Friday, May 25, 2012

Pentingnya Restu ibubapa

Di tengah malam jemahat yang mulia, acik tertukar channel forum Tanyalah Ustaz yang bertajuk Seks di awal usia...tk perasan pula nama Ustaznya.

Acik ikut forum ni dan tertarik dengan kebenaran kata ustaz nya. Katanya, jika anak perempuan itu memasaknya tidak mahu, auratnya tidak ditutup, tidak penyabar..tidak hormat orang tua,. bagaimana mahu berkahwin? Ibubapa merasakan si anak belum layak untuk berkahwin berdasarkn pemerhatian mereka.  Anak itu, belum bersedia untuk berkahwin, selagi mereka bersikap sebegitu, kerana apabila berkahwin, anak itu perlu menjaga anak orang lain, samada lelaki atau perempuan..dengan menjadi suami atau isteri...menerima dan menjaga hati ibu dan bapa mertua juga, dan kemudiannya akan melahirkan anak, mendidik anak itu...bersediakah mereka? apabila penghormatan dan ketaatan mereka pada ibubapa sendiripun tidak ditunaikan.

Soalan lain tentang pasangan yang mahu berkahwin, tetapi tidak dipersetujui oleh ibu atau bapa...
Kata ustaz tersebut, pertama sekali, ibubapa telah banyak mengenal dunia atau lebih dahulu makan garam.  Sebab itu, mereka akan memerhati secara keseluruhan dan mudah nampak sesuatu yang tidak sesuai untuk anak mereka. 

Contohnya, jika anak perempuan, merasakan teman lelakinya adalah seorang yang baik, beragama, beri hadiah kitab agama, bertanggungjawab, penyayang dan rajin...bukankah anak perempuan itu berkemungkinan akan menjadilah nasib Tipah tertipu..(ayat ni acik yg tambah...) seorang ibubapa yang menyayangi anaknya, akan memerhati perkara ini secara matang.  Bukan seperti pemerhatian si anak, kerana ibubapa ini lebih berpengalaman. 

Mereka lebih dapat menilai dan tahu lelaki yang berlakun atau yang benar-benar baik  atau benar-benar gentleman. Kata ustaz itu lagi, adalah perkara biasa, seorang lelaki itu menunjukkan atau melakunkan sikap yang baik untuk menawan hati perempuan.  Seorang gadis itu memang amat mudah ditawani dengan hanya menunjukkan sedikit kebaikan, hingga adakalanya akan sanggup melupakn kebaikan ibubapa yg tidak ternilai, demi mengejar kasih si lelaki pelakun itu. Belang silelaki akan terserlah, apabila telah berkahwin.

Yang kedua, keberkatan, dari mentaati ibubapa.  Oleh itu, ikutlah nasihat ibu atau bapa.

Maka seruku pada anak2 perempuanku,sama2lah berdoalah pada Allah, agar diberikan jodoh yang baik buat kalian.  Jangan lah terlalu mudah mempercayai seorang yang bernama lelaki, sebaliknya, dapatkan restu dari ibubapa.

Untuk anak lelakiku pula, binalah keimanan dan ketakwaan dalam diri, dan jangan jadikan diri kamu sama seperti lelaki2 yang bijak berlakun untuk menawan hati wanita itu, setelah mendapat wanita idaman, bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak mampu mendidik anak isteri kalian.
ustaz menyeru ibubapa agar memilihkan jodoh untuk anak-anak mereka.
Hmmmm...acik tidak mampu mencarikan jodoh untuk anak2...kalian carilah sendiri, tapi biarlah yang dapat restu dan persetujuan. Itu je...perasaan takut dipersalahkan sekiranya nnt tidak bahagia.

Bukan senang menjadi seorang isteri yang taat dan bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Dan, lagi bukan mudah mahu mendidik anak untuk mentaati dan menghormati kita. 

2 comments:

  1. setuju dengan pendapat tu...
    selmat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  2. mekasih zino..nk gi joging nih...pagi yg cerah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...