupnya hingga ke akhir hayat.

Sambung cerita, al kisah saya dijamu makan laksa Johor oleh Kak Mal.  Dia bukan orang Johorpun, tpi berkahwin dengan orang Johor.  Sekarang dah jadi orang Johor ... Banjar? hehe..
Sekejap je kat rumah Kak Mal.  Takut nnt tercicir dengan  kawan-kwan punya program..dan tak mo lah kacau Kak Mal lama-lama.  Mungkin dia ada banyak urusan...ini adat bertamu...kena prihatin dengan tuan rumah. Jadi, bila dah kenyang, saya minta Kak Mal hantar....(cantik muka kau kan..dah la datang pun berjemput dengan kak mal dan Abg Shah !) ..aah...dekat je tempat kami dengan rumah Kak Mal.  Tak lama lepas saya balik, kawan-kawan lain pun sampai. Kami bersihkan diri, dan bersedia untuk program malam tu pulak...adeiiiihh....non stop program kan !

Ke mana malam ni? Ikut jer lah...Pasukan Bola jaring ikut sama.  Jadi, kami agak sopan dalam bas.  Tak la hirukpikuk buat cam bas sendiri kan. Mereka tampak begitu skema dan sopan santun....

Rupa-rupanya, kami di bawa ke The Zon,  entah..saya tk pernah tau pun ada tempat ni sebelum ni...memang saya ibarat katak bawah temfurung je...rupa-rupanya kawasan Perdagangan Bebas Cukai.  Tempat menyoping nak ngabihkan duit.mcm kat Langkawi tu.Ye..gaji dan bonus seciput udah masuk...beringat2lah kamu....

Sib bek, kami terlewat. Pusat perniagaan itu dah hampir nak ditutup.  Jadi kami hanya seketika di situ.  Katanya akan makan di tempat lain.  Tunggu punya tunggu...tetiba, yang lelaki2 ni bagitau, makan kat situ jugak...aduyaiiiii...cakap la awal2...Jadi, kami pun serbu gerai makan berhampiran. Saya order yang cepat dan murah je..Nasi Goreng Pattaya.  Sementara geng lain, order ketamm...errr..oh tidak..saya tidak akan masuk sama...Ketam musuh kolestrol saya... so, saya pandang2 jeling2 je lah diorg makan.  Seratus lebih jugak kena bayar...huhu... makan sedap..bayo pun sedap la wey..

Udah la lambat siapnya, nak makan pun mesti lama, sbb kena kerja lebih nak carik isinya.  Mesti orang lain yang dah menunggu dalam bas meradang...huhu..sabo je la...sesekali diorg ni nak makan.  Ha...tu lah, ikut lagik..hehhe

Balik tu dah tk menyinggah memana...ngantukkk...terus balik asrama je ler..Kali ni pintu gate belum dikunci, walaupun udah lebih pukul 1 pagi .

Thursday, June 9, 2011

Shaheen

 Ini keseronokan sendiri...bila dapat jumpa kawan lama hari ini.. Terima kasih Shaheen, kerana sudi ketemu acik yg selekeh ni.

hmmm..muka cam familiar ye... mungkin! Mau kasik fofular ini org..hehe

Dah lebih doploh tahun gak tk jumpa.  Memasing dah berumur, berkedut, beruban, berkembang dan berguguran gigi.  tapi kalu tengok pada rupa...walopun acik nampak bulat dan gumuk, namun acik masih sedikit rengan dari ini Shaheen..hehe. (tkmo kalah ekk??)

Tak sama kelas, tpi tetap duk satu bumbung asrama juga. Semua macam sedara dan adik badik sendiri yang cobit peha kanan, terasa peha kiri. ..(tpi jgn cobit acik...acik tk suka dicobit...!!hehe..) Bersekali dalam pertemuan ini adalah emaknya, anak, anak buah dan sominya.

Facebook memang banyak berjasa menemukan acik dengan kawan-kawan lama.  Ini adalah secebis antara pertemuan yang telah berlaku. Mekasih la Mark Zuckerberg.


Lokasi : Cafetaria Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya

Masa : Pukul 10.30 pagi.

Acik keluar dengan izin dari Ketua Jabatan.  Sekejap je pun.  Ketua Jabatan memang sporting, demi untuk mengeratkan silaturrahim sesama maknusia. Mekasih Bos.

Lepas ni nk gi jumpa adik dia pulak..Shareen...yang dah jadik nenek.  Dah jumpa aritu. tapi tk puas. Kojap bona.

Anak Shaheen, Edark

Anak Shareen, Amir Hamzah.
  
Sekian, update blog arini.

Tuesday, June 7, 2011

Terjalin kembali

Apa yang lebih membahagiakan, selain dari menyambung silaturrahim yang telah sekian lama terpisah.

Acik tumpang gembira hari ini bila dapat menemukan semula dua orang sahabat yang sudah sekian lama terpisah.  Mesti keduanya sangat-sangat gembira.  (tak gembirapun kata la gembira....) heheh..sebab acik yang lebih2 lak rasa gembira.. lebih doploh tahun, sahabat baik itu, Fatimah Hussin dan Noreha Mahmod...nama mereka...telah terpisah.
Hari ini, dunia seolah2 turut gembira, walaupun mereka hanya mendengar suara.  Kerana selama ini mereka tak tahupun di mana sahabat mereka itu, setelah masing-masing berumah tangga.


