Teman-teman bertanya, benarkah, perkahwinan itu, bagi seorang wanita, ibarat menjadikan diri seperti seorang anak yatim?
Lalu aku jawab; Kenapa anak yatim pulak? Perkahwinan adalah ikatan yang suci dan mulia, yang menaikkan taraf seorang wanita...menjadi seorang isteri.
Apabila kita telah bersetuju untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki, maka kita sebenarnya telah menyerahkan seluruh tubuh jiwa dan raga, lahir dan bathin kita kepadanya.
Kita seperti tidak ada hak lagi atas diri dan tubuh kita...kerana hak itu semuanya kini menjadi milik suami kita. Apa jua yang kita lakukan, semuanya perlukan keizinan dari sang suami, hatta untuk menyikat rambut sekalipun, perlukan keizinan suami.
Menggugurkan sehelai rambut dari kepala, tanpa izin suami, telah dikira berdosa.... macam teruk sajer bunyiknya kan... ini sudah menyusahkan hidup seorang wanita !!!!
Tidak la camtu sangat payahnya menjadi isteri. takut ramai pulak yang membuat keputusan untuk tidak berkawin nanti.
Belum lagi ku keluarkan hadis nabi yang mengatakan hak seorang suami terhadap isterinya... antaranya yang bermaksud,
Seandainya aku diperbolehkan menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, pasti telah kusuruh seorang wanita untuk bersujud kepada suaminya.
Al kisah;
Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."
Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada"
Suami adalah syurga dan neraka bagi seorang isteri.
Kenapa ku katakan sedemikian?
Panjang huraiannya. Cukuplah ku katakan bahawa seorang isteri itu amat mudah untuk mendapat pahala dan mudah juga untuk mendapat dosa sepanjang memegang gelaran seorang isteri.
Isteri itu sendirilah pilih samada dia mahukan pahala atau mahukan dosa kerana dedua mudah di perolehi.
Maka berebut2lah untuk mendapatkan pahala itu, dan larikan diri anda sejauh mungkin dari berbuat dosa terhadap suami anda.
Biarku katakan lagi.... bahawa jalan ke syurga itu berliku-liku dan penuh duri.....
Sebaliknya, jalan ke neraka, amat mudah dan terbentang di depan mata.
Tulisan ini tidak setakat ini, kerana ia memerlukan huraian yang panjang berjela. Oleh itu, jangan sempitkan pandangan anda. Perbanyakkan ilmu dan amal di dada.
Ini merupakan Peringatan dan pesanan khas buat anak-anak perempuanku dan mereka yg aku sayang.
Selamat perantin baru buat teman / pegawai di pejabatku,
Azizah binti Bahrum.
Yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad ini di Kota Tinggi, Johor. Moga menjadi isteri yang solehah, yang akan membahgiakan suami tercinta, dan berdua bersama seiring sejalan mengharung susah senang dalam alam rumahtangga.
Nantikan kedatangan kami.....
*yg lebih nak soping kat Air Itam...wakkakak..
"Menggugurkan sehelai rambut dari kepala, tanpa izin suami, telah dikira berdosa.... macam teruk sajer bunyiknya kan... ini sudah menyusahkan hidup seorang wanita !!!!
ReplyDeleteTidak la camtu sangat payahnya menjadi isteri. takut ramai pulak yang membuat keputusan untuk tidak berkawin nanti."
----> acik...sha nyaris terpengaruh...hohohoho..dah terusik2 kepala yang berambut sikit nieh..maklumlah...baru lepas potong:P
acik...den nyo rambot...laki den yg potongkan....sobab eh...dio ghimeh nengok rambot den panjang sket....
ReplyDeletesangat lomantik that moment.....leh gurau sondo.......sobab kek dlm umah..leh bekomban yo ...kalo kek selun...tk buleh kan...hahahhaa
Acik.. kalu mau shoping jangan lupo sibiniyer untuk ryn taw...
ReplyDeletetrima kasih t0k ini acik...
ReplyDeleteacik nak pi makan kenduri...intro nyer cukup la panjang..hi hi..
