Wednesday, May 18, 2011

Cerita tentang bunga 1

Ape nak cerita tah..aritu masa blogspot problem, beriye kata banyak cerita nak story...nk update blog.   Tapi bila dah ok, cam kosong pulak otak ni ha.  Padahal cuti dua hari duk mengadap PC sokmo...tk gi memana pung.  Idea dah terbantut gaknya..hehe

Sekarang acik ada hobby baru taw kenkawan... hobby dengan pokok2....tengokla kat bawah ni... dan tengoklah kat pesbuk itu, penuh dengan gambar2 bunga.

Acik nak kongsi kegembiraan acik minggu lepas, dapat parcel dari Johor, yang isinya, adalah......


tau tak pokok apa ni?  haaa...ni lah dia pokok Kunyit Hitam. Ni bukan pokok bunga...tapi jenis herba  Yang sekian lama acik mencari..untuk berikan pada emak acik...melengkapkan koleksi taman herbanya.  Anak mithali kann..mesti lah nak menggumbirakan emak sedaya yang mampu.
Aritu tejumpa pokok ni kat satu pameran pertanian.  Tapi harganya...mak datokkkk...menghampiri RM100. Jadi, lupekanje..!

Tambahan

Ni info lanjut pasal Kunyit Hitam yang acik ambil dari laman web ini;

Nama Tempatan: Kunyit Hitam

Nama Saintifik: Curcuma Caesia
Nama Lain: Kali haldi (india), black turmeric, black zedoary
Famili: zingiberaceae
Lokasi dijumpai: 
Tumbuhan rempah
Asal: ??

Keterangan:

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya


Kegunaan:
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang? Ertinya, memelihara diri dari sebarang penyakit lah tu....insyaAllah. 
(Kredit untuk laman web ini kerana memberikan info ini) ... memanjangkan usia?  wahhh..kalau engkorang rajin membaca lanjut di laman web tersebut, mesti terperanjat dengan faedah2 lain pokok Kunyit Hitam ini... Malas la acik nak cerita...nanti ada pulak yang merompak pokok kunyit hitam acik ni...hahha... (gurau ari wesak.)


Dan acikpun lalui hari demi hari seperti biasa ... sebagaimana hamba Allah yang lain di mukabumi ini, melayan Facebook..err... maka kehendak Allah, acik pun ketemulah dengan seorang teman yang acik jumpa dari senarai kenkawan sekolah rendah acik.. nama FB dia cam cerita derama yang fofular satu, dua dan tiga waktu dahulu dan sekarang iaitu, Nur Kasih...baikkan dia. Nnt acik nak ikut pegi kampung dia lah..sbb ada sungai dan laut yang cantik...bulih mancing..hehhe..(tak malu...jumpa pun tk penah!!)

Pendek kan cerita...kang melalut-lalut pulak, sahabat ni ada pokok ni kat rumah dia dan dengan amat baik hatinya menawarkan diri untuk mengeposkan kunyitnya utk acik tanam.

Dan, seperti tertera kat atas...itulah dia, pokok Kunyit Hitam yang diidam2kan oleh emak acik.

Mekasih sahabatku yang baru je ku kenali dan tk pernah kutemui.

Sejak berkawan dengan dia ni, macam-macam pokok dah dipekenalkan kat acik...siap nama saintifik, nama botani...nama kampung, nama bandar pokok ni , semua dikungsikannya dengan acik.

Info tentang pokok-pokok tu pun diberikan pada acik..contohnya tentang bunga pokok...pokok akan mengeluarkan bunganya apabila ia stress !!...Baru pers taim acik dengar perkara ini walaupun dulu dari darjah 6 hingga tingkatan 3, acik duk dalam kelas pertanian.

Bunga warna kuning adalah bunga taik ayam...ada yg belum kenal ke bunga ni?
Antara pokok bunga yang kami perbualkan di facebook adalah; Bunga Taik Ayam...kenapa ekk...orang melayu panggil nama dia Bunga Taik Ayam.  Padahal, rupanya cantik, baunya tak lah busuk pun...tanampun senang..
Nama botani atau nama saintifik bagi bunga ini adalah Lantana camara. Nak tanam senang je...campak je benihnya ...Mesti ada guna bunga ni...nanti acik servey ye..
Memula acik jumpa, fakta mengatakan bahawa pokok bunga tahi ayam ini boleh digunakan untuk menghalau nyamuk.  (Sila tanam keliling pagar rumah..insyaAllah nyamuk tak suka nak masuk membiak di kawasan rumah anda...!)
Pastu acik jumpa fakta mengatakan bahawa bunga ini juga dibuat ubat kecantikan.  Jenis marigold...tpi bukan jenis yang selalu kita lihat di negara kita ni...

Yang ketiga, acik jumpa fakta ni..:

Lantana camara
Famili : Verbenaceae
·         pokok renek (1 meter)
·         tepi jalan & kawasan terbiar
·         bau kuat
·         bunga - merah, kuning, oren
·         buah - beri kecil
·         warna hijau ke biru gelap
·         sengal tulang
·         deman kanak-kanak
            ·         daun dan buah
·         muntah-muntah
·         cirit-birit
·         pernafasan perlahan
·         anak mata (pupil) terbuka luas
                        ·         kematian

tak berapa nak paham...jumpa di sini. 
Apakah maksudnya ia boleh dibuat ubat sengal tulang dan deman(demam?) kanak2...dan ianya juga beracun..yang boleh menyebabkan sakit seperti tersebut...hatta kematian???? 
ok..saper tau kesahihan info ini...cer citer..cer citer..


Muntah lah ngkorang pasni acik sik citer pasal bunga je...heheh..

4 comments:

kakpah said...

kunyit hitam cik? nak buek apo kunyit tu.. buek gulai nanti kuah e itam lak. buek ubek ko..

lupekanje said...

banyak gunanya kak pah...acik ada tambah maklumat tentang kegunaannya..

Acik Erna said...

acik..akak biaso dongar kunyit hitam ni.maso kojo kek epot dulu.ado orang balik dari indonesia bawak..

lupekanje said...

botul kak...kat Indon banyak..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-