Selagi kita hidup, selagi itulah akan diuji. Jangan kesalkan setiap ujian yang mendatang. Kerana ianya tanda kasih Allah pada kita. Setiap kali diuji dengan kesusahan, kita mencari Allah. Apakala kita telah lepas dari ujian, kita mula menjauh dari Allah.
Allah tidak meminta apa dari nikmat yang diberikanNya. Seperti mana kita mengharapkan balasan dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Allah tidak perlukan apapun dari kita. Hanya kita yang amat memerlukan Allah.
Allah yang memberi kehidupan ini pada kita. Kehidupan dunia yang sementara, untuk menentukan tempat kita di sana. Kerana di sana, Allah telah sediakan 2 tempat sahaja untuk kita pilih. Syurga atau Neraka.
Untuk ke syurga, ada jalan-jalannya yang perlu kita tempuh. Biasanya, jalan ke syurga itu bengkang bengkuk dan banyak onak dan duri sepanjang perjalanan ini. Jalannya penuh duka, penuh derita penuh sengsara. Kita kena sabar dan tabah dengan kesakitan, kepayahan dan dugaannya. Kita lalui dengan keyakinan, bahawa di penghujungnya akan ada kenikmatan. Kita perlu berani dan berserah sepenuhnya kepada Allah dan meletakkan kecintaan kepada Allah demi untuk mendapat kasih sayangNya.
Kasih sayang Allah itulah yang akan membawa kita ke syurga. Bukan kasih sayang makhlukNya yang akan kita temui di sepanjang perjalanan penuh duri kita itu. Namun, kasih sayang makhluk yang Allah anugerahkan kepada kita, yang memimpin kita lebih hampir kepadaNya itu perlu dicari dan dipelihara.
Kasihilah...cintailah, selagi ianya di atas landasan keimanan dan ketakwaan, selagi ianya bukan beralaskan nafsu hasutan syaitan. Kasih sayang seperti ini, boleh membawa kita ke syurga Allah. Kasih yang suci murni yang benar-benar kerana Allah ini mampu menunjukkan kita jalan ke syurga. Bolehlah kita terima kata-kata, ' kan ku nantimu di pintu syurga.' Tapi, kasih sayang bagaimana yang benar-benar suci kerana Allah ini? Payah hendak kita temui. Yang paling mudah, kasih sayang antara suami dan isteri. Didiklah diri masing-masing, agar menemui kasih sayang kerana Allah ini dalam rumahtangga masing-masing.
Untuk ke neraka, jalannya amat mudah. Penuh nikmat, penuh keindahan dan keseronokan. Tiada kepayahan, tiada penderitaan. Jalannya lurus sahaja, dan di sepanjang jalan itu, ditaburi dengan segala macam kenikmatan, harum-haruman dan keceriaan. Tapi dipenghujungnya, neraka Allah yang maha dahsyat menanti. Neraka yang maha panas, tersedia bermacam jenis gaya penyiksaan yang tidak terbayang oleh kita dalam kehidupan sementara kita ini. Ye lah, dalam perjalanan yang penuh kenikmatan itu, kita tidak memikirkan apa yang ada di hujungnya. Kita lalai, kita leka dengan keindahan dan keseronokan yang kita nikmati. Serasa seolah kita akan selamanya dalam keseronokan dan kemewahan itu. Hingga kita lupa, perjalanan ini akan ada penghujungnya.. penghujung yang tiada lagi kenikmatan, tiada lagi haruman, tiada lagi irama merdu yang menghiburkan.
Moral of the story, jangan ikut jalan yang membawa kehancuran pada diri sendiri, walaupun seronok dan indah...namun ianya hanya di dunia.
Ikutlah jalan yang telah Rasulullah tunjukkan pada kita. Jalan hidup berpandukan Al Quran dan sunnah. Berpegang pada agama Allah...jalankan perintahNya, tinggalkan laranganNya. Nah...itulah jalan yang benar. Selagi kita mahukan kebenaran, selagi itulah, akan banyak halangannya. Halangan itulah merupakan hadiah Allah buat kita, selagi kita mentaatiNya, bersabar atas ujianNya. Menyerahkan segalanya kepada Allah. Mencintai Allah dan RasulNya. Berusaha mentaati. Berusaha menjadi hambaNya yang soleh / solehah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.