Acik pun sebenar salu duk nyebok2 di celah2 diorg bedua ni dulu.  Seronok dulu berkawan dengan diorang bedua.  Acik rindukan wktu remaja...ewwaahh...sudahla ko cik....gi buat kije..!!

Sunday, November 14, 2010

Apa erti kawan

Maksud acik, kawan lama...
Hmmm..hari untuk berreunion dah makin hampir....ujung minggu depan nih.

Sekarang kira dah final phase, dalam usaha acik mengumpulkan kawan-kawan lama.  Macam-macam ragam yang acik jumpa.  Syukur Alhamdulillah, kebanyakan mereka menyambut baik usaha acik ini.  Kepuasan acik, kerana dapat mengumpulkan mereka semula.

Bukan senang...err..senang gak la...zaman sains dan teknologi,...dengan perkembangan komunikasi tanpa sempadan, acik duduk je depan PC ni sampai gelemer perut...mencari mereka.  Kalau tak kat internet, menggunakan talian telefon.  Hubungi orang sana, hubungi orang sini.  Link sana, link sini...maka hampir 70% dapat acik hubungi. Ye lah tu...

Kekadang Allah bantu.  Nak carik sorang, dapat jumpa dua orang.  kekadang dpt 3 orang sekali.  Yang seriknya, kalau orang yang selalu pindah randah.  Kat luar negara lak tu...nk mencariknya, penin mata, ngadap komputer nih.  Tapi hasilnya, amat berbaloi.  Bukan baloi nilai wang ringgit.  Tapi baloi nilai kasih sayang, persahabatan dan persaudaraan yang tidak ada harganya.  ..berbaloi baloi baloi....

Ujian dalam pencarian tetap ada.  Maklumlah, manusia kan banyak ragamnya.  Termasuk kita sendiri.  Bagi acik, ujian terasa berat bila sang sahabat tidak menunjukkan minat untuk kembali menjalin persahabatan.  Agak kuciwa.  Tapi kita diajar untuk bersangka baik.  Mungkin dia ada masalah.  Mungkin dia kesibukan yang amat sangat.  Mungkin ada hal yang tidak boleh diterangkan pada acik...ok...ok...acik think positive.
 Itu pd mereka yang acik hubungi, melalui telefon suara mahupun sms... yg langsung tidak menunjukkan kegembiraan kerana mereka dihubungi oleh celebriti popular cam acik..hehe...gurau je.

Ada yang jawab hendak tak hendak je...ada yang langsung tak nak cakap dengan acik dan tidak pulak mahu menelefon semula, andai kata sibuk la masa acik telefon tu.  Memula ingatkan kawan2 yang pandai2..yang kaya-kaya tu yang sangatla payah untuk diajak berjumpa.  Mula lah ada rsa kecit dalam ati...maklumla..aku ni misekin, rupaku buruuukk..otak tak pandai mana....tk glemer...heyyy...!!! WTF....(What The Ferangai...) ...no no no...I dont like that....tpi tak semua pula mereka yang begitu.


Namun seperti biasa, bila Allah uji kita, Allah bagi juga kita nikmat.  Nikmatnya, acik sangat terhibur bila di kalangan sahabat itu, ada yang sangat berjaya hidup mereka, mahupun yang hidup mereka sedang-sedang, ala kadar...dan serba sederhana, menyambut baik perancangan untuk ber reunion ini.  Baik budi bahasa mereka, yang masih srupa dulu...bukan macam deme yg lain tdi tu, yg blh dikatakan, 'Demo lo ni tidok serupo mulo
Tok berani kawe no tego..' ..walopun mereka tidak dapat menghadirkan diri...sekurang-kurangnya berikan sokongan moral...semangat persahabatan, serlahkan rasa persahabatan seperti mana dulu...sama-sama beratur masuk kelas. Sama-sama nyanyi lagi negaraku.  Sama-sama ucap 'selamat pagi cikgu'...sama-sama kena marah dengan cikgu.

Ahhh...terlupa pula.  Tidak semua yang kita mahukan dari orang lain itu akan kita perolehi.  Sebagaimana tidak semua yang orang lain mahukan dari kita, akan mereka perolehi...sbb kita tidak ada nilai-nilai seperti yang mereka kehendaki itu.

Sekian..ehhh..da abis?

Wednesday, April 14, 2010

Cerita Panas yg tak panaspun

Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin dengan bekas YB gak... Biasalah kawin cerai ni semua.... tapi acik udah lama senornya kenal gitu2 dgn bekas YB nih. Suami dia...atau bekas suami dia ni dulu belajar sama ngan acik...pangkat adik2 la.. acik kan da tua baru sambung blaja... Msa belajar tu lah kami kenal dia klu ada majlis2 atau jamuan pelajar. Dah lama tk jumpa kawan acik tu. Sebab tu agak gempar bila kuar sokaba arini pasal orang yang kami kenal sebagai isteri dia tuh. Tah haper la kabo dia ye... hmmm..tak per la... Hal rumahtangga diorang... biasalah...klu udah kaya dan popular...payah nk elak rumahtangga berantakan. *boley komen centu?? Hanya insan popular terpilih sahaja yg boleh kekal bahagia rumahtangga diorg. Tu pun entah baper banyak ujian yang tepaksa dilalui. Mana ada idup yang tidak diuji. Popular atau tidak popular....di uji jugakkan... Ada satu kenangan yg menyebabkan acik tk boleh lupakan pasangan ni... pasangan kawan acik dengan bekas YB nih sebenarnya......... memalukan...tpi nk citer jugak...ahakkkss....


