Monday, May 2, 2011

Politikus lupekanje

Jarang sekali saya mahu bercerita tentang politik di blog ini...kann.
Apakata hari ini bincang pasal politik? hmmm... no no no...saya tidak minat dengan mana-mana parti politik pun.  Haruslah tidak akan menyebelahi mana-mana pihak pun.  Saya hanya pemerhati....yahh...kok yg sorang ini berucap, memburukkan orang lain, sorang lagi di parti yang lain juga, berucap mencaci yang lain, dan kok sorang lagi sama, berceramah, terselit ayat dan perkataan menguutuk saudara yang lain.
jangan fitnah kucing ku ini...

Tapi hal ini ingin saya ingatkan....dah lama saya pendamkan di hati.  Tapi ketika saya bersama seorang ahli keluarga rapat saya kelmarin, saya rasa amat bersalah, sekiranya saya tidak menegurnya.  Ketika itu, beliau mengajukkan perlakuan DSAI (ketua parti pembangkang yang amat popular masakini dengan video seks itu)...haiiihh...camne orang tua yang tk mengenal internet pun tahu....ooo...kuar kat sokabar rupanya!! Ini lah guna media elektronik....

Malulah dengan Allah...kerana iman kita  mungkin hanya senipis kulit bawang...
Mungkin niat orang yang menyebarkan video itu 'baik'.  Mahu rakyat fikir...dan tidak memilih orang yang sebegitu sebagai pemimpin.  Itukan tujuan mereka? Atau semata-mata mahu memalukan saudara se Islam mereka itu?

Ingatlah, andai kita mengaibkan atau memalukan saudara kita di dunia ini, Allah akan buka kan aib kita di Padang Mahsyar kelak. Kekdg, Allah tunjukkan  kemaluan keaiban kita di dunia lagi.

Ayuhlah kawan-kawan....kita lupekanje permainan politik itu.  Mari kita bersama terus menyediakan perbekalan kita untuk ke akherat.  Bukan merobekkan masa depan kita di akherat sana dengan turut sama mencampuri urusan mereka yang berebut kuasa itu.

Bila lagi kita nak amalkan sifat-sifat terpuji sebagai seorang muslim...bila? Sebab selama ini kita hanya menjunjung tinggi sifat-sifat keji dalam kehidupan seharian kita.
Cuba kita  jangan mengelirukan pemikiran kita dengan cerita-cerita yang tidak patut kita dengar.  Andai terdengar juga di cuping telinga capang kita ini, cerita mengenai sesuatu yang mengaibkan orang lain, samada cerita itu benar atau tidak benar, beristighfar lah....

  • mohon keampunan dari Allah.
  • mohon Allah pelihara dan jauhkan dari berlakunya dosa tersebut pada diri kita dan kaum keluarga kita.
 Bukan kata...contohnya,
"isk...teruknya orang macam tu..hidup memalukan orang melayu ja...memalukan orang Islam ja...!!!

Bukankah itu yang lebih selamat buat kita (beristighfar). Komen kita tidak akan mengubah apa-apa.  Melainkan menambah dosa.  Dosa mengumpat saudara seIslam yang lain. Dosa menuduh sesuatu yang tidak pasti benarnya.  Kalaupun benar tuduhan itu, mengumpatkan itu??? Sesungguhnya, mengumpat itu ibarat memamah daging saudara sendiri.  Mengumpat itu akan memakan diri kita di neraka kelak.  Nauzubillahiminzalik.


di carigali di google..gambar hanya hiasan *utk dipikirkan juga.. takutkan?


Buruk memburukkan, terlalu biasa di kalangan pemimpin politik dan pengikut-pengikutnya, tak kira lah dari parti apa.. Demi untuk mendapatkan sokongan. Cukuplah...marilah cuba tektik amalkan mahmudah dalam meraih sokongan rakyat.  Elakkan dari memburukkan saudara sendiri.   Dah bosan dah dengan tektik membuka aib sesama sendiri untuk dapatkan sokongan rakyat.  Rakyat dapat dosa mengumpat, yang diumpat, dapat pahala. 

Cuba bina iman dan ketakwaan dalam diri..memperbanyakkan cerita tentang kebaikan saudara yang lain..lebih baik dari menelanjangkan dosa orang lain kerana masa kita untuk hidup ini semakin singkat.  Bak kata sorang teman tu, umur kita semakin hari semakin pendek...di mana bekalan kita?.

Bangunkan kemajuan ..jauhkan permusuhan....eratkan persaudaraan.

*Peringatan untuk diri sendiri* dan ahli keluarga*
Ingat la acik oooii..bila nak berubah tu...

4 comments:

Acik Erna said...

acik..akak sokong apo yang acik tulih.dari mula akak elak kan baco suratkhabar dan tengok berita..takut terlibat..tercakap..atau hati berkata2 sedangkan kita tidak tau kebenarannya..siapa kita nak bercakap aib orang
kita kena tutup aib..bukan sebarkan..boleh ke bahan bukti disebarkan seantero dunio..polek bin ajaib.akak tak tengok..tapi terdengar jugak orang bercerita..walaupun tak suko.
akak menyampah ya amat nak dengar dan tengok berita jijik..
sampai sebab itulah akak sekarang ni tengok canel yang lansung takde cerita dalam melaysia..sampai tak tau apa2 lansung,
dah dah tekono ponyakit gilokan cerito korea pulak..ha ha..ha..

zino said...

no komen... biar la itu kojo org politik.. kita buek kojo kito..

lupekanje said...

kak erna, lagi bagus citer korea tu kan kak..heheehe

lupekanje said...

zino, kok tu komen eh...bulih diterimo pakai... :)..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-