Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Kisah kehidupan yang sementara

Selagi kita hidup, selagi itulah akan diuji.  Jangan kesalkan setiap ujian yang mendatang.  Kerana ianya tanda kasih Allah pada kita. Setiap kali diuji dengan kesusahan, kita mencari Allah. Apakala kita telah lepas dari ujian, kita mula menjauh dari Allah.

Allah tidak meminta apa dari nikmat yang diberikanNya.  Seperti mana kita mengharapkan balasan dari setiap kebaikan yang kita lakukan.  Allah tidak perlukan apapun dari kita.  Hanya kita yang amat memerlukan Allah.

Allah yang memberi kehidupan ini pada kita.  Kehidupan dunia yang sementara, untuk menentukan tempat kita di sana.  Kerana di sana, Allah telah sediakan 2 tempat sahaja untuk kita pilih.   Syurga  atau   Neraka.

Untuk ke syurga, ada jalan-jalannya yang perlu kita tempuh.  Biasanya, jalan ke syurga itu bengkang bengkuk dan banyak onak dan duri sepanjang perjalanan ini. Jalannya penuh duka, penuh derita penuh sengsara. Kita kena sabar dan tabah dengan kesakitan, kepayahan dan dugaannya.  Kita lalui dengan keyakinan, bahawa di penghujungnya akan ada kenikmatan. Kita perlu berani dan berserah sepenuhnya kepada Allah dan meletakkan kecintaan kepada Allah demi untuk mendapat kasih sayangNya.

Kasih sayang Allah itulah yang akan membawa kita ke syurga. Bukan kasih sayang makhlukNya yang akan kita temui di sepanjang perjalanan penuh duri kita itu. Namun, kasih sayang makhluk yang Allah anugerahkan kepada kita, yang memimpin kita lebih hampir kepadaNya itu perlu dicari dan dipelihara.

Kasihilah...cintailah, selagi ianya di atas landasan keimanan dan ketakwaan, selagi ianya  bukan beralaskan nafsu hasutan syaitan.  Kasih sayang seperti ini, boleh membawa kita ke syurga Allah. Kasih yang suci murni yang benar-benar kerana Allah ini mampu menunjukkan kita jalan ke syurga. Bolehlah kita terima kata-kata, ' kan ku nantimu di pintu syurga.'  Tapi, kasih sayang bagaimana yang benar-benar suci kerana Allah ini? Payah hendak kita temui.  Yang paling mudah, kasih sayang antara suami dan isteri.  Didiklah diri masing-masing, agar menemui kasih sayang kerana Allah ini dalam rumahtangga masing-masing.

Untuk ke neraka, jalannya amat mudah.  Penuh nikmat, penuh keindahan dan keseronokan.  Tiada kepayahan, tiada penderitaan.  Jalannya lurus sahaja, dan di sepanjang jalan itu, ditaburi dengan segala macam kenikmatan, harum-haruman dan keceriaan.  Tapi dipenghujungnya, neraka Allah yang maha dahsyat menanti. Neraka yang maha panas, tersedia bermacam jenis gaya penyiksaan yang tidak terbayang oleh kita dalam kehidupan sementara kita ini. Ye lah, dalam perjalanan yang penuh kenikmatan itu, kita tidak memikirkan apa yang ada di hujungnya.  Kita lalai, kita leka dengan keindahan dan keseronokan yang kita nikmati.  Serasa seolah kita akan selamanya dalam keseronokan dan kemewahan itu.  Hingga kita lupa, perjalanan ini akan ada penghujungnya.. penghujung yang tiada lagi kenikmatan, tiada lagi haruman, tiada lagi irama merdu yang menghiburkan.

Moral of the story, jangan ikut jalan yang membawa kehancuran pada diri sendiri, walaupun seronok dan indah...namun ianya hanya di dunia.
Ikutlah jalan yang telah Rasulullah tunjukkan pada kita.  Jalan hidup berpandukan Al Quran dan sunnah.  Berpegang pada agama Allah...jalankan perintahNya, tinggalkan laranganNya.  Nah...itulah jalan yang benar. Selagi kita mahukan kebenaran, selagi itulah, akan banyak halangannya.  Halangan itulah merupakan hadiah Allah buat kita, selagi kita mentaatiNya, bersabar atas ujianNya. Menyerahkan segalanya kepada Allah.  Mencintai Allah dan RasulNya. Berusaha mentaati. Berusaha menjadi hambaNya yang soleh / solehah.

Wednesday, August 22, 2012

Ini sahabatku



Ini sahabat karibku....dan akan ku cuba jadikan terus sahabat paling karibku sampai nafas terakhirku.  Sekarang dah berusia hampir 30 tahun. 

Tulisan jawi di dlm kotak tu, tulisan tangan insan yang menghadiahkan AlQuran comel ini.... Moga ianya menjadi sumber ketenangan... terima kasih adikku... dulu masa sekolah2, terutama di asrama, kan ada ramai adik/kakak angkat nih...ini antara hadiah terbaik adik angkatku, Anizalin.