 Satu hari.... *sila siapkan snack super ring...sebab citer bru nk mula.. Sepupu acik ajak acik pegi main boling. Kalau tk silap, ini kali kedua acik main boling...kali pertama, kat podeksen...atas The Store tu...dgn knkawan dari sekolah jiran tempat acik keje dulu. Ni kli kdua...dekat Parkson Somban masa tu. Kami pun masuk la telangak-langak mencari tempat nak duduk, nak carik lane yang disewa... Tup tup....nampakla sorang yang sgt familiar...eh..bukan sorang... 2 org la... En F....kawan acik tu. Acik yg tk reti nak sombong nih, gi la mendekat dan menegur mereka. Diorg tu pun main boling gak... terrer ooo... acik main cam orang kampung je...mang org kampungpun..huhu.
Acik main kat sebelah lane diorg je...

Banyak kali gakla acik dapat buat strike yang tk disangka2....
Sampai ketika sewaktu acik nk buat balingan golekan penuh bergaya dengan bola yg beratnya 12lbs itu.....

Tiba-tiba..... acik tergolek jatuh terduduk dengan penuh gayanya...dihempap bola 12lbs tersebut...!! Camner boleh jatuh ehhhh??? ...acik terpijak atas lane yang lincin itu !!!! Kira salah step la... Yg lebih bermakna peristiwa ini.... kejatuhan acik itu telah disaksikan oleh mata mereka yang acik ceritakan ini..... alangkah besarnya kemalu -maluan acik di saat itu. Tapi yang baiknya kat tempat2 camni.... manusia sekeliling akan bebuat tak nampak. Tapi dalam ati mereka...acik tau...mesti diorg serba salah nak gelak guling2...atau nk kesian kat acik yg udah tersepuk jatuh begitu...!! Akibatnya, 2 tahun acik tak berani nak main boling. Sakit di tangan masih belum hilang hingga kini. Sebab tu kalu acik main jugak, tangan acik tk dapat bergaya cantik cam orang lain... Janji itu bola bergolek jugak... bila ketagih nk main gak...acik hantam jugakla. Itu lah peristiwa yang tidak dapat acik lupakan hingga sekarang...puas dah cuba...tpi tk blh. Apalagi bila kuar berita panas sejuk pagi ni..... maka nostalgia itu mengimbau kembali... dan acik akan tersenyum tersipu-sipu kemaluan lagi seperti hari2 yg berlalu itu....
Penutup kata untuk entry hari ini... semoga En. F kawan acik tu berbahgia walau apa jua keadaan hidup dia sekarang nih.
Dan moga bahagia juga pasangan bekas MB dan bekas YB tuh hingga ke akhir hayat.
Satu lagi moral of the story.... kalu main bowling tu..hati2...jgn dapat nasib macam acik...itu lane adalah sangat lincin!!

