Sini, acik taipkan mengikut gaya bahasa acik sendiri. Poning ngan bahasa org dulu ...
Terus pada kisahnya...
Bagaimana Sejarah Pembukaan Linggi.
Sekitar tahun 1700 gitu..ada seorang keturunan bangsawan atau di raja dari Riau. Pada yang tak tau kat mana tempat ni., sila google ye..
Ada yang menyebut nama si ayahnda, Sultan Alauddin...anak-anaknya, Tok Awaluddin dan Tok Srilah.
Sekali tu, Sultan telah memerintahkan Tok Awaluddin menyerang Sulawesi, salah sebuah negara nusantara yang telah mengambil sesuatu hak baginda Raja Riau itu yang menyebabkan baginda murka. .
Adapun, Tok Awaluddin ini seorang yang mulia jiwanya, bijaksana pemikirannya. Namun perintah ayah tetap ditaati. Tapi beliau tidak sanggup mahu menumpahkan darah..lalu bermesyuaratlah bersama kakaknya, Tok Srilah dan suami Tok Srilah, yang bernama Tok Kunut yang turut sama dalam batalion perang mereka itu. Pakatan mereka, adalah untuk mengadakan pertandingan mentafsir, sepotong ayat yang berkaitan dengan cara pemerintahan yang baik..
*Tang nama orang dedulu mang kelaka...korang jgn gelak bebesa..nanti kena daulat.
Maka, pendek cerita, pemimpin Sulawesi stuju dengan cadangan Tok Awaluddin . Bertanding lah mereka agaknya macam dalam cerita Nujum Pak Belalang tu.. Kiranya program Reality kat TV2 kita ni, mang dah lama diamalkan. Hasil undi, ternyata pihak Riau yang menang, tafsiran terbaik.
Hadiahnya, pemulangan harta hakmilik Raja Riau..tanpa setitik darahpun tumpah.
Kembali pada paduka Ayahandanya, , yang pda mulanya berbangga kerana tugas untuk anaknya telah terlaksana...tetapi apabila mengetahui cara anakandanya merampas kembali haknya itu, marahnya tidak tertahan.
Terasa seolah tercalar maruah dirinya sebagai seorang Raja yang gagah perkasa, menawan Sulawesi cuma dengan pertandingan tafsir...!!????
Baginda lalu memerintahkan Tok Awaluddin pergi semula menyerang Sulawesi. Sedih anak raja berjiwa penyayang itu, lalu tetaplah ia menuruti perintah paduka ayahandanya. Suka dinyatakan, bahawa rakyat Riau telah memeluk agama Islam ketika itu,
Akan tetapi, Tok Awaluddin tidak pergi menyerang Sulawesi pun..dengan berpakat bersama Tok Srilah dan Lebai Kunut, mereka belayar ke arah semenjung tanah melayu kita ni, lalu berlabuh berhampiran dengan daerah Rembau...lalu bermesyuarat lagi..eh..kat Rembau ada laut ehh??
(Kemaskini: alangkah lemahnya geografiku kan...rupa2nya memang sungai Linggi ada cabang, satu ke arah Linggi..dan satu lagi ke arah Rembau..itu lah jalan yang Tok Awaluddin lalu mula-mula tu) Tq Map google..
Nampaknya Tok Awaluddin tekad untuk terus tidak akan pulang semula ke Riau..!
Dalam sebuah manuskrip yang penulis tesis ini temukan di rumah atuk acik yg juga atuk si penulis...ada mengatakan Tok Awaluddin yg amat membenci adat ayahanda bondanya bersetuju membuat keputusan untuk:
1. Memantangkan/Merahsiakan asal usul keturunan diraja mereka.
2. Pantangkan bersemenda dengan kerabat raja itu.
3. Pantangkan bersemenda dengan jariah.
4. Pantangkan memakai adat perpatih
5. Ikut adat Kitab AlQuran dan Sunnah
Cukup la sampai sini dulu ye..ngantuk dah acik...kok ada tesalah eja...betulkanlah sendiri . ngkorang klu baca pepanjangpun mesti temuntah.
Bersambung di siri akan datang.- apa dia adat Kitab AlQuran dan Sunnah?
Lebih lengkap tentang Linggi di laman web ini.. http://www.nagarinantuo.com/bugis-linggi/ - updated 15/4/2013

Acik..3kg cik..memang tak dayo nak mogng maso baco..kono la lotak yo ateh mejo.
ReplyDeleteboto la cik..akak pun tak tau kek rembau tu ado laut..
ko acik next cito lak hehehe.. raso2 muka bumi dulu kan acik.. mungkin laut kek situ dah jadik tanah ;)
ReplyDeletecik...apo makna bersemenda tu cik
ReplyDeletekak erna - memang tk dayo kak...pasal laut kek Rombau tu acik tk baper kompem..mungkin maksudnya lain, tpi tafsirnya lain...
ReplyDeleteiina - acik pun tak tau la iina ooii..sbb acik tak abih round kek rombau tu lagi..hehe..kok tgk dlm peta..laut paling dekat, Port Dickson je...susur sg Linggi, baru jumpa laut...mungkin Tok Awal dan kuncu2nya berlabuh di Sg Linggi. Terus short cut ke Rembau.
Ms Lilies - bersemenda bermaksud berkahwin, hubungan melalui perkahwinan. ada sikit kekeliruan di sini. Mungkin acik tk abih baca lagi...
Assalamualaikum....tumpang tanya adakah penulis keturunan tok awaludin??
ReplyDeleteWaalaikummussalam..
ReplyDeleteInsyaAllah...ye..kalau diikutkan dari carta salsilah yang saya sendiri tidak pasti sapa yang buat. Mungkin bapa saudara saya, yg dirujuk dari datuk saya, Imam Ambak @ Abdul Majid . Rujuk entry di http://lupekanje.blogspot.com/search?q=bugis
atau terus ke carta salsilah di http://4.bp.blogspot.com/_22Gwb9rYbKM/ShNrGOfKTLI/AAAAAAAACfs/HKzNRnTpVfM/s1600-h/bugis.jpg
Assalamualaikum..maaf saya ambil masa utk reply..saya rujuk salasilah yg diberikan pd ayah sy ...dia tahu anak2 imam ambak eg . Fatimah rahah yg brkahwin dgn abas atuk saudara saya...atuk saya hj ismail
ReplyDeleteacik,,,boleh x acik wtkn salinan buku tu..saya juga keturunan linggi dan sangat berminat untuk mengkaji salasilah keturunan linggi agar generasi akan datang dapat manfaat darinya..in shaa allah
ReplyDeleteamira farhana-013 6486693
acik,,,boleh x acik wtkn salinan buku tu..saya juga keturunan linggi dan sangat berminat untuk mengkaji salasilah keturunan linggi agar generasi akan datang dapat manfaat darinya..in shaa allah
ReplyDeleteamira farhana-013 6486693
Sorry...baru terbaca komen ni. Saya tak simpan buku ni pun. Tesis sepupu ni sebenarnya. Dah saya pulangkan pada kakak yg empunya. Boleh try tanya tuannya... Muhammad Ali Dahlan. Tq Amira.
ReplyDelete