Friday, July 1, 2011

Apabila kita dicaci

Bersabar Apabila Dicaci.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keter...laluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai umat Islam kita telah diajar oleh Rasulullah saw supaya sentiasa bersabar dan menahan kemarahan kerana dengan tidak bersabar dan marah membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan bagaimana malaikat membalas setiap cacian orang terhadap kita. Namun apabila kita membalas cacian tersebut maka syaitan telah mengambil alih dalam usaha untuk menghasut dan 


memburukkan lagi keadaan.




Sumber dari FB. Terima kasih kepada kak Sharifah Talha yang banyak berkongsi ilmu dengan kami di FB. Acik panjang2 kan lagi.  Moga acik dapat beramal dengan ilmu ini.

5 comments:

  1. iyolah cik. kalau oghang ngutuk2 kito baiklah sonyap yo. Lawan pun tak guno. nampak lak kito samo bangang e..
    cerio cik... salam jumaat. balik kampung ko..

    ReplyDelete
  2. huu try try bersabar la nih (:

    ReplyDelete
  3. timo kasih acik..kongsikan disini
    bagus rupo e kalau kito diam bila dicaci maki ni kan..

    ReplyDelete
  4. biarlah apa org nak kata asalkan kita tahu apa yg kita buat itu tidak menyalahi ugama dan undang2 negara.. betulkan?

    ReplyDelete
  5. ibundo, betul kak pah..
    acik balik kampung kemarin..mbawak omak gi spital..buek appointment doktr...

    Hani, truskan bersabar...

    Kak erna, memang diam tu lebih baik dri menjawab...kok jawab, cerito eh jadik neverending story..besambung, bepanjangan...


    SMM, betul tu... tpi kan, sebaiknya klu yg betul, kita terima dan jadikan panduan, yg tk betul, kita buat pokak telingo yo lah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...