Sunday, February 28, 2010

ternganga lagik

Agaknya ditakdirkan tahun ni tahun mencarik kawan2 sedunia. Pagi ni acik dikejutkan dgn sms dari sepupu acik si cilot...ehh.. sheila di seremban.... katanya, aku jumpa kawan ko, Rosmini .... acik ingat dia main2, sbb dia mang salu kena kan acik.. lagi pun acik baru je sebut nama kawan ni kat entry acik bebaru ni. Kot2 la dia main2kan acik lepas baca entry tu. ko jgn memain... aku trajang kang... jawab acik....mang gegurau kasar ngan dia.. Betul lah...ada kat sebelah aku nih... Pastu, hp bebunyik.... dia tipon... dan pass kan kat kawan acik tuh... huhu...mang tekezut acik... camner dia leh kenal sedara mara acik.... Rupa2nya..dia kata, patern orang Linggi, sama je... Tapi acik tk cakap banyak.... sebab nak gi kuar gi kijer jap lagi..ni pun dah lambat. Ni Rosmini.... kedengaran suara dia sama je cam 34 tahun lepas.. Rosmini Omar? ... Ha ah... wah...siap nama penuh lagik... hahaha... ok...bagi nomor tipon.... ni nak gi kijer....nnt kita tipon ye... ok..ok... haaaaaaaa.....kan dah di takdirkan... agaknya dia cam dengar2 acik nyebut2 nama dia kat blog nih. Rupa-rupanya dia kat Somban je...puas haku carik ngko... orang Kg Sg Rambai (Nerambai), Lubuk Cino, anak buah Allahyarham Rosli Jalil... ehh... betul ke nama ni... salah seorang penerbit terkenal dulu2... bekas suami nya pelakun Robiah Suparman. Acik boleh ingat tu, sebab acik penah menapak gi umah dia berhari raya masa kekecik...darjah 6 masa tu, klu tk silap...masa tu dpt la jumpa Rubiah Suparman ngan arwah Rosli Jalil tu... vangger mak wehh...heheh.. Ye lah...walopun dah bepuluh tawon tk jumpa.... last jumpa tawon 1976... acik tawu.... ramai di kalangan ngkorang yg belum lahir lagik masa tu... kok ado pun, kak nora, kak pah, kak erna... yg umur sebaris dengan acik. Tuhan temukan dia dengan mak sedara acik pagi ni....dan dia tergerak pulak nk menanyer... Mak cik ni orang Linggi ke??? Pastu siap tanya nama acik... uhhh...teharu lagik... nampaknya, bukan acik je yang teringat kat diorang... diorangpun tringat kat acik... lap u pren.... dulu kita tk baper reti nk sebut istilah ni... ' FRIEND FOREVER' sekarang.... wlopun kita tk anto sms mender2 centu...namun, terbukti, kita tetap friend forever. Acik balik kampung kejap semalam dan acik sempat gi jumpa kawan acik si Rama... bagitau perkembangan terkini usaha menjejak kawan2 tu... dan mungkin agaknya akan menjadi realiti Reunion kami. InsyaAllah. Usaha tetap usaha untuk terus mencari mereka. Ada sorang tu acik jumpa kat Facebook. Tapi dia reject request acik.. aperkah??? Dia tk brani add nama sebrutal acik ni gaknya... tak kona sapo kau.... wakakkaka... Tak apa. Janji acik tau di mana nak carik dia nanti.. Hmmm...banyak gak jasa Facebook ni kat den.... Itu baik nya kalu letak nama penuh kat facebook atau kat internet. Kawan2 senang carik. Tapi yang bahaya nya, kena fikir gak... esp kalu ada hutang...senang orang nak carik tuntut hutang.. hehe.. eh...acik tk guna nama sebenar.... takut org nk tuntut utang ke? adeiiihh... idak ler.. cuma takut senang orang nak nayer kita gak... Agaknya acik kener tambah satu lagi blog... khas untuk citer pasal kawan2 lama je... nanti lah... dah ramai gak dpt trace nih.
Sekian.

Friday, February 26, 2010

Ternganga aku...

ye.... acik tutup balik mulut nih... Mlm ni tak sangka pencarian acik di search engine pesbuk ini membuahkan hasil lagi... Lalu ketemu la acik dengan sorang knkwan lama... tpi tk sembang dgn dia.....sembang dengan anak dia.... cerita2 sampai subuh... bila tanya dia, adik beradik kamu brapa orang??? dia jawab, lapan orang..!!! tu yg acik tenganga..... err....ye laaa..bandingkan acik hanya ada 3 anak... camne leh sahabat acik ni ada sampai 8 anakkk??? adeiiihhh... untungnya lah mereka2 yg ada ramai anak camni... mudah2an ...untungnya... untung sabut timbul...untung batu tenggelam kkannnnnnnnzz.. itu blm bandingkan dengan kawan acik yg ada anak 14 orang....tah camner la jerih perihnya membesar2 anak2 yg ramai tu.. Seronokkan... hmmm...camner la pasaan mereka yang buang2 anak tu..... sedangkan yg dah ramai anak pun rasa tk cecukup lagi buat anak... Anak tu anugerah dan amanah Tuhan.. Ramai juga yang tdk dapat anak langsung. Daripada buang2 anak, bunuh anak, beri kan je kat orang2 yg belum ada anak.... .. Tapi, suka acik mengingatkan...pada yang ambil anak angkat, pelihara lah mereka seperti memelihara anak darah daging sendiri.... didikan dan tarbiah amat penting...agar anak2 jadi manusia berguna. Beriman. Bertakwa. Jangan dera, jangan pandang hina pada mereka.... Sekian... perancangan besok...nk sms kawan acik tuh...hehe

Sunday, December 13, 2009

boling di Alamanda

Malam Jumaat aritu Shahmah bagitau, Abang dapat Anugerah Dekan lagik... ummi kena bagik adiah...!! huhu... di kala kantong ku yg hanya penuh habok ini... acik hanya tesengeh manjer.... Tahniah ajer la..moga akan terus berjaya dgn cemerlang gemilang terbilang. Malam tu gak, dia gi kuar selebrit dgn knkawan dia yg ada kat sini. Balik tu, dia bagi adiah kat acik... sekepin coklat.... huhu... malu nya... patutnya ummi dia yg bagi adiah...

Pagi sabtu, acik gi keja... nak kumpul duit beli adiah utk Shahmah... sian bunyiknya kan..huhu.. tak de maknernya.. hanya ke pejabat untuk menyiapkan kijer yang terbengkalai kemarin. Sehingga hampir pukul 3, acik bergerak ke Alamanda Super Bowl.

Tengok tipahvogue berboling. Udah lama tak jumpa .... err...last jumpa masa tipah ada tournament anjuran Kementrian Kewangan aritu.. tk la lama sangat kan.. hehe..

