Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya.
Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30)
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu.
Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh.
Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.
DIambil dari laman web : http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1084/dosa-menipu/
Hukum menipu;
Dalam sebuah hadis,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah saw,
أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح
Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:
"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dipanjangkan dari laman web ini : http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/06/hukum-menipu.html
Ye..jgn menipu mereka yang masih celik matanya, kuat ingatannya dan terang telinganya. Sewaktu hendak menipu, ingatlah, bahawa Allah maha mengetahui kebenaran setiap apa yang kamu katakan itu. Apakah keuntungan yang kamu perolehi dengan menipu? Lebih2 lagi menipu orang yang tidak buat salah terhadap kamu.
lupekanje : Pantang datok nenek aku kalu orang tipu aku..!! Mmg payah hendak aku lupekanje. ! huhu...emo seketika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...

Hello. And Bye. Thank you very much.
ReplyDeleteBagaimana pula dengan sikap lelaki yang suka menipu dan tidak suka bercakap benar pada hakikatnya dia salah tapi dia tak mengaku?
ReplyDeletememang tepatlah seperti artikel copy paste yang saya kongsikan di atas. ..antaranya;
ReplyDeleteOrang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.
Tak mengira sama ada lelaki atau perempuan... balasannya tetap sama..siksaan yang pedih di akherat kelak. Yakinlah bahawa setiap perbuatan kita akan ada balasannya di akherat. Perbuatan baik, dibalas baik, perbuatan jahat, Allah balaskan dengan hukuman/siksaanNya.
Untuk yang menjadi mangsa, Allah bagi satu jalan / jalan penyelesaian, iaitu, sabar. Jangan pula kita bertindak menjatuhkan hukuman. Satu lagi, bersangka baik selalu. In sya Allah..ganjaran pahala yang mudah untuk kita dapat dari sedikit ujian Allah itu.