Showing posts with label perpisahan. Show all posts
Showing posts with label perpisahan. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Pergi lah ke mana sahaja



gambar dari google image search...thank u.

Sahabat baik accik baru melangsungkan perkahwinannya. Agak terkejut kerana ianya tiba-tiba sahaja.  Accik memang sedih.... sedih, kerana tiada lagi akan mendapat sms tazkirah darinya.
Sedih kerana tiada teman bincang siri Tanyalah Ustaz lagi..
Sedih kerana tidak ada lagi peringatan menjauhi neraka, mendekati syurga darinya..
Sedih kerana tidak dapat lagi menyakat dan bergurau dengannya,
Sedih, kerana tiada lagi pertikaian tajuk sensasi perbualan kami..
Sedih kerana, mungkin tidak akan dapat lagi berita tentangnya..
Apa lagi mendapat MMS gambar bunga2an tanamannya...

gambar dari google search...thank u
30 tahun kami tk jumpa.  Baru-baru ni, 3 bln lepas, kami Allah temukan semula.
Rancak semula persahabatan kami, Walaupun seorang di utara seorang di selatan..err..tetengah Msia.  Namun sms dan telefon menghubung kami. Kami bertazkirah, bincang tajuk program Tanyalah ustaz, buku2 agama, kami ingat mengingati, kami berjanji untuk bersama menuju jalan ke syurga, kami sakat menyakat, kami berbual hingga ke subuh pagi di hujung minggu, kami bertukar2 gambar keindahan alam sekeliling kami....

Bukan tiada sahabat lain, ada....ramai....dan disayangi juga....tapi tk sama....setiap mereka itu tidak sama ....ada lebih dan ada kurang.... masing2 ada sentimental value nye....errrkkk...


(gambar pinjam dari mana tah...cari kat google..accik edit sikit....thank u ya..)
Namun jodohnya sampai....bertemu semula bekas kekasih lama yang menantinya selama 20 tahun.  Setia....huh...kalau dalam novel ni, memang saspek la ....sbb kesetiaan kekasih ni menanti...membujang menanti dan sanggup ambil jadi isteri walaupun sahabat itu sudah bergelar ibu tunggal, dan dalam usia menghampiri setengah abad.  Pasangan yang sepadan bak pinang dibelah dua, meskipun dalam usia begitu.  Cahaya keimanan terpancar pada wajah kedua mereka yang berpisah kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah. Mereka orang-orang yang mencintai Allah, Allah temukan cinta mereka utk tambah mengukuhkan kecintaan pada Ilahi itu. Al fatihah buat arwah ibumu, yang pergi buat selamanya ketika kenduri meraikan perkahwinanmu itu.  Tahniah dan takziah ucapan buatmu...memang berat dugaan buatmu....semoga kau tabah sahabatku..

Jodohnya menjadi penyebab kami terpaksa berpisah semula....kenapa?  Sebab dia akan (baca ; dah dibawa) dibawa pergi jauh.....jauhhhh...di Saudi Arabia...berhampiran Tanah Haram...alangkah betuahnya dia....
Semua orang kata orang yg dapat duk dedekat Makkah tu, adalah sgt bertuah.. senang nk gi buat umrah atau haji kan...betul ke? betul pun..tpi smua tu atas izin Allah jua.  Allah yang jemput...

Hasrat untuk bertemu kali terakhir, tidak tercapai.  Tidak diizinkan suaminya.  Accik pun tk paham...tapi mungkin ada hikmahnya.  Isteri dia, hak dia untuk memberi izin.  Accik terpaksa akur.

Bingkisan yang telah tersedia untuk accik berikan padanya dipertemuan akhir kononnya, kini hanya di simpan.  Tak tau bagaimana nak sampaikan.  Accik dah berjanji...akan berikan...tpi skrg bagaimana?   Tak tau, dia entah di mana....
hanya secebis doa accik tadahkan buat sahabat....moga kan bahagia dan akan bertemu syurga yang diidamkan....moga mendapat cinta Ilahi, moga dalam limpah rahmat Allah sentiasa. Tenang dan gembira dalam menjalani pengabdian diri terhadap ilahi....katamu...kutunggu kau di pintu syurga...... accik tau...dia mahu accik membuat sebanyak mungkin amal ibadah dan mengumpul bekal, untuk ke akherat sana..itulah maksudnya kunantimu di pintu syurga... terima kasih sahabatku.  Segala pesanmu tersemat di hati.

Mari kita berdoa untuk sama2 dapat menerjah masuk ke pintu syurga itu... Moga segala dosa Allah ampuni, segala amal, Allah terima, moga dengan RahmatNya, dapat mengakhiri hidup ini dalam husnul khotimah...aamiiinnn ya Robbal a'lamin...
Tuhanku, aku tidak layak untuk syugaMu, tapi, aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakaMu....

Sekian.  Luahan utk diri sendiri. Jangan nak temuntah pulak...!




Tuesday, May 24, 2011

Pergilah berjuang

Semalam, hari terakhir pegawai eksekutip acik ni kat opis acik ....kerana kenaikan pangkat menjadi pegawai kanan... tahniah jua.

Jangan lupakan jawatan tidak rasmi yang acik pegang dulu tu.. SUSKK (Setiausaha Sulit Kiri Kanan) ..haha
Hari ini hari pertamanya di tempat baru. Tabahkan hatimu...



Huru hara (rujuk kat sini ) gak hari ni ...tah kenapa...
Mana tidaknya, harini reshuffle kat ofis..

Selain dari Puan Liza, Imah pun last day jugak ..penggantinya juga masuk, Sufian pun, ditukarkan ke unit lain.  Suzi pulak sibuk memeriksa result interview kerja tetapnya hari tu....dan berjaya menjadi pempuan calon simpanan. Tahniah juga buat Suzi, Fairus dan Syuhada...smua bejaya jadi pempuan calon simpanan. Hafiz pun akan keluar hujung bulan ni. Nampaknya hilang lagi staf kat unit ni.  Masuk pula orang baru lepas ni.

Selamat menyambung bakti kepada nusa dan bangsa, walau di mana anda dihantarkan. Hatta ke Eskimo sekalipun...err.. tu ayat kalu taim kena interview kerani ato cikgu khasnya kan...eh..doktor pun kan..hehe

yeahhh... world peace !!

Kepada puan Liza yang baru juga menjadi blogger ni (hasil hasutan acik la ni..!!) semoga perpisahan kita ini tidak akan memadam semangat untuk terus memblog...teruskan perjuangan di dunia blog..hehe..ader pulakk.  Inilah ucapan paling sadis untuk setiap perpisahan...wahhhh..!!

kutip semua barang...jangan ada yang tetinggal.

Biar aku terus memblog, dari aku menjadi goblok...yaaaahh....!!

Tuesday, December 1, 2009

Awal dan Akhir

Setiap yang bermula, akan berakhir... Setiap yang baru akan menjadi lama... Setiap yang bertemu akan berpisah...

Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan... kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru.. kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu... Jika yang bermula, akan ada akhirnya... Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya.. Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya yang entah di mana dan bila..

Detik permulaan, ketentuan Tuhan... Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan.. Yang baru, Tuhan yang jadikan Kelakkan usang, fitrahnya begitu..

Pertemuan, adalah keizinan Allah Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah Siapalah kita.. hanya hamba... yang tidak berdaya... cuma merancang, tapi selalu pincang, cuma berakal, kekadang hilang akal, cuma berusaha tanpaNya kita tk berdaya. syahdu pulak.. ni gegara blogger senior, Tipah Vogue la ni.. (wat per la aku link kan lagi... )...yg menutup tirai blognya.
Tak dapat lagi tengok gambar2 vogue Tipah kat blog..


Ni gamba pers taim jumpa tipah kat BNM...ingat lagikkan tipah masa tuh... lepas tu baru acik jadikkan rutin utk jengok blog tipah hari2...mulai arini...acik tk pyh dah pegi tipahvogue.blogspot.com ... kurang bebanan tugas acik sikit...hehe...(ader fulak..!!..tak de la..acik gegurau je..!.)

Tu pasal belaku gempa bumi 3 skala richtr tuh...tak per lah.. Moga ada kebaikannya buat Tipah selepas ini. Acikpun mungkin akan buat keputusan yang sama, bila tiba masanya, seperti yang dikatakan,

Yang bermula, akan berakhir, yang bertemu, akan berpisah. Nikmatilah kemanisan di blog ini, sementara kita masih diizinkan di sini.

Wednesday, October 14, 2009

Majlis Perpisahan Officemate

Aci tak? malas nak nulis.... layan gambo kenangan ni je...ngkorang tgk kitowang ni cam sedey ke ato cam suker je biler org nak pindah..heheh... amek pluang posing...
Tahniah dan selamat berhijrah buat Puan Siti Aishah Majid.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...