Kesimpulan yang blh dibuat adalah, bersabarlah dengan ujian yang menimpa kita... kerana ujian itu hanyalah sekadar ujian. Yang akan berlalu pergi dan silih berganti dengan nikmat yang tidak pernah jemu dianugerahkan Allah. Dalam ujian, ada nikmat sebenarnya.
Yang penting, kita sentiasa memikirkan..sentiasa renungkan...sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat walau sekecil mana sekalipun, yang Allah kurniakan kepada kita. Tenanglah dalam menghadapi ujian. Ketenangan itu akan meringankan permasalahan. Kekalutan, kesedihan, keluhan, itu smua tidak akan membantu menyelesaikan masalah.
Setiap manusia ada bahagiannya masing2 dalam hidupnya. ada yang kita lihat Allah uji dengan begitu berat sekali.... yang tidak mampu kita tanggung klu ujian itu menimpa kita. Tapi kita kekdang tidak sedar bahawa ada manusia lain yang rasa ujian yang menimpa kita amat berat pada mereka. Sebenarnya Allah maha Adil ..maha mengetahui kemampuan setiap hambaNya. Ujian yang menimpa kita itu adalah yang mampu kita lalui.
Percaya lah... Allah juga telah mengatur perjalanan hidup kita dengan begitu cantik sekali. Hanya kita yang tidak menyedarinya...kerana kita leka merungut, mengeluh, menyesali ujian kesusahan yang telah ditimpakan kepada kita. Padahal, kita tidak mengetahui bahawa mungkin ujian itu untuk menghapus dosa kita...mungkin kerana Tuhan mahu memberikan yang lebih baik untuk kita... mungkin ..mungkin....mungkin... carilah hikmah di setiap ujian yang telah menimpa kita seblum ini, ketika ini mahupun yg selepas ini.
Habis tidakpun, ujian2 itu akan memberikan kita pengalaman yg amat berharga, menjadikan kita seorang yang matang...seorang yang kuat iman, seorang yang tabah. Bersyukurlah sentiasa...kerana dengan bersyukur, kita akan tabah melalui setiap ujian hidup ini. Sekian. Moga semua mereka yang menderita diuji, akan mendapat Rahmat dan limpah kurnia dari Allah.