Yang memberi dorongan menjadikan Al Quran sebagai sahabat karib, seorang sahabat baik ku.. Hanisah Hamid nama dia.  Terima kasih sahabatku, atas dorongan dan nasihatmu. Memang rasa amat teruja untuk merealitikan nasihat sahabat ini bila mendengar ceritanya tentang beliau dan anak-anaknya yang sentiasa berdamping rapat dengan Al Quran, kitabullah ini.  Anak-anaknya yang smuanya hafiz dan hafizah Quran.  Seronokkan dengar camni.  Kalaulah anak-anak kita dapat mencintai Quran, mencintai Allah dan Rasul, sejuk pewot kita yang mengandungkan mereka 9 bln tu.

Tak apalah... moga anak2 kita akan ke arah itu juga satu hari nanti.  Sementara tu, mari kita cuba sendiri, atau sekurang-kurangnya, menjadikan AlQuran itu sahabat pembimbing kita.

Friday, July 6, 2012

Amal makruf


Sentiasa lah mencari dan merebt peluang membuat kebaikan walaupun dengan hanya menolong membuangkan sampah..tk larat juga? ok..mendoakan orang yang sakit itu agar cepat sembuh juga adalah satu kebaikan berpahala yg tak perlu menggerakkan anggota, hanya getusan di hati cuma.  
Nampak.... sangat mudah untuk membuat pahala. Semudah membuat dosa ... dengan melihat kekurangan orang, terlintas kutukan di hati, tanpa menggerakkankan anggota, kecuali mata. Pilih lah, anda mahukan pahala atau dosa?

Sesungguhnya mati itu semakin hampir dengan kita...
Dan Masa lalu itu semakin jauh meninggalkan kita.

Penuhi sisa2 kehidupan yg masih ada ini dengan sebanyak2 kebaikan..jauhi kemungkaran.

Peringatan untuk diri yang selalu lupa.

Tuesday, May 8, 2012

Peperiksaan itu..

Beli lagi buku baru.   Tiap-tiap kali nak periksa, kena beli buku baru... kerajaan ni asik buat pindaan pekeliling, pindaan akta tukar itu ini, ikut arahan orang atasan.

Buku last yang saya ada, tahun 2007... Saya gunakan untuk peperiksaan tahun 2007, 2008, 2009, 2010 ... tak jugak lulus-lulus lagik ... duk print2 je pindaan yg dibuat.  Malas nak beli baru.  2011, rehat, malas nk ambil pekse ni...  
Nyesal gak, sebab kenkawan lain yang ambil tahun lepas tu, ramai yang lulus..huhu..
Jadi tahun ni, kembali ke gelanggang peperiksaan ini semula. Dan rasanya wajib je beli buku baru ni. 


Dulu regernya RM20.00 .... sekarang udah hampir RM50 ... !  Gubuk buruk ni akan tambah berat... bila agaknya nak lulus..

Serupa macam kehidupan ni, tak akan berhenti dari terpaksa harungi pelbagai ujian....selagi hidup...  Agi idup, agi ngelaban...

Selagi ada nyawa di badan, selagi itu, kita akan terus di uji...terus terpaksa menduduki peperiksaan tanpa disedari.  Cuma, ujian kehidupan, tk perlu beli buku baru setiap kali menimpa kita...ia cuma perlukan tingkatan iman, tingkatan, kesabaran.  Rujukan buku hanya satu...  kitab suci Al Quran, yg tk pernah berubah dan tak akan berubah.. dibantu oleh sunnah Rasulullah.  Pesanan, dan ajaran Rasulullah yang menjadi panduan setiap yang mengaku beragama Islam.  InsyaAllah..selagi kita berada di landasan Al Quran & Sunnah itu, kita akan lulus, selamat di 'sana' .

Friday, May 4, 2012

Solat Isya' dan Subuh


"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." -Shahih Muslim



Betul kan... solat yang paling liat nak dibuat, adalah dua solat ini.  Sesungguhnya manusia yang lalai, tidak akan menyedari mereka itu adalah dalam golongan munafik...nauzubillah.  Mari sama-sama kita membaiki ibadah kita pada Ilahi.

Thursday, May 3, 2012

Pertemuan & Perpisahan

Cuti Hari Buruh kemarin saya luangkan masa menziarah orang meninggal di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ni. Dah lama siap, baru ini lah kali pertama saya menjejak kaki di sini.  

Cuba lihat suasana yang saya lihat di sini...dalam satu gambar ini...  di kiri, mensaksikan perpisahan, sebuah kematian.  Di sebelah kanan, mensaksikan pertemuan dua hati. Sebuah pernikahan.  Di sini... di masjid ini.





Saya ambil kesempatan melawat kawasan Masjid ini...



Ketahuilah manusia, kita dipinjamkan, dan bila2 masa, akan dipulangkan semula, kepada yang meminjamkan itu.  Ingatlah selalu.  Hargailah pinjaman Allah itu.  Gunakan untuk kebaikan dan jadikan wasilah, alat, untuk perbekalan ke sana...ke akherat yang baqa'.