ReplyDeletesamat raya acik..masih ada lagi raya2..
sha,
ReplyDeleteerr...udah ader somi klu laa...klu blm, sukati ler...
mamarempit,
eee...best nyer....ai laikk jugak!!...
alerrr mama...upah tukang gunting u gunting rambut ai moleh tak??? hehhehe...
Eryn,
sibiniyer..? okeh...acik belikan sepit rambut yg klip klap tu nak tak?? kehkehkeh...
btw....acik nk gi rayer kat K.Warisan sabtu ni..umah bos kat situ...haha..siap..acik nk terjah umah ryn...siler pangkahkan pintu umah anda dengan cat meyah okeh...!!
sharamli,
sama-sama nak...
sok klu jadik mengantu acik,
tolong amalkan nih ye...hehehe..
cikgooden,
slamat ari raya cikgu...ehh..dah patploh kali acik ucap nih..tkkan tadek duwet rayer kot..wakakka...
ye laaa cikguu...Ahad ni gerombolan kami dari BT akan ke Kota tinggi....yeaaa haaaaaaaaaa...
Doakn perjalanan kami slamat..pergi dan balik...saper nak munger telo angkat tangan!!..err..
Pegawai eksekutif yg incharge markah prestasi cikgu2 yang cuti belajar akan naik felamin...so..reti2 lah hangpa bagi adiah kat dia...dan acik..(eh...ader kaitan ke..)
heheh..*gurau jerr...
yelah..acik..kalo nk dfikir dosa2 isteri kt suami ni..rsa mcm berat..x trtanggong lak..tp heran time nk nikah dlu...x trfikir lak...dok tunggu2 je..."bilalah mamat ni lamar aku!!"...hakhakhak...
ReplyDeleteinna Ab..
ReplyDeleteitu ler inna...jarang org nk mikir susahnya kawin...salu duk ingat yg best2 je klu kawin...
tpi biler sowang minah ni dtg tanya acik...dn pastu dia jadik takut...kira acik saspek la kat dia...
*senornya dia takut tk leh balik raya umah parents dia nnt klu lepas kawin..heheh..
acik, ekau jangan tak datang konduri rumah kakpah cik. Kok tak datang kakpah sosah. nak hantar kad ekau taknak bagi alamat. So, datang yo lah on the 31st ni. Siang. Datang malam, tinggal kemah yo.
ReplyDeletekpah,
ReplyDeleteerrr...err....err...
takut nyer kono sosahh...wakakka...
baekla kak Pah....31 November ye....okeh... no hallll pnyer...
tk po kak pah..klu acik dtg malam...acik duk yo la ontok2 bawah kemah tu....hahah
moga kita semua menjadi isteri yang masuk syurgaaaaaaaaaa
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteAamin...mudah-mudahan, buat semua yang bergelar isteri yang membaca doa ini....
bila baca N3 acik ni, baru terfikir banyak nya dosa ku pada suami....huhuhu...
ReplyDeletetapi tak kan asyik asyik kita jer yg berdosa?
salam inna,
ReplyDeletekita fikirkan dosa kita...lebih baik dari kita fikirkan dosa mereka...iaitu dosa pasangan kita..
kannnzz????
nnt klu rajin, kita bincangkan btapa beratnya tanggungjawab org laki pulak..
Selalunya.. bila seorang wanita jadi isteri nak menjadi isteri mithali tapi dek sebab org luar ipar mertua mempengaruhi.. sumenya jadi azam aje
ReplyDeletebila dah jadi suami isteri perlu ada persepahaman saling hormat menghormati dan saling caya mempercayai .. baru bahagia..
ReplyDeleteumi..dah 2hr X update blog..msti bZ ngan open house nih..hehe
ReplyDeletesya,
ReplyDeleterosak pogrem ye...dari pogrem bebaek, dah jadi pogrem yg tk sepatutnya...
zino,
betui...saling....kener ingat tu...bukan sorang je kannnnzz..
yanie k.,
semalm umi bz men bedminten ngan open hse umah bos...
arini sehari suntuk, gi Kota tinggi Johor...pekahwinan pegawai kat opis umi.....jadik..manader masa nk hapdet...?
klu si isteri tueh nak berpuasa sunat pown kene mintak izin suami taw..jangan lupa tueh plak..tak ramai yg taw.. =P
ReplyDeleteMy Name Is E,