Lihatkan aksi tipah. Urut tengkok sendiri. Masa ni dia kata dia nampak bintang kat tetepi mata dia. .. ha...udah fenin la tu... tak dpt buat banyak strike lagik masa ni.. Tapi pastu, tetiba jer tipah bersemangat... buat banyak kali










strike.... !


bravo tipah... Tahniah kerana BNM dapat tempat ketiga . Kenkawan tipah pun semua hebat2 gak main... Seronok tgk diorang main tepuk2.
Pasukan lain mang hebat2 gak pemboling depa... dasat weeiihh... bandingkan dgn acik yang bola salu masuk dlm longkang je... haha.. aper kes kannn...!! Ari ni nk balik kampung, bawak Nurzayani gi walimatul urus kawan baik dia masa sekolah rendah dulu.




Hmmm...udah kawin si siti tuh... dedulu memain memasak dan kejar2 sesama ngan yanie . Sekarang udah kijer...dan udah kawennn... Nurzayani tah biler gaknya.... Turut sama dalam rombongan acik nanti adalah Nurzayani, roomate kembar dia.

 Shahmah pulak udah pegi dulu... semalam..naek motor, gi walimatul urus kat rumah kawan dia di Pedas. Terus menginap di rumah neneknya di kampung. Rindu selalu nak gi ziarah sorang adik di PD, tapi tak gak lepas2...

InsyaAllah, buat adik Junai acik di Bandar Baru Sunggala Podeksen, ada rezeki, kita jumpa semula... Pehtu, sorang adik kat Seremban, Nurul Azla, yang baru bersalin..err..baru? dah nak abeh pantang dah.. tah biler kita dpt jumpa. Tah tah udah balik JB... huhu..mahapkan akakmu dik. 

Tingin sangat nk jumpa, nak siyum baby tuh... nak feluk arab ngan nurul. Bila gaknya.... tunggu la..jgn balik dulu. Pehtu, bekas hosmet tersayang, Ida kat Sikamat.... biler tah kita nk deting lagik... datang la kat sini... amboii... gi makan angin ngan pamili... tk hengat..

Untuk sya... biler kita nak brenang sesama lagik...?? Eh...macam nak tujukan lagu je kan.. Oklah... pada Woss ... acik tujukan sebaris ucapan... 'taim gaji nnt jangan lupa planning main masak2 kita...!' Acik booking tolong basuh pinggan je la ye woss....heheh Sekian.


Wednesday, September 9, 2009

Kenangan Bersamamu...

terkenang semasa dulu.. Mereka semua ni adalah teman sepermainanku .. sepupu sepapat...keliling rumah sewaktu di kampung dulu... acik tk tau, tawon baper nyer gambo ni.. tawon 70an la tapinya. Muka cam da cerdik sikit...mungkin tawon 71-73 gitu. The Secret Seven..... hehe.. Kami main galah panjang, main kejar2...main nyorok2.... baling sipar... ato main masak2 sesama. Comei2 je kan masa kekecik.

Dah bebesar ni, gedabak2 badan memasing... jap..jap... ada dua org je yg tk gedabak... err...acik gedobok je...hehhe..*tijah..gedobok ada dlm kamus NS tk? masa kekecik..diorg ni la kawan2 klu nk suka2 ato gaduh2 pun... masa mematangkan kami.. biler dah matang... idak la lagi kmi nk begurau senda cam dedulu.. nk jumpa pun payah. memasing dah ada kuarga dan karier memasing.

Yg tecit tomei kt tetengah tupun da ada 3 anak. ..paling ramai ada 5 ato 6 anak....paling kurang ..err...tk de anak.. Dalam 7 worang tu.. yg adik badik 2 worang kt barisan bakang tu dah jadik cikgu .sorang ngaja kat semban..sorang ngaja kat sah alam.. adik diorg yg kat depan belah kanan skalik tu udah jadik doktor pakar...latih bakal2 doktor lak skang ni kat cyberjaya... (ex STF ngan kakak dia yg kt tgh line bakang...).. 3 badik ni mang fefandai...tk mcm acik..sklh kamfung jek...tapi fandai gak la walopun sklh kamfung..sbb yg fefandai semua dah masuk asrama...ekekeke..

Yang lelain tu, biasa2 je... cam acik.. ada yg jadik full time housewife.. temasuk yg tecit tu, brenti kije pas dpt anak ke3...yg depan belah kiri skali, kije kat Port Klang... pnah nyawa di ujung pedang waktu melahirkan anak kembarnya... (anak yg ketiga/keempat) .. ader sorang tu duk kijer merapu je... tu lahh...org yg tulis entry nih... hehhe.. hmmm.. memacam citer kisah idup kami...klu dikumpulkan..leh jadik novel tebal lagik tuh.

Dah, memasing dgn hidup dan dugaan memasing. Kekdang org nampak kuarge tu bahagia... tpi di sebalik tirai itu, pelbagai juadah kisah pahit maung tepaksa kami lalui hingga akhir nanti... Tentu kalian yg lain pun begitu kannnzz? watak2 dlm photo : Pojan, Midah, Anis, Ami, Ayang, Ain dan.. a...cik.. :)


Moral of this story; Masa yang berlalu, tak akan berulang lagi. Jadi, sentiasa lah hargai masa. masa itu ibarat emas... bahkan lebih berharga dri itu...kerana harga masa itu, tidak dapat di nilai olh jurunilai walopun di Nilai.

