Wednesday, March 28, 2012

Melukis tanpa Pemadam

Terjemahannya,
Kehidupan ini ibarat melukis tanpa pemadam. Sekali kita mencorak, ia tidak boleh nak dipadam lagi.

Dari itu, berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, kerana sesuatu yang berlaku itu, tidak boleh nk di 'undo' atau nak delete semula. Ia tetap akan berlaku dan berlalu. Mohonlah petunjuk dan istikharah dengan Allah, sebelum membuat sesuatu keputusan, semoga apa yang kita lakukan, bukan dari hasutan atau pengaruh syaitan dan hawa nafsu.

Kalau tersalah lukis, boleh lagi modified, untuk mencantikkan semula. Ibarat seorang pelukis yg mula-mula kita nampak macam hampeh je lukisannya diperingkat awal, tpi lama kelamaan, apabila diperbetulkan, campuran warna diharmonikan, ton yang betul, mengikut arah cahaya, perspektif yg tepat,  diselitkan macam-macam elemen objek dlm gambar tersebut, ianya membentuk satu lukisan yang indah..

Hidup ini pun macam tu jugak.  Kalau dah tersalah langkah, bertaubatlah, bersihkan diri, dekatkan diri dengan Allah, sucikan hati, perbanyakkan amal, jauhkan mungkar.  InsyaAllah, kesilapan lama itu akan menjadikan iktibar, pengalaman hidup yang amat berharga untuk dijadikan sempadan dalam kehidupan.

2 comments:

  1. Hello Kak, bahasa saya sebelum Merdeka, but can understand about 35% your posting. Very interesting.
    Allow me to add, live our lives without excuses, love with no regrets.

    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Thnk u Uncle Lee. For stopping by n drop your words here..
    wish you to have happy living in your life.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...