Wednesday, May 2, 2012

Berlakunkah kita

Tengok orang berlakun, kat Tv, kat filem, kat pentas.....
Mereka boleh melakunkan pelbagai watak.  Mereka mahukan watak yang mencabar dari masa ke masa.
Nampak macam mudah je nak jadi baik.
Dan nampak macam jahat sungguh satu2 watak tu.
Rupa cantik, bau tadak...blakun jugak ka?

Bila berlakun jadi orang baik, penonton, sanjung. Respek. Sayang kat pelakun tu.  Punya lah pengaruh seorang pelakun.

Bila berlakun jadi orang jahat, audiens memang bebetul benci.  Sampai ke tahap kena baling batu bila kluar tengah khalayak ramai.
Berjaya kan...pelakun macam tu.

Tapi saya ni mmg rasa benci sangat kat pelakun yang dlm filem, dalam tv, belakun jadi baik sesangat macam malekkat.  Tapi, habis je shooting, huha huha, tk ingat Tuhan dah.   Tk terkesan  sikit pun ke dalam hati mereka, sepanjang menghapal skrip tu....kebenaran kata2 dalam skrip yang mereka duk hapal dan lafazkan tu..?


Hmmmm... aku tk sedar, aku pun selalu berlakun.  Itu ketukan di hati, bila memikirkan perkara yang sedemikian.  Aku sering berjanji pada Allah, dalam solatku, dalam doaku...untuk menyembah hanya Allah yang satu.  Untuk membuat kebaikan.  Meninggalkan kejahatan.  Se usai solat, aku kembali ke dunia kemungkaran.  Hanyutkan diri dalam kealpaan.  Tidak ada bezaku dengan pelakun2 tv, filem dan pentas itu. Aku pelakun di hadapan Rabul a'lamin rupanya.  Pelakun yang berjaya juga layak mendapat anugerah filem antarabangsa.

Ampunkan dosaku Ya Allah.  Berikanlah segala kebaikan kepada kami dalam menuju ke jalanMu yang benar.  Jangan kau putuskan kami dari RahmatMu, dari Taufiq dan HidayahMu Ya Allah.  Berikan Nur keimanan dalam setiap diri kami untuk mentaati perintahMu dan mengikut sunnah rasulMu Ya Allah.
Jauhi kami dari lakunan kejahatan yang akan memberikan bala' siksa neraka mu di akherat kelak. Kuatkan keimanan kami, tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami dalam menempuh ujian penghidupan demi mentaati Mu, keranaMu..bukan kerana yang lain.

Tunjukkanlah kami jalan yang benar, sebenar2nya untuk kami lalui, untuk kami ikuti, agar tidak tersasar dari perintahMu.  Aamiin. Ya Rabb.

Saturday, April 28, 2012

Jangan meragui janji Allah, berdoalah !

Teruskan berdoa, walaupun tidak kelihatan doa itu dimakbulkan.  Janji Allah, ia mendengar dan akan menunaikan setiap permohonan doa orang-orang mukmin.




Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina


Allah dah berjanji, maka janganlah kamu meraguinya.. sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janjiNya.

Teruskan berdoa.  Akan Allah makbulkan. Cuma masa untuk dimakbulkan itu yg tidak pasti bila.  Yakinlah.  

Tahukah anda, bahawa, berkemungkinan, kesejahteraan, kesenangan, keamanan yang kita nikmati sekarang ini, berkemungkinan hasil dari doa orang-orang terdahulu, nenek moyang kita?  Allah yang Maha Mengetahui, Ia yang maha berkuasa jua untuk memberi atau mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita.

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, kelewatan dimakbulkan doa juga ada hikmahnya. Doa yang tidak dimakbulkan, mungkin bersebab.  Doa terhijab juga ada sebabnya...carilah semua itu.  

Apa yang dapat saya fikirkan, kemungkinan Allah tidak makbulkan doa saya, kerana kemungkinan saya akan menjadi lalai dan lupa bersyukur pada Allah setelah doa saya dimakbulkan.  Maka kekal lah keadaan saya begini.  

Berkemungkinan juga,.Allah mahu kita sentiasa mendekatkan diri dgn sentiasa mengharap dan berdoa. Jika semua doa dimakbulkan, maka ada di antara kita yang tidak lagi akan mahu menadah tangan.  



Perhatikan lah, kebanyakan mereka yang hidup susah, diuji, sentiasa berdoa, menghampirkan diri dengan Allah, bangun malam, solat sunat, solat hajat.  Berapa ramai pula yang hidup senang, namun makin jauh dengan Allah.   Bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki dan nikmati sebelum ini, sekarang, dan akan datang.  

Terima kasih tuan guru kuliah umum di Msjid Putra, Dr. Zulkifli Muhamad Al Bakri yg memberi ilmu pada kami. 

Friday, April 27, 2012

Penswastaan Dalam Hidup

Semuanya diswastakan sekarang ni..temasuk menswastakan menjaga anak.  Menswastakan masak memasak dalam keluarga,
hmmm... betul gak kata Mufti Johor ni...Bersama Mufti TV Hikmah.


temasuk menswastakan penjagaan terhadap 2 orang tua...?

Bagaimana penswastaan dipersekitaran hidup anda?



Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...