Sekian. Tarikh coretan: 09/09/09 ... sajer nk poyokan tarikh ni...tk ada apa2 maksud pun...they're just numbers. Cumer, nmpak cantik jer...!

Saturday, May 9, 2009

selamat petang cikgu..

Salam....dan selamat petang cikgu. Biler terpandang jejak cikgu di shoutbox tdi, acik teringat nk letakkan gambar ni kat n3 kedua acik hari ini... bukan niat acik nak mengsohorkan empunya gambo...err...

Tgk tu..si Ely yg salu jerit2 kat acik di shoutbx acik... org lain bedevar2 nak di temuduga...tpi dia duk sengehhhh je... suka..dan langsung tk gabra... bagusss...bagusss cikgu... keyakinan diri boleh membawa kejayaan dalam hidup... doa acik tuh.. acik pasan... keyakinan cikgu ni...sbb dpt jumpa acik kankankan...heheh.. dusyuuuummmm... lepuk kat kapla sendiri...!!!

Senornya kita patut amek gambar bedua aritu kan.. tpi acik tlupa...ato acik tkut kener wrning sbb bebaik dgn calon tmuduga...wakakakakaaaaaaa.. Senornya lagi ...acik tk kenalpun minah ni... tetiber je dia tegur kat shoutbx tu.. masa acik duk citer pasal tmuduga biasiswa cikgu.. acik apa lagi.. jadi inspektor sahab..siasat latar blakang dia... err..acik kan suka jadik penyiasat sambilan cam Conan tu kannn.. niat baek weeii..

Pehtu hari yg cikgu Ely ni kata nk dtg temuduga...acik purposely mintak jaga kat bilik dia.. (stetmen toksah pecaya..)..dan pepagi lagi acik tgk sorang yg jdi suspek acik...da dtg.. tgk kat nametag dia ler.... agak2 ada eli...ato ely tu..misti inilah orgnya..lalu acik purak2 garang dan tegas dgn dia... (stetment rekaan) ..

Da lama baru acik tanya dia... (sbb dia tkut gaknya nk carik acik..heheh..kelengkunggg..! kener katuk ngan senduk Ely..) Lalu kami beramah mesra la..hingga dia telupa yg tujuan dia ke situ adalah untuk ditemudugakan.. sebab awal2 acik dah temuduga dia . Piah...ehh....Ros....amacemmmm...?? biler kau nk set deting ngan acik pulak... hehhehe..

Kau tk yah ajak tijah... sbb dia tk hengen jumpa acik pung.... ye lah ...acik ni bkn 'sambodi' pn.. hnya sorang janda tua yg selekeh... tk der roper...tk der reter.. budi bahsa pun beterabor... huhu.. Sib baek mas ngan kuina tk de... klu tk...lagi kener kutuks acik nih...wakakaka...

Oklah...acik masih dilemma ni..tpi tekad buat satu keputusan muktamad...... akan pergi dedua tempat... hantar zirah dulu..pehtu cecepat balik putrajaya.... untuk di temuduga...dan watak Ely dalam entry ini menjadi satu suntikan semangat gak untuk acik, di samping doa rakan2 yang lain...tima kasih kawan.

Ada rizki kalu, acik akan sempat ..klu tk...lenkali jer lah...I will never regret... Tuhan dah tentukan rezeki setiap hambaNya...(kan elok klu acik pikirkan ni dari awal lagi...idakler meleleh2 air liur acik becerita tadi...!!!! &%&*%^)

 Alamak...smua blogger citer pasal Hari Ibu...acik je idak kannn...oklah...di sini, jimat tempat..acik tempelkan lagu kegemaran acik nih...untuk menghargai pengorbanan semua ibu2 di dunia..tmasuk ibu rimau yg perah susu kt daun tu....ibu ikan paus..ikan guppy, ibu kambing.... Dengan ucapan.. Pengorbananmu, di kenang... kasih sayangmu, dihargai...

 

Thursday, May 7, 2009

Menarik pulak footnote sahabat ni..(2)

dannn..satu lagi footnote sahabat tu... it’s amazing when stranger become friends but it’s sad when friends become stranger . Kawan dalam hidup kita datang dan pergi... kata pepatah, berkawan biar seribu...(ato lebih)...berkasih bio ler satu... (Rabbul Jalil) Berkawan ni macam musim... bUlan ni kita rapat dengan orang ni... bulan besoknya...orang lain pulak.. biasa lah..memula kenal...kita akan rapat dan cuba mengenali hati dan budi masing2... tpi klu tk serasi... jangka hayat perhubungan sulit itu akan bertahan hanya seketika... Bagi acik...sesaper pun yang pernah menjadi kawan acik..selamanya acik kenang... yang zaman sekolah rendah dulupun acik cari biler tetiber terkenang dan teringat... Selain dari itu, mungkin faktor masa dan jarak juga menentukan jangka hayat sesuatu persahabatan itu. Acik akan mudah rapat dgn seseorang.... terutama bila ada sesuatu yang istimewa padanya. Ada sesuatu yang acik dapat darinya.. contohnya, seorang tu... dia kata, kalau sesaper jadik passenger dia dalam kereta, jangan harap nak dengar lagu-lagu tu semua..sbb dia akan pasang ayat Al Quran dari start dia memandu hingga sampai ke destinasi yang dituju. Macamtu jugak sorang tu tegur acik...kata, dia seronok klu acik pasang ayat2 suci Al Quran kat blog acik... dari pasang lagu2 jiwang tu... huhu... Kemudian seorang lagi pulak cerita, Dia sebelum keluar rumah, akan pastikan rumahnya bersih dulu.... Sorang ni pulak ajar acik masak memacam... Seorang yang lain pulak kata, anak2 dia, tk pernah pun melawan cakap dia.... mereka hormat dan patuh pada ibu dan bapa. Seorang lagi pulak..suka marahkan acik kalu acik tk pegi klinik bila sakit...dia ingatkan acik; sok sok...anak2 tu saper nak jagoo...!!! Jadi, acik jadikan sikap mereka itu semua sebagai panduan hidup acik... bila nak pasang lagu jer dalam kereta, acik teringat pada entry dia di blog... dan acik akan malu sendiri... huh..buatnya aku mati eksiden ketika dgr lagu2 sesia nih... so...otomatik acik tukar ke bacaan Al Quran.. Kalu kat blog pun..acik tingat yg tegur pasal lagu2 tu... lalu acik tukau ayat2 suci Al Quran.. (tapi biler acik jiwang...acik tukau balik ke lagu jiwang...hingga tahap kewarasan acik balik ke normal semula...huhu...) Ketika melihat rumah besepah2...acik teringat pulak kat kawan sorang lagi ni...lalu acik kemas la ala kadar Bila anak melukakan hati acik...acik teringat pulak kawan sorang lagi ni...lalu acik menadah tangan berdoa, agar anak2 acik pun boleh jadi seperti anak2 mereka yang bebaik itu. Tak apa...kalau kita buat perkara yang baik kerana orang lain... asalkan ianya kebaikan... lalu kita harapkan ianya akan sebati dalam kehidupan seharian kita kelak... Itulah kita dalam berkawan ini... yang baik kita jadikan tauladan....yg tk baik, kita jadikan sempadan...bukan kutukan... Kerana kita manusia yang tidak sempurna... ada kelebihan, ada kekurangan... Bos merangkap sahabat acik kata, acik ni kkdang terlalu mahu kan kesempurnaan..biler ada yang salah, acik marah...acik tk suka.. tapi acik sendiri lupa yang acik pun ada kekurangan.. itulah dia.. kita serupaaaaaaaaaaa..kita serupaaaaaaaaaaa.. Hari ni acik cuti...dan kejap lagi acik nak kuar makan2 dengan kenkawan pok pek yang dah lebih 10 thn kami berkawan... Alhamdulillah...ukhuwah antara kami masih berterusan... suka dan duka kami jadikan ramuan dan perencah untuk mengindahkan kehidupan ini...sayang kamu smuaaa...

Wednesday, February 11, 2009

Kawan Lama

Hari Sabtu aritu acik menghadiri satu walimatul urus di MPS Seremban. Pasangan dalam lingkungan usia 50an... dah jodohkan...bak kata orang tua tu, kalau jodoh tk kemana...
MB yg paling ensem tu pun turut sama dlm majlis.
(acik sedara gak dgn MB nih...sedara seislam ye ckLah...hehe)

Dari kejauhan, acik nampak sorang ni...bepoluk2 arab la kejap..dia ni kawan acik yang lebih 5 tawon tk jumpa...amvoii amvoii dia.. semenjak da jadik mak datin nih...idak le ingat lagi kat teman... Ye le...sibuk dengan urusan kemasyarakatan ekk..
Dulu kami sama sekolah...masa sekolah rendah. Tapi sebab dia lagi pandai dari acik..lepas la dia ke sana sini...tk cam acik yg duk je kat kampung tanam obi kayu.. Kami betemu semula ketika dia masih menjadi pensyarah kat INTI College. Sekang da tk kije....duk hikut dato' ke sana sini jer gaknyer.. Yang kawin ni kakak dia. Sebab tu dia sibuk jadik penyambut tetamu. Apapun sahabatku, moga bahagia dan dirahmati Allah sentiasa seisi keluarga.

Thursday, June 12, 2008

Susahnya nak jaga

jaga saper? Jga hati kawan. Sejak masa sesekolah dulu kita tentu dah rasa pahit manis dengan kenkawan. Kalu kita duk kosi tetengah, mesti ada kawan sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Atau kalu pun kita duk kat koner lot...mesti ada kawan kat depan dan sebelah kiri atau belah kanan kita.

 Ngkorang pernah tak ada masalah dengan diorang? Misalnya kalau yang depan panggil, tetiber yang belah kanan pun panggil, yang mana ngkorang akan layan dulu? Panggil pulak serentak...sorang lelaki hensem, sorang tk baper hensem. Atau sorang budak pandai, sorang budak tak pandai..? Mesti kita semua pernah hadapi suasana macam ni atau suasana seakan-akan macam ni.

 Hatta, sampai tua macam aku ni...(eh...da tua ke??..) pun kita akan hadapi poblem camni. samada dalam keluarga mahupun persekeliling kita. Salah satu contoh, kita dapat 2 jemputan kawin di hari yang sama. Satu jauh, satu dekat. Dedua tu kawan sekolah kita.

 Yang mana kita nak pergi..? Nk pegi dedua, tk sempat. Mesti kita pergi yang dekat kan.. atau yang jauh, sebab rumah dia, dekat dengan shopping complex....aaahhh..sukati kita lah kan. Yang pasti, kita tk boleh nk pilih dedua. Tapi pd aku la... pilihan kita, mesti ada sebab kenapa kita utamakan. Tatatertib persahabatan pun kita perlu jaga juga.

 Misalnya, kalau kita pernah janji, yang kita akan hadir pada si polan punya majlis...maka kita perlu la pilih untuk pergi ke majlis dia. Atau kita terima jemputan si polan dulu, maka kita utamakan jemputan yang datang dulu.

 Aku idak la berhadapan dengan masalah nak pegi umah org kawin cam tu... sbb kalu aku ada dua jemputan...dedua aku tk pegi...(tk patutkan...heheh) Kat bawah, kisah sorang kawan aku kat satu bahagian yang bukan kat office aku.

Tapi dia kawan lama aku yang email cerita pasal masalah dia. Ni lah bunyik email dia.. "Aku sebenarnya tengah hadapi masalah kat tempat kerja. Sorang kawan, bermasalah dengan pegawai kat opis aku dalam urusan kerja. Dia dok cerita kat aku...entah apa yang aku jawab, dia rupanya marah kat aku, sebab dia kata aku menyebelahi pegawai tu, sebab pegawai tu kawan aku.....aaargghhh..sudoohhhhh..!!! Ni yang aku tk ndak dengar ni... 


aku tk berniat nak menyebelahi sesaper. Sebab dua2 tu kawan aku. Cuma, kalau dia cerita tu, masalah kat unit dia. Aku mana tau masalah keje dia . Lagipun, aku cuma dengar dari sebelah dia sahaja. Aku tak boleh nak komen apa-apa sebab aku tak tahu masalah sebenar dalam urusan kerja yang mereka deal kan tu. Biler aku tk komen pun, dia kata aku menyebelahi pegawai tu...tk menyebelahi dia. 


 Lebih teruk lagi, dia kata dia di pinggirkan...aku pun sebenarnya bukannya baik kamcheng sangatpun ngan pegawai aku tuh...alahai..dia pegawai...aku dawai.... kalu baik pun, mesti ada gapnya...dan aku mang jaga lah protokol tu...aku tensennn..apa yang patut aku lakukan, sampai sekarang, aku tak bercakap dengan kawan sorang tu...dan dengan pegawai tu pun aku tak baper rapat dah, semata-mata nk jaga hati kawan sorang tu..kau tulun la aku..!!"

 Ha..ni la yg buat aku pun penin paler gak. Dilemma lah tu... Inilah yang dinamakan manusiakan. Sentiasa mencarik pasal sesama sendiri. Ada yang kata, kena hadapi secara professional, maknanya, kawan aku tu, kena nasihatkan dedua pihak. Masalahnya dia, sebelah pihak jer yang dtg cerita masalah tu kat dia. Takkan tetiber dia nk pegi nasihatkan pegawai yang tk ader pun citer masalah kat dia....ehh...pehal lu.lu tau ka ujung pangkal citer ni..??..kata pegawai tu nanti.....hehehhe..

Aku rasa, jalan terbaik, dia tok sah campur. errr....tapi nanti for sure kawan sorang dia tu kata dia menyebelah pegawai dia tu gak kan..? Ntahlah... ni macam kisah Badak dan Gajah bertarung...kancil kat tetengah yang tersepit. Ader tk sesaper ada cara yang terbaik untuk settlekan masalah yang camni? Moral of the story. Jangan jadik kancil...penyek nanti...heheh Cen / bornzer

Friday, June 6, 2008

Bowling lagi

Hari ni aku dan kenkawan pegi main boling lagi. Dah lama kami tk main bersama, seingat aku, last sekali, hujung tahun 2007.

 Selepas tu, suami Puan Lin meninggal dunia. Dan kami berhenti bermain. Tapi hari ni kmi serang lagi Bowling Alley Alamanda tuh. Hmm...macam biasa, banyakla yang dapat menjatuhkan.... bukan botol, tapi bola tuh..ke dalam longkang...hahaha..

Antara yang join hari ni, Aku, cik Ida, Puan Lin, Yeen, Wani dan Norul. Aku rasa terhibur seketika, kerana aku berjaya mendapatkan beberapa strike yang tidak disengajakan... hehehhe.. Selepas bermain, kami terus pegi window shopping di kedai2 berhampiran.

 Hmm..masuk kedai potpuree tu..(eh..betui ka ejaannya..hantamla) wangi sungguh...aku suka kan bau dalam kedai tu. Tapi hati aku kt tempat lain. Lalu aku keluar bersidai di tepi birai...yang membawa permandangan aku ke aras bawah. Melihat manusia2 yang sibuk membeli belah. Aku teruskan perjalanan dengan kawan-kawan aku, ke carrefour...tak lama...kami pulang segera ke office untuk meneruskan tugas hari ini. Moral of the story hari ni,
  • Kalu nk saluu strike, kener la main salu...kalu nak main salu...kener la ada duit ... huhu

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...