Showing posts with label rugi. Show all posts
Showing posts with label rugi. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Dua perkara yang dirugikan

Tanyalah Ustaz pagi ni...
Ustaz kata...
Manusia ni selalu merugikan 2 perkara, Masa dan Kesihatan.


Betul tu ustaz. 
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang."
Ada masa, ada kesihatan, tapi tidak beramal ibadah. Menangguhkan melakukan ibadah. Sibuk dengan urusan dunia katanya.  Sedangkan akherat itu kekal abadi tempat kita dihidupkn semula selepas mati nanti.  Dan mati itu datangnya tiba-tiba. Tidak pasti di mana dan tidak menunggu sama ada kita bersedia atau tidak. Sama ada bekal kita telah cukup atau sebaliknya. Tidak menanti usia tua atau tidak menunggu sehingga kita mendapat sakit.

Sekian, peringatan untuk aku yang selalu terlupa dan sengaja melupakan ilmu.  Moga Allah sentiasa beri kita petunjuk dlm mengamalkan Islam dan matikan aku dan kita semua dalam husnul khotimah...aamiin.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...