Wednesday, May 11, 2011

Kata Imam Al Ghazali

Dulu acik ada bukak akaun dengan Geocities...free websites..kat situ lah acik belajar menaip, duplicate dari majalah yang acik baca mahupun menulis rapuan acik sendiri..  Kini itu Geocities sudah tutup kodai.  Tak mahu lagi bagi kitorang ni free website tu...

Namun diorg tu masih ada hatiperut lagi.  Acik tejumpa semula laman web acik tu dgn webhosting yang lain...dipindahkannya dari geocities ke 'reocities' pulak. Acik korek2 semula taipan2 acik kat kuburan geocities tu...tapi acik dah tak blh mengawal atau mengedit laman web itu lagi.  Kalau engkorang rajin nak baca terus, blh gi sini.

Acik dulu guna nickname 'cencorot' dekat dalam satu ruangan Forum Kedai Kopi.  Sebab tu nama laman web tu acik letakkan nama 'Cencorot Page' .  Jgn tokojut lak. Hmm...dah lebih sepuluh tawon dah laman web tu acik lahirkan...klu tak silap dah lebih kurang 14 tahun.

Laman web tu acik daftarkan atas nama Anizalin.  Sebenarnya, dia sorang kawan acik masa acik di asrama dulu.  Kami lost contact. Acik cuba cari dia...dan hampir putus asa. Ada sedikit harapan agar ada lah sedara mara dia yg bukak laman web tu dan akan bagitau acik di mana dia...well...tak ramai yang guna nama tu.

Harapan acik tetap ada...maka lahirlah  http://www.geocities.com/anizalin/  ini.  Pastinya dia sangat istimewa hingga acik tk lupakan dia.  Allah maha penyayang dan mengasihani... akhirnya setelah lebih doploh tahun tk jumpa... acik berjaya juga jejaki beliau di Facebook.  Alhamdulillah..  itu kisah selingan acik.. :)

Ada dua Free webhosting yang acik langgan dulu.. satu lagi di Tripod.  Masih ada sehingga sekarang di sini. Di dua tempat ni lah acik mengasah bakat dan belajar tentang internet ni. Sama jugak usianya, dalam 14 tahun sudah.

Ini acik copy paste dari laman web tersebut.

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong.  

  • Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.  Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. 
  • Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. 
  • Ketika kita berjumpa dengan orang alim,  anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.  
  • Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  • Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya.  Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.  
  • Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah ISlam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi. 

Inilah yang acik jadikan panduan dalam mengharungi kehidupan acik seharian.  Namun terkadang, kerap juga.....acik terlupa...kerana acik adalah manusia.
Sekian.

2 comments:

  1. good morning!!!!!
    apo sarapan pagi ni cik. nasik lomak?
    ..
    nampak e dah lamo la acik bogolumang dalam duniyo tenet ni yo hahaha..

    adei.. takdo ko namo lain cik.

    ReplyDelete
  2. Morning kak...makan oat je..skrg ni kono jago pemakanan.
    tpi kan kak...baru kul seploh, perut dah meraung balik...
    Lamo gakla...ramai kawan poie dan dtg dah..tpi smuo totap di hati.
    Acik mang suko namo merapek2 kak..hehhe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...