Friday, September 28, 2012

Pergi lah ke mana sahaja



gambar dari google image search...thank u.

Sahabat baik accik baru melangsungkan perkahwinannya. Agak terkejut kerana ianya tiba-tiba sahaja.  Accik memang sedih.... sedih, kerana tiada lagi akan mendapat sms tazkirah darinya.
Sedih kerana tiada teman bincang siri Tanyalah Ustaz lagi..
Sedih kerana tidak ada lagi peringatan menjauhi neraka, mendekati syurga darinya..
Sedih kerana tidak dapat lagi menyakat dan bergurau dengannya,
Sedih, kerana tiada lagi pertikaian tajuk sensasi perbualan kami..
Sedih kerana, mungkin tidak akan dapat lagi berita tentangnya..
Apa lagi mendapat MMS gambar bunga2an tanamannya...

gambar dari google search...thank u
30 tahun kami tk jumpa.  Baru-baru ni, 3 bln lepas, kami Allah temukan semula.
Rancak semula persahabatan kami, Walaupun seorang di utara seorang di selatan..err..tetengah Msia.  Namun sms dan telefon menghubung kami. Kami bertazkirah, bincang tajuk program Tanyalah ustaz, buku2 agama, kami ingat mengingati, kami berjanji untuk bersama menuju jalan ke syurga, kami sakat menyakat, kami berbual hingga ke subuh pagi di hujung minggu, kami bertukar2 gambar keindahan alam sekeliling kami....

Bukan tiada sahabat lain, ada....ramai....dan disayangi juga....tapi tk sama....setiap mereka itu tidak sama ....ada lebih dan ada kurang.... masing2 ada sentimental value nye....errrkkk...


(gambar pinjam dari mana tah...cari kat google..accik edit sikit....thank u ya..)
Namun jodohnya sampai....bertemu semula bekas kekasih lama yang menantinya selama 20 tahun.  Setia....huh...kalau dalam novel ni, memang saspek la ....sbb kesetiaan kekasih ni menanti...membujang menanti dan sanggup ambil jadi isteri walaupun sahabat itu sudah bergelar ibu tunggal, dan dalam usia menghampiri setengah abad.  Pasangan yang sepadan bak pinang dibelah dua, meskipun dalam usia begitu.  Cahaya keimanan terpancar pada wajah kedua mereka yang berpisah kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah. Mereka orang-orang yang mencintai Allah, Allah temukan cinta mereka utk tambah mengukuhkan kecintaan pada Ilahi itu. Al fatihah buat arwah ibumu, yang pergi buat selamanya ketika kenduri meraikan perkahwinanmu itu.  Tahniah dan takziah ucapan buatmu...memang berat dugaan buatmu....semoga kau tabah sahabatku..

Jodohnya menjadi penyebab kami terpaksa berpisah semula....kenapa?  Sebab dia akan (baca ; dah dibawa) dibawa pergi jauh.....jauhhhh...di Saudi Arabia...berhampiran Tanah Haram...alangkah betuahnya dia....
Semua orang kata orang yg dapat duk dedekat Makkah tu, adalah sgt bertuah.. senang nk gi buat umrah atau haji kan...betul ke? betul pun..tpi smua tu atas izin Allah jua.  Allah yang jemput...

Hasrat untuk bertemu kali terakhir, tidak tercapai.  Tidak diizinkan suaminya.  Accik pun tk paham...tapi mungkin ada hikmahnya.  Isteri dia, hak dia untuk memberi izin.  Accik terpaksa akur.

Bingkisan yang telah tersedia untuk accik berikan padanya dipertemuan akhir kononnya, kini hanya di simpan.  Tak tau bagaimana nak sampaikan.  Accik dah berjanji...akan berikan...tpi skrg bagaimana?   Tak tau, dia entah di mana....
hanya secebis doa accik tadahkan buat sahabat....moga kan bahagia dan akan bertemu syurga yang diidamkan....moga mendapat cinta Ilahi, moga dalam limpah rahmat Allah sentiasa. Tenang dan gembira dalam menjalani pengabdian diri terhadap ilahi....katamu...kutunggu kau di pintu syurga...... accik tau...dia mahu accik membuat sebanyak mungkin amal ibadah dan mengumpul bekal, untuk ke akherat sana..itulah maksudnya kunantimu di pintu syurga... terima kasih sahabatku.  Segala pesanmu tersemat di hati.

Mari kita berdoa untuk sama2 dapat menerjah masuk ke pintu syurga itu... Moga segala dosa Allah ampuni, segala amal, Allah terima, moga dengan RahmatNya, dapat mengakhiri hidup ini dalam husnul khotimah...aamiiinnn ya Robbal a'lamin...
Tuhanku, aku tidak layak untuk syugaMu, tapi, aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakaMu....

Sekian.  Luahan utk diri sendiri. Jangan nak temuntah pulak